Monday, December 14, 2009

Dr. Mahathir Mohamad's Biography Part 2 (1 of 6).mp4

Dr. Mahathir Mohamad's Biography Part 2 (1 of 6).mp4

Dr. Mahathir Mohamad's Biography Part 2 (2 of 6).mp4

Dr. Mahathir Mohamad's Biography Part 2 (3 of 6).mp4

Dr. Mahathir Mohamad's Biography Part 2 (4 of 6)

Dr. Mahathir Mohamad's Biography Part 2 (5 of 6).MP4

Dr. Mahathir Mohamad's Biography Part 2 (6 of 6).mp4

KHAIRY JAMALUDDIN FACE-OFF

I wont say much, these pictures below will speak for itself - Khairy Jamaluddin Face-Off; KJ supporters will go haunting everyone in Facebook.


[AntiKJ Facebook group -I Bet I Can Find 10,000 People Who Hate Khairy Jamaluddin]


Align Center[Tepak Bersulam a disgrace to UMNO. He will place his personal
attack even to his previous boss and read here....]



[Whats with KJFC? A fan club for retarded juvenilles?
The lady in red claimed to be the secretary for
KJ's fan club... sounds very Boy George, doesn't it?]



[Did KJ breed highly intelligent and respectable supporters or just simply
some bunch of monkeys swinging from one tree to another?]


Dear Khairy Jamaluddin @ UMNO Youth Chief, please explain these to your President and please dont tell me this is what you have promised to your boss???

Thank you Mr Prime Minister... you've made the best decision for not including KJ to your cabinet or tsunami will repeat again for GE13....

More reading from fellow bloggers and news portals;


Wednesday, December 09, 2009

DS Najib : UMNO atau Khairy???



Memberi jawatan kepada KJ samalah seperti memberi peluru kepada pihak lawan. Jangan rosakkan kestabilan UMNO kerana kepentingan dia.

YAB Dato' Seri,

Beribu ampun dan maaf jika luahan saya ini tidak mengena pada tempat. Demi memegang teguh kepada konsep satu Malaysia, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN, dan dengan adanya platform media ketiga, maka saya mengambil kesempatan untuk memberi pandangan yang mewakili pandangan blogger dan rakyat bawahan.

Sekian Wassalam.
The Darker Side


Deep Tots:
Selanjutnya di sini :

Tuesday, December 08, 2009

LIM KIT SIANG PERDANA MENTERI 1MALAYSIA....

Jadilah Bangsa Yang Merdeka Dan Tidak Mudah Diugut

Kit Siang dan lain-lain pemimpin DAP nampaknya cukup sensitf untuk menerima hakikat bahawa Malaysia ini dulunya pernah bergelar Persekutuan Tanah Melayu. Sejarah tentang Persekutuan Tanah Melayu itu bukanlah satu cerita rekaan, bukanlah satu cerita propaganda kerajaan tetapi ini adalah satu fakta sejarah. Oleh itu dimana silapnya jika fakta sejarah ini disebut dimana-mana saja termasuk jika diimbas kembali dalam kursus BTN ini? Menerima hakikat bahawa Malaysia dulunya Persekutuan Tanah Melayu itu adalah sama hakikatnya untuk kita menerima bahawa Malaysia dulu pernah dijajah. Walau pun hari ini mungkin kita tidak suka mengakui bahawa bangsa kita pernah dijajah tetapi tidak siapa yang dapat mengubah fakta sejarah itu.

Apa yang mampu kita ubah sekarang adalah untuk mengubah minda anak bangsa kita supaya mereka selalu beringat supaya sejarah hitam yang menimpa bangsa dan negara kita dulu tidak akan berulang lagi, kita perlu sentiasa ingatkan anak bangsa kita tentang penjajahan dalam bentuk baru dan kita perlu terangkan kepada anak bangsa kita tentang azab yang akan menimpa kita bila kita dijajah semula, adakah perkara-perkara ini dianggap satu propaganda kerajaan semata-mata bertujuan untuk mengagung-agungkan pemimpin-pemimpin tertentu sedangkan seorang pemimpin itu seharusnya membimbing anak bangsanya supaya mempunyai semangat sayangkan negara dengan menanam sifat-sifat petriotik didalam minda mereka.

Jika ada mana-mana pemimpin yang menganggap semua ingatan itu hanya satu nostalgia kosong maka senanglah musuh-musuh bangsa menyusup masuk dan merungkai jatidiri rakyat terutamanya orang-orang Melayu untuk melupakan apa yang telah menjadi hak milik mereka dan apa yang perlu dipertahankan oleh mereka sekarang. Atas sebab itu kita lihat Kit Kiang dan kuncu-kuncunnya begitu marah sekali dengan modul kursus BTN ini kerana modul ini dianggap akan merosakkan segala perancangan beliau, yang mahu membawa misi "Malaysian Malaysia" kepunyaan Lee Kuan Yew itu masuk ke dalam agenda negara.

Malangnya, suara-suara Kit Siang dan kuncu-kuncunya itu disambut dengan begitu baik sekali oleh Nazri Aziz yang juga turut menghalalkan perbuatan sogokkan Nik Aziz itu sebagai satu perbuatan yang ikhlas, apakah beliau beranggap doa Nik Aziz untuk memecah perut Najib itu juga satu yang doa yang ikhlas??? Orang-orang seperti Nazri Aziz inilah sebenarnya orang yang akan menjatuhkan Najib kerana cara beliau membodek Najib hanya untuk menjerat Najib lebih terikat dengan desakan pembangkang.

Jika hari ini Najib mengubah BTN untuk apa-apa tujuan sekali pun, rakyat khususnya orang-orang Melayu akan beranggapan betapa mudahnya Najib untuk didesak dan diasak oleh pihak pembangkang. Ini juga bermakna Najib sendiri memperakui bahawa tindakan dan cara pembangkang bertindak itu lebih bijak dari kerajaan beliau sendiri sehingga beliau sentiasa mahu menjejaki langkah mereka dan mengubah segala-galanya menurut khendak dan selera mereka pula. Najib perlu sedar siapa yang memeritah negara ini sekarang?

Hari ini Najib sendiri mengaku bahawa zaman kerajaan tahu segala-galanya sudah berlalu, apakah ini juga bermakna kerajaan serba tak tahu mula muncul dalam pentadbiran beliau sekarang hinggakan beliau begitu mudah diarah untuk mengikut apa jua khendak pembangkang. Jika beliau asyik mengikut dan menurut kehendak pembangkang, ada baiknya rakyat memilih pembangkang dari memilih kerajaan beliau kerana sudah tentu pembangkang nampaknya lebih tahu tentang arah yang hendak mereka tuju itu.

Rakyat sebenarnya mahukan kerajaan yang tegas dan tidak mudah lentur dengan mana-mana desakan sama ada dari dalam negara maupun dari luar negara kerana dengan ketegasan ini sajalah kebebasan dan kemerdekaan bangsa dan negara dapat dipertahankan, kita sebenarnya malu mendapat seorang pemimpin yang mudah diugut dan diancam oleh mana-mana pihak kerana itu menandakan kemerdekaan bangsa dan negara bukan lagi hak milik kita. Apa gunanya kita menjadi bangsa yang merdeka tetapi kebebasan kita untuk mencorakkan halatuju negara sendiri ditentukan oleh bangsa lain pula?

Oleh: Nordin, Ahli Kelab Chedet.com

Indeeptots :
Jangan kerana 1Malaysia, Melayu hilang suara dan hak


Baca juga:

Nazri biadap... Pecat dari Kabinet dan UMNO! - BigDog