Monday, April 01, 2013

ORANGNYA ...CINTAKAN PERPADUAN


Semalam masjid Sri Petaling cukup ramai kerana mempunyai rutin mingguan, selepas solat Isyak sesi menadah kitab hayatus sahabah oleh seorang iman muda di masjid tersebut. DS Najib khusyuk mendengar bacaan kitab hayatus sahabah bersama anak lelakinya Ashman. Selesai saja sesi bacaan kitab, DS Najib diberi peluang untuk berucap, secara santai Perdana Menteri mengingatkan peri pentingnya penyatuan ummah dan DS Najib begitu menghormati golongan pendakwah seperti jemaah tabligh. Katanya jemaah tabligh telah melaksanakan tanggungjawab berdakwah dengan sebaik mungkin, Insyaallah usaha yang baik ini diberkati Allah.

Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan umat Islam supaya tidak merosakkan kepentingan agama serta ukhuwah sesama umat walaupun terdapat perbezaan pendapat serta pandangan dalam kalangan mereka.

“Semua orang ada peranan serta tanggungjawab masing-masing. Pendakwah, laksanakan dakwah dengan berkesan. Saya sebagai pemimpin, saya lakukan kerja saya sebagai pemimpin untuk memakmurkan negara. Dengan maqasid syariah, syariah Islam kita tinggikan dan kalimah Allah kita sucikan. Itu tanggungjawab kita.


“Sebab itu, walaupun kita berbeza pendapat, janganlah sampai kita rosakkan kepentingan Islam dan umat Islam,” katanya ketika berucap selepas mengerjakan solat isyak berjemaah.


Ucapan ringkas selama 10 minit itu disudahi dengan bacaan doa oleh Maulana Ustaz Abdul Hamid. lebih 800 jemaah yang ada didalam dan luar masjid ketika itu mengaminkan doa dan ramai menitiskan air mata memohon agar Allah pelihara dan beri perlindungan kepada agama,bangsa dan negara.


No comments: