Tuesday, February 25, 2014

SPRM MASIH DILIHAT TERLALU KOMPROMI ... MENGAPA?


Anggapan SPRM sering memilih bulu dalam penyiasatan dan pendakwaan adalah kerana mereka kurang faham bidang tugas SPRM. Sebelum kita meletakkan keraguan ke atas SPRM, biarlah kita fahami apa yang telah SPRM lakukan dalam memerangi rasuah.

Memang benar rakyat ingin melihat kesungguhan SPRM dalam membuat tindakan tetapi kita perlu melihat terlebih dahulu kepada inisiatif-inisiatif yang telah diambil kerajaan bagi menilai komitmen SPRM.

Malaysia telah menandatangai konvensyen UNCAC oleh PBB tentang menangani rasuah dan ini menunjukkan SPRM telah bersetuju bahawa usaha Malaysia dalam memerangi rasuah selaras dengan tahap antarabangsa.

Salah satu artikel penting yang dinyatakan dalam konvensyen tersebut ialah Artikel 36 iaitu mengenai kepentingan kerajaan menubuhkan suruhanjaya pencegahan rasuah yang bebas. Sebenarnya tidak banyak negara di dunia ini yang mempunyai badan pencegahan rasuah
walaupun di Amerika Syarikat, Kanada mahupun di United Kingdom.

Walaupun  ada di antara negara-negara yang ada, namun modelnya tidak selengkap yang dikehendaki PBB. Apabila PBB membuat pemeriksaan ke atas negara ini, mereka mendapati kita mempunyai amalan terbaik, yang membolehkan Malaysia menjadi salah satu negara

contoh dalam menangani rasuah.

Salah satu perkara terbabit ialah kewujudan Panel Penilaian Operasi iaitu sebuah daripada lima badan bebas yang memantau operasi SPRM. Panel ini akan memastikan SPRM membuat kerja siasatan tanpa rasa gentar dan berat sebelah. Malah SPRM perlu membentangkan kepada panel ini sekiranya ada kes yang tidak mahu dituduh. Ahli panel ini terdiri daripada golongan profesional yang dilantik berdasarkan kepakaran mereka. Ini membuatkan PBB rasa kagum. Selain itu, PBB juga memuji langkah Malaysia yang mewujudkan mahkamah khas tentang rasuah.

Secara keseluruhannya, sebanyak 23 perkara yang disenaraikan sebagai amalan terbaik yang boleh dijadikan contoh kepada negara-negara lain. Pendek kata, kalau kita lihat dasar kerajaan pada hari ini serta lima tahun kebelakangan ini, kerajaan sebenarnya tidak berhenti memerangi rasuah dan satu demi satu sudah berjaya dilaksanakan.

PERSEPSI RAKYAT

Dalam memperbaiki persepsi rakyat terhadap integriti kerajaan dalam soal rasuah, satu perubahan yang sangat besar dalam sejarah SPRM sejak ditubuhkan ialah meletakkan SPRM sebagai entiti bebas dan telus. Hanya di SPRM mempunyai lima panel bebas yang memantau
perjalanan SPRM dengan 47 anggota yang terdiri daripada orang awam dan masyarakt terlibat kerja-kerja SPRM.

Ini adalah perkara yang sangat unik dalam negara. Di samping itu juga, kerajaan sedang mengkaji untuk mengadakan peruntukan liabiliti korporat (dalam Akta SPRM) iaitu peruntukan yang membolehkan tindakan diambil ke atas syarikat dan bukan pada individu (ejen atau pekerja) sahaja. Jika kerajaan bersetuju ini merupakan contoh untuk memperkasakan SPRM.

Fokus pada tahun ini SPRM berpegang pada prinsip merakyatkan SPRM. Apa yang dimaksudkan ialah kita pergi jauh lagi ke bawah. Kita mengenal pasti pihak-pihak yang mewakili rakyat dan meningkat interaksi dengan mereka. SPRM telah berusaha perbanyakkan aktiviti bersama  pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti-parti politik, belia, pelajar, dan semua stakeholder yang perlu didekati.

SPRM juga mendekati ahli politik tanpa mengira ideologi. Ini kerana mereka berpandangan musuh sebenar ialah rasuah, seiapa membenci rasuah merupakan sahabat, sesiapa yang memberi rasuah pula ialah musuh. Jika berpegang pada prinsip tersebut.

Di samping itu, SPRM menyemak isu-isu yang dekat dengan rakyat, menyelami masalah rakyat yang menyebabkan rakyat susah mendapatkan perkhidmatan tertentu. SPRM akan mengenal pasti dan beri fokus berkaitan hal ini.
 

Samada segala inisiatif SPRM berkesan atau tidak setelah pelbagai perkara dilakukan, masyarakat perlu memahami kerja SPRM dan tidak membuat andaian-andaian tidak berasas.

No comments: