Saturday, March 21, 2009

RAKYAT HANYA BERSUARA DI BLOG ATAU KEDAI KOPI SAJA?

Adakah rakyat ingin bersuara?

Adakah rakyat diberi peluang untuk bersuara?

Di mana dan bagaimana?

Tuan Nobisha telah memulakan langkah untukmu Rakyat! Click saja di bawah...




Gerakan Rakyat Bebas /
Independent Citizens Movement


Pesanan Penaja:

This is a non-political FB movement, to enhance people participation in decision making process.

Meminjam istilah MIMOS, apa yang cuba saya lakukan ialah "turning ripples into waves". Individu banyak bersuara melalui media baru, namun suara itu terpisah2.

Saya yakin kalau suara itu digabungkan, ia akan didengari oleh pemimpin2 politik.

Saya percaya apa saja yang dibahaskan dan dipersetujui di sini akan dipanjangkan ke Facebook, Friendster, Myspace, blog, website dan lain2. Malah, ia juga boleh ditulis dalam media cetak atau dilanjutkan dalam tv/radio.

Bagaimana untuk mempromosikan gerakan ini...

Apa yang saudara/i perlu lakukan ialah membuat link ke page Gerakan Rakyat Bebas dari Facebook saudara/i. Nanti logo besar bendera Malaysia dan pengenalan Gerakan Rakyat Bebas akan muncul di semua Facebook teman2 yang lain. Itu cara mudah dan berkesan untuk promosi Gerakan Rakyat Bebas.

Deep Tots :

  • Buku Muka (Facebook) sangat popular di kalang pembahas-pembahas sosio-politik dan salah satu rangkaian sosial di alam siber...
  • Ramai antara kita yang tidak berani untuk menyatakan pandangan atau suara hati mereka di dalam blog... tetapi ramai yang ingin berkongsi pandangan. Oleh yang demikian, seandainya ingin berbual bicara secara intelek dan jujur... Buku Muka yang telah diusahakan oleh Tuan Nobisha adalah ruangan yang paling berkesan.
  • Ruangan Gerak Rakyat Bebas boleh disertai sesiapa sahaja dan bukan mewakili mana-mana parti politik... IA ADALAH UNTUK RAKYAT BERBICARA!!!
  • Semoga dapat dihebahkan kepada yang prihatin dan dimanfaatkan bersama...



No comments: