Wednesday, June 26, 2013

JONKER WALK KORBAN PENGKHIANATAN UNDI CINA?

"Ada kekeliruan kerana kenyataan saya sebelum ini disalah tafsir, mesyuarat Exco sebelum ini tidak pernah mengarahkan operasi perniagaan di sepanjang jalan raya di Jonker Walk ditutup.

Datuk Idris Haron
"Saya hanya mengarahkan jalan raya yang sebelum ini ditutup setiap Sabtu dan Ahad dibuka semula kepada lalu lintas bagi mengelak kesesakan di bandar raya Melaka". Itu yang sebenarnya kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron.

Kita imbas kembali apa yang pernah Guan Eng lakukan kepada peniaga-peniaga Melayu di Pulau Pinang;

Bukan kami tidak mahu bagi lesen kepada mereka tetapi sememangnya kawasan itu bukan merangkumi kawasan penjaja yang layak mendapatkan lesen kerana mengganggu lalu lintas." kata Guan Eng kepada 40 penjaja pasar pagi di Kampung Tanjung Tokong seperti yang dilaporkan Sinar Harian."

KM Melaka tidak pernah mengarahkan perniagaan ditutup tetapi KM Pulau Pinang tidak mahu beri lesen perniagaan. Nampak perbezaannya? 

Tony Pua (DAP) pula berkata,“Tindakan Ketua Menteri Melaka, Idris Haron ini boleh dilihat sebagai tindakan balas dendam kepada komuniti bukan Melayu."

Siapa yang racist di sini? Kenapa mesti DAP timbulkan perasaan tindakan balas dendam kepada komuniti bukan Melayu?

Adakah DAP telah terasa bahang perubahan landskap politik selepas PRU13 apabila 95% bangsa Cina dengan jelas memberi sokongan kepada parti pembangkang terutama DAP?

Beza antara KM Melaka dan KM Pulau Pinang ialah Ketua Menteri Melayu masih berfikiran waras dan bertimbang rasa kepada peniaga-peniaga Cina tetapi KM Cina menabur pasir ke dalam periuk peniaga-peniaga Melayu.

Kepada Tony Pua, Kwong Wah Daily dan DAP tidak perlu dibangkitkan dendam kepada bangsa Cina disebabkan keputusan PRU13. Walaupun sememangnya bangsa Cina begitu angkuh dan yakin bahawa undi mereka mampu menggoyang kuasa politik Melayu. 

Ekonomi sesebuah negara juga bergantung kepada politiknya. Walaupun bangsa Cina yang selama ini menguasai ekonomi negara tetapi mereka masih tidak berjaya menguasai politik dan kuasa di negara ini. 

Pasar malam Jonker Walk yang hanya jual barangan tiruan...
Kepada Dato Nazri selaku Menteri Pelancongan, sila buat kajian terperinci jika benar ia menjadi tumpuan pelancong. Adakah kebanyakan pengunjungnya dari luar negara atau hanya pengunjung tempatan dan mengapa kawasan tersebut hanya dikunjung oleh satu bangsa sahaja iaitu Cina?

Tony Pua inginkan 1Malaysia? Jika benar ingin berlaku adil kepada rakyat Malaysia, pastikan perniagaan pasar malam di Jonker Walk tidak dimonopoli bangsa Cina sahaja tetapi fikirkan untuk bangsa-bangsa lain juga  berniaga di situ. Pastikan Melayu dan India juga boleh berniaga di Jonker Walk.... Boleh?


3 comments:

Anonymous said...

Itulah jiwa sebenar Melayu. Mentelah dengan pegangan agama Islam yang kuat KM Melaka bertimbang rasa kepada yang bukan Islam. Cuma mintak YAB pastikan lesen perniagaan mereka sah (dapat juga duit cukai) dan KPDNKK menjalankan peranan untuk menangkap mereka yang menjual barangan tiruan, denda cukup-cukup (dapat juga Kerajaan duit). Lagipun memalukan Melaka kerana puak-puak ni ada yang menjual barangan tiruan.

Unknown said...

KM melaka mesti tegas dan berani, jangan takut macam kerismudin atau seperti ah jib gor yg memberi segalanya pada cina dap

Ari said...

PENIAGA BUMIPUTERA PERLU AMBIL PENGAJARAN.NAMUM PENGGUNA YG AKAN TERSEPIT.APA PUN SYABAS.NAMUN KEPUTUSAN ELOK RASANYA MEMUASKN HATI SEMUA PIHAK