Wednesday, January 15, 2014

TUDUHAN SURENDRAN DAN @chegubard TERHADAP SPRM... MEMALUKAN DIRI SENDIRI

Nampaknya belum habis lagi kerja-kerja Badut PKR untuk sabitkan isteri Perdana Menteri dan anaknya, Riza Shahriz Abdul Aziz kerana memiliki kondo RM110 juta di New York dan tajaan filem blockbuster Hollywood 'The Wolf of Wall Street.

Dalam kenyataan media Naib Presiden PKR, YB N Surendran dan beberapa pihak yang lain, yang mendakwa SPRM ada kuasa untuk menyiasat kes anak tiri Perdana Menteri di bawah Seksyen 35 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (Akta SPRM) 2009.

Pertamanya , kita rujuk kepada  Seksyen 29(3) Akta SPRM, di mana dengan jelas menyatakan peruntukan kuasa untuk menyiasat aduan atau maklumat yang diperolehi  yang mengaitkan seseorang itu mengamalkan kesalahan di bawah Akta SPRM 2009. Kesalahan di bawah Akta SPRM 2009, merangkumi kesalahan rasuah atau kesalahan ditetapkan, seperti yang dinyatakan dalam Jadual di bawah Akta SPRM.

Isu di sini apakah ada sebarang aduan atau maklumat yang diterima setakat ini,  yang menunjukkan satu kesalahan di bawah Akta SPRM 2009, telah dilakukkan oleh anak Rosmah? Kita juga tertanya-tanya, mengapa jika Surendran yakin dengan tuduhannya tetapi tidak membuat aduan dan membantu SPRM membuka kertas siasatan.

Jika Surendran hanya bergantung kepada laporan media di mana masih tidak dibuktikan lagi, sudah pasti SPRM tidak boleh sewenang-wenangnya bertindak. Apakah Surendran ingin SPRM bertindak tidak mengikut ketetapan Akta SPRM 2009 dan hanya berlandaskan sentimen emosi semata-mata?

Seksyen 35 dan Seksyen 36 Akta SPRM 2009 yang ditimbulkan Surendran pula, hanya boleh diguna pakai jika satu siasatan dimulakan di bawah Akta SPRM untuk kesalahan rasuah atau kesalahan ketetapan di bawah Akta SPRM. Peruntukan-peruntukan Seksyen 35 dan Seksyen 36 tidak berfungsi secara bebas. Ini adalah pendekatan yang sama dalam bidang kuasa di negara-negara yang dijadikan contoh oleh YB Surendran.

Apakah Surendran ingin menggalakkan SPRM salahguna kuasa dan melanggar hak asasi individu semata-mata dengan syak wasangka kononnya anak Rosmah memiliki harta di luar kemampuan? Mana -mana pihak yang membuat dakwaan ke atas seseorang individu agar melihat pada kuasa untuk menyiasat dan kuasa untuk memperoleh maklumat bersekali.

Tidak habis dengan kenyataan Surendran yang memalukan diri sendiri, kini Chegu Bard pula menambah untuk memalukan kredibiliti politik PKR. Baru-baru ini seperti dilaporkan di dalam KeadilanDaily, Chegu Bard telah membuat kenyataan tersebut;


SPRM di bawah Parlimen?

Dari mana Chegu Bard mendapat maklumat bahawa SPRM di bawah Jabatan Perdana Menteri?

SPRM sebenarnya bertanggungjawab kepada Parlimen, dan setiap tindakan dan perkara yang dilakukan, sebagaimana digariskan oleh Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, perlu dimaklumkan kepada Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR).

JKMR, yang dianggotai oleh Ahli Parlimen dari Barisan Nasional, DAP, PKR dan PAS, bertindak menasihati Perdana Menteri mengenai apa-apa aspek masalah rasuah di Malaysia; memeriksa laporan tahunan Suruhanjaya; memeriksa ulasan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah tentang perjalanan oleh Suruhanjaya akan fungsinya di bawah Akta SPRM 2009; dan mendapatkan penjelasan dan penerangan mengenai laporan tahunan Suruhanjaya dan ulasan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR).

JKMR juga menyediakan laporan tahunan untuk perhatian Ahli-ahli Parlimen.

JKMR dan LPPR merupakan dua daripada lima badan bebas yang memantau perjalanan SPRM.

Jawatankuasa ini diwujudkan secara perundangan mengikut Seksyen 14 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 di mana Ahli-ahli JKMR dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong daripada kalangan ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat mewakili parti pemerintah dan pembangkang.

Kenyataan mengatakan SPRM berada di bawah Jabatan Perdana Menteri adalah tidak tepat.

JKMR mempunyai kuasa untuk mengemukakan sebarang soalan mengenai peranan dan fungsi SPRM. Ini termasuklah kes-kes yang disiasat.

SPRM juga menegaskan bahawa SPRM menyiasat setiap maklumat yang mempunyai unsur sebagaimana diperuntukkan oleh Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 tanpa mengira kedudukan seseorang individu termasuk jika satu-satu kes itu membabitkan Perdana Menteri, isteri Perdana Menteri ataupun anak mereka.

Rekod siasatan kendalian SPRM boleh membuktikan bahawa SPRM menyiasat tidak kira pangkat, kedudukan dan gelaran seseorang. Setiap kes disiasat secara telus, bebas dan profesional.

Blog ini pernah menulis mengenai tuduhan yang pernah dilakukan Rafizi (PKR) mengenai tuduhan terhadap SPRM yang memilih siasatan di antara rakyat biasa dan ahli politik... DI SINI

Terang dan jelas, ada wakil rakyat dari PKR, DAP dan PAS menduduki Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, maka sekali lagi saya ingin tanya dan khusus kepada Surendran dan Chegu Bard pula... rakan-rakan kamu tidor atau kamu tidak puashati rakan-rakan yang telah dilantik di dalam JKMR?



2 comments:

Anonymous said...

PKR/PAS/DAP hanya berani buat kenyataan itu dan ini...tp hakikat sebenarnya tiada apa2 bukti atau perkara2 tersebut memang tidak berlaku pun. Isu ni cuma nk menghasut rakyat semata2. Isu rasuah diorang sendiri pun masih belum terjawab. So, kalau btl la isu anak Rosmah ni btl..tolonglah...tolong buat laporan pd SPRM supaya kes boleh dibuka. Jgn nk asyik celupar sna sni..

Anonymous said...

PKR/PAS/DAP hanya berani buat kenyataan itu dan ini...tp hakikat sebenarnya tiada apa2 bukti atau perkara2 tersebut memang tidak berlaku pun. Isu ni cuma nk menghasut rakyat semata2. Isu rasuah diorang sendiri pun masih belum terjawab. So, kalau btl la isu anak Rosmah ni btl..tolonglah...tolong buat laporan pd SPRM supaya kes boleh dibuka. Jgn nk asyik celupar sna sni..