Thursday, November 28, 2013

JASA ARTIS VETERAN DIHARGAI KARYAWAN

Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) telah menganjurkan Malam Amal Warisan Seni pada 24 November, di Hotel Istana bagi meraikan artis selain mengutip derma bagi mereka yang memerlukan bantuan. RM1,000 kepada 20 artis veteran terpilih telah disampaikan sebagai mengenang jasa mereka.


Majlis tersebut telah memberi pengiktirafan kepada mereka yang telah berjasa kepada industri serta mengingatkan semua tentang peranan dan perjuangan seni mereka, bermula era 50-an sehingga sekarang.




Penasihat Sosio-Budaya kepada kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim yang juga penaung majlis dijangka hadir memeriahkan majlis. Di dalam ucapan utama, Tan Sri Dr Rais Yatim mencadangkan persatuan seni di negara ini bergabung di bawah satu pertubuhan bagi mendokong sepenuhnya perkembangan industri seni dan budaya. Penggabungan ini antara lain akan dapat memperkukuh kualiti industri.

Menurut Pengerusi Karyawan, Datuk Freddie Fernandez, artis-artis tersebut ditampilkan adalah demi mengenang kesinambunagn seni budaya tempatan sekaligus mengimbau zaman kegemilangan artis dalam setiap era.

"Sebenarnya barisan artis yang kita tampilkan pada malam ini adalah daripada nama-nama hebat yang pernah menggegarkan seni muzik tanah air mengikut era masing-masing dan ini adalah kelainan yang cuba kita tonjolkan pada malam itu nanti.

"Malah, persembahan berformat revival ini secara tidak langsung dapat mengenang kesinambungan seni budaya tempatan," katanya dalam sidang media Malam Gala Warisan Seni yang diadakan di Hotel Istana.

Majlis itu juga telah berjaya mengumpulkan artis-artis pelbagai era untuk persembahan.

Antaranya Shamsudin Lamin, Mariam Ahmad, Aspalela Abdullah, Andre Goh, Julie Sudiro, Salih Yaacob, Helan Vellu, M Daud Kilau, Fredo,
Datuk Yusni Hamid, Jay Jay dan Salwa Abdul Rahman.

Di antara dendangan artis-artis di zaman 50an;
Salleh Yaakob – Putri Remaja -Menimbang rasa
Rozita Rohaizad – Manusia
Suhaimi – Aduh

60an
A.Halim – Kisah dan Teladan
Helan Vellu – Kereta Lembu

70an
Sarangabanie –  Hitam Manis
Fredo – Kenangan Lalu
Timmy Koong – Canto Pop Song 

M Daud Kilau – Cek Mek Molk

Dato’ Yusni Hamid – Kau Yang Ku Nanti

80an
Haida – Semakin Hari Semakin Sayang
 
Jay Jay – Rindu Bayangan

90an 
Salwa Abdul Rahman – Satu Dua Kau
Ibnor Riza – Mimpi Yang Tak Sudah
Fauziah Idris – Rindu Merindu

Sumber foto : Minaq Jinggo

 

No comments: