Sunday, January 26, 2014

SIAPA SUMBER MAKLUMAT KABINET KEPADA MALAYSIA INSIDER?

Berikut adalah petikan dari  ruangan berita bahasa bertajuk "Elak kenyataan ‘kurang bijak’, menteri wajib jalani latihan media" di Malaysia Insider.







Datuk Seri Najib Razak sudah mewajibkan latihan media kepada menteri Kabinetnya untuk mengelakkan kenyataan "kurang bijak" yang menyebabkan pentadbirannya menjadi bahan jenaka di kalangan rakyat Malaysia, kata satu sumber.

Imej perdana menteri penggal kedua itu tercalar disebabkan kenyataan kurang bijak beberapa menterinya sehingga menjadi bahan lawak yang menjatuhkan "air muka" Putrajaya, kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.
- KATA SATU SUMBER?

"Perdana menteri mahu semua menteri menjalani latihan media untuk elak kenyataan-kenyataan kurang bijak terus dikeluarkan," kata satu sumber dengan syarat namanya dirahsiakan merujuk kepada arahan Najib kepada anggota Kabinet.
- SATU SUMBER... NAMA DIRAHSIAKAN?


Seorang menteri Kabinet mengesahkan terdapat arahan daripada Najib semasa mesyuarat lalu agar semua jemaah menteri menjalani kursus dan seminar tentang bagaimana untuk berhadapan dengan media.
- SEORANG MENTERI KABINET?

 
.... kata seorang anggota Kabinet yang tidak mahu dinamakan ketika ditemui selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno pada Jumaat.  
- MESYUARAT MAJLIS TERTINGGI UMNO?

 
Menteri Hasan Malek juga mengesahkan latihan media akan diadakan bagi anggota Kabinet tidak lama lagi.

"Tidak lama lagi, kena tingkatkan penyampaian media kami," katanya tanpa mahu mengulas lanjut.
-HASSAN MALEK SUMBERNYA?


Sekarang, cuba baca artikel yang ditulis Another Brick in theWall yang telah mendedahkan bagaimana Regina Lee, pegawai media kepada Khairy Jamaluddin seorang menteri kabinet Najib yang cuba manipulasi kandungan mesyuarat kabinet. Di dalam mesyuarat tersebut, perbincangan ialah mengenai isu kalimah Allah di mana ada disebut segala yang berkenaan ugama Islam adalah di bawah bidang kerajaan negeri.

ABITW juga telah membuktikan suami Regina, Teh Eng Hock telah menulis di dalam akhbar The Star mengenai perbincangan kabinet ini.

Jika dikaitkan sumber berita yang ditulis ulang-ulang di dalam Malaysia Insider dan pendedahan ABITW... adakah satu kebetulan sumber maklumat Malaysia Insider dari Regina Lee?

 
MAKLUMAT YANG DIRAGUI
 
"Kita tak nak imej Putrajaya rosak kerana kenyataan-kenyataan seperti Ku Nan dan Hasan Malek," tambahnya.
Ini juga menjadi satu persoalan. Sepanjang mengikuti ceramah-ceramah politik ataupun di dalam ucapan-ucapan DS Najib, belum pernah didengari DS Najib menyebut nama-nama tertentu walaupun kenyataan beliau adalah ditujukan kepada orang-orang tertentu. Ini pula hendak mengaibkan menteri kabinetnya sendiri.

Oleh itu, kepada pejabat perdana menteri... cuba siasat apakah kandungan artikel ini benar dan siapa pula menteri yang sebenarnya ingin
mengaibkan DS Najib?


No comments: