Tuesday, June 18, 2013

SPAD : CAJ TAMBAHAN 10% - OK …. NAIK HARGA TAMBANG 30% - DITOLAK

Lanjutan daripada berita desakan PMBOA untuk mengenakan kenaikan harga tambang bas hinggá 30% yang pernah ditulis DI SINI, berikut adalah ringkasan kenyataan media Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar;


  1. Permohonan PMBOA ditolak.
  2. Semua pengendali/operator dibenar mengenakan caj tambahan (surcharge) 10% untuk musim perayaan.
  3. Ia berkuatkuasa bagi semua perjalanan bas Express dan bas tambahan mulai 8 Julai sehingga 8 September 2013.
  4. SPAD percaya langkah itu dapat membantu dan menampung kos operasi syarikat apabila perkhidmatan bas ditambah terutama di musim perayaan.
  5. Tindakan operator bas Express yang enggan menjual tiket di musim perayaan ini dipandang serius dan tidak seharusnya mengambil desempatan.
  6. Permintaan kenaikan tambang 30% adalah mustahil ditunaikan sebelum hari raya kerana proses perundingan dan kajian komprehensif masih dijalankan.
  7. SPAD sentiasa prihatin dan sedia maklum peningkatan kos operasi yang ditanggung pengendali/operator
  8. Desakan PMBOA tidak ditolak mentah-mentah.
  9. Kajian semula di peringkat akhir setelah kepentingan rakyat dan reaksi persatuan-persatuan pengguna serta kos operasi diambil kira.
  10. Keputusan mengenai kenaikan harga tiket akan diumumkan sebelum hujung tahun ini.
  11. Amaran keras kepada semua pengendali/operador yang mengambil tindakan secara kartel untuk tidak menjual ticket.
  12. Tindakan secara kartel ini adalah salah di sisi Akta Persaingan 2010 (Competition Act 2010).
  13. SPAD tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas di bawah syarat-syarat pelesenan dan melaporkan perkara ini kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (Malaysian Competition Commission)( MyCC).
  14. Semua pengendali/operator diharap mematuhi syarat-syarat pelesenan.
  15. Semua pengendali/operator menjual tiket seperti biasa supaya pengguna boleh merancang perjalanan mereka lebih awal.
  16. Kebenaran caj tambahan 10% dan hasil kajian tambang baru dapat memberi situasi menang-menang kepada pengguna dan pengusaha/operator.


Seterusnya, ini adalah nasihat Tan Sri seperti yang dilaporkan AgendaDaily kepada;
PMBOA dan pengusaha/operador Aduan kenaikan kos selenggara bukan alasan yang kuat kerana dalam sudut lain kerajaan telah banyak membantu, termasuk memberikan subsidi diesel. 
Menurutnya seperti pengusaha, pengguna juga mempunyai masalah kenaikan kos hidup, lantas mereka perlu bertindak adil kepada kedua-dua pihak.
Rakyat/Pengguna - pengguna yang merasakan diri mereka telah menjadi mangsa tindakan ketidakadilan pengusaha patut bersatu dan menggunakan hak mereka untuk mengadu kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNK).
Bloggers - Amaran kepada pengamal media sosial supaya tidak main terjah sahaja membuat andaian dan meletakkan SPAD sebagai pesalah dalam isu itu. “Don’t jump the gun. Dapatkan fakta yang tepat sebelum membuat laporan.

Mantra :
Sebagai pengguna, laksanakan hak kita dan ikut nasihat Tan Sri …. Rakyat adalah keutamaan SPAD.

2 comments:

Anonymous said...

Macam mana bolih kitib balik BRIM I dan II. Bila dating BRIM III dan VI tambang lagi naik 30%. Bagitulah nasib orang miskin.

Anonymous said...

kata surcharge 10% sehingga 8 September 2013. baru je beli tiket bas semalam...untuk perjalanan 12 September 2013, masih terpampang SURCHARGE 10%!!!