Saturday, January 25, 2014

HARUN TAIB ... PERGINYA SEORANG PEJUANG ISLAM

Al Fatihah... Tuan Guru Dato Haron Taib meninggal dunia jam 12 malam tadi. 

Kehilangan seorang ulama dari PAS yang telah berani kehadapan menentang muslihat DAP dan PKR yang dikatakan bernaung di bawah satu pakatan kerana menegakkan Islam.

Kita tidak hairan dengan sesetengah ahli-ahli PAS yang memperlekeh usahanya dan di antara yang masih terdapat arkib blog seperti;

Buruk akhlak politik Haron Taib hanya kerana.... 

"....adalah lebih baik ahli PAS memberi tumpuan kepada usaha gerak kerja untuk memperkasakan parti dan meraih sokongan baru rakyat daripada menyertai perhimpunan yang tidak akan memberi keuntungan kepada parti itu" - Penarik Beca 

Pendirian Dewan Ulama dan kepimpinan Harun Taib mungkin sudah ketinggalan dengan jalur zaman atau lebih tepat dipanggil totok hanya kerana....

"... keputusan Multaqa Ulama PAS yang antara lainnya memutuskan supaya dikaji semula tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan Pakatan Rakyat terutama PKR yang dianggap merugikan parti itu. - Rencana MI

Tetapi yang pasti, semua umat Islam akan mengingati Tuan Guru Harun Taib kerana...

MEMPERTAHAN KALIMAH ALLAH HANYA UNTUK UMAT ISLAM

Apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam perutusan Krismas pada 24 Disember lalu menggesa kerajaan membenarkan penggunaan kalimah itu dalam Bible bahasa Melayu memandangkan ia dibenarkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu, ini adalah di antara kata-kata Harun Taib;

"Kalau mereka percaya kepada kewujudan Allah, maka berimanlah kepada Allah. Mengapa masih menganut Kristian,"  

"Bukan Islam tak boleh guna (kalimah Allah) sebab mereka tak percaya kepada Allah. Perkataan 'God' dalam Bible bermaksud Tuhan.
 
Kalau mereka kata mereka juga percaya kepada kewujudan Allah, maka dengan sendirinya mereka tak boleh menggunakan Bible, kena guna al-Quran."

“Saya tengok diri saya bukan berdasarkan orang lain, tetapi ia berkaitan akidah,” katanya. 

 MENENTANG KARPAL SINGH

MENOLAK HIMPUNAN BLACK 505

"Parti (PAS) tidak secara sukarela menganjur atau mengambil bahagian dalam perhimpunan itu kerana telah menerima keputusan pilihan raya umum ke-13, ” 

"Saya kata kalau perhimpunan untuk revolusi itu saya tak setuju. Bercanggah dengan dasar parti."

MENENTANG SYIAH

"Pandangan dia tu, mungkin orang tanya tentang Syiah, secara umumnya, salah satu mazhab-mazhab yang ada dalam Islam, itu mungkin dia bagi pandangan begitu.

"Itu pandangan dia, kita menolak penyebaran mazhab Syiah dalam masyarakt kita Ahli Sunnah Wal Jamaah. Saya tidak bersetuju sekali-kali, penyebaran mazhab syiah dalam masyarakat Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Penganutannya kita sekali-kali tidak menggalakkan ahli-ahli PAS ataupun orang awam menganut mazhab Syiah, kita tidak menggalakkan dan kita tidak boleh bersetuju dengan penganutan mazhab Syiah," tegas beliau ketika dihubungi Antarapos hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Dewan Ulama PAS, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang mengiktiraf mazhab itu sebagai sebahagian daripada Islam walaupun secara am.

.... pendedahannya terhadap Syiah

HUDUD

"Kita tetap akan laksanakan hudud dan pinda Perlembagaan walaupun mungkin bukan dengan rakan pakatan yang ada sekarang... mungkin dengan pakatan lain yang memberi sokongan kepada kita nanti. Mungkin ada pihak yang simpati dan menyokong perjuangan kita nanti,” kata beliau.

 "Jika cukup majoriti (penguasaan kerusi), jika PAS lebih kuat berbanding rakan lain nanti, kita akan laksanakan (hudud dan pinda Perlembagaan)," katanya.

NURUL IZZAH

“Saya mengingatkan orang poltik yang tidak tahu agama Islam supaya tidak bercakap mengenai agama Islam.

“Kalau orang yang tahu agama boleh lah mereka bercakap hal agama,” kata Harun.

“Nurul masih budak-budak lagi, dan dia juga tidak ada pendidikan tinggi dalam agama,” katanya.

dan ini pula untuk Anwar Ibrahim...

"Ikut suka dialah (Anwar). Kalau dia tak setuju atau sokong keputusan Majlis Syura Ulama, itu dia punya pasal. Tapi saya tetap dengan pendirian bersama-sama Majlis Syura Ulama yang memutuskan kalimah Allah hanya untuk orang Islam.
Read more at http://brojinggo.blogspot.com/2013/01/harun-taib-pas-tidak-ikut-anwar-ibrahim.html#ab31tkxBwRUvjLDD.99

Al Fatihah untuk Tuan Guru Harun Taib, semoga rohmu bersama-sama di kalangan yang beriman... Amin

1 comment:

Anonymous said...

Pejuang islam? pasai apa hang tak join dia dari dalu masuk PAS? jagan dok bagi shitty excuses.