Monday, March 10, 2014

DARI PJ KE #KAJANG... DITERUSKAN KHIDMAT UNTUK RAKYAT

Datin Paduka Chew Mei Fun bukan hari ini telah menyumbangkan tenaga dan kepakaran beliau dalam menyelesaikan masalah rakyat, malahan semenjak 2007 ketika mengetuai Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM), pelbagai bencana telah diatasi samada di dalam atau luar negara dan beliau sendiri sentiasa pergi ke akar umbi bertemu rakyat.

Ini telah ditulis di dalam satu artikel oleh akhbar TheStar yang bertajuk "Chew's deeds not forgotten". Penduduk di Petaling Jaya telah berkongsi pengalaman mereka bersama-sama Mei Fun mengatasi apa jua masalah penduduk tempatan.

Di antara petikan kata-kata ialah;
“She was always accessible to the residents. In issues that were beyond her powers, she would try to get related parties to resolve the matter,"

“She went beyond an MP and a deputy minister’s call of duty. An MP mostly deals with national issues, but she was the people’s person,” said Thong.

KHIDMAT TERJEMAHAN


Baru-baru ini kehilangan pesawat MAS MH307 telah mendapat perhatian dunia dan Datin Padukan Mei Fun yang mengetuai Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) telah menghantar rombongan sukarelawan untuk memberi khidmat penterjemahan kepada keluarga-keluarga mangsa penumpang tersebut.

Khidmat terjemahan ini adalah untuk keluarga dari negara China dan pihak kedutaan China di Kuala Lumpur dan diperlukan agar maklumat yang tepat dapat
disampaikan. Jika dilihat senarai penumpang, kebanyakannya datang dari negara China dan mungkin anggota keluarga atau rakan niaga yang menetap di negara ini
memerlukan khidmat terjemahan ketika mahu memperoleh maklumat terkini mengenai kehilangan pesawat

Selain daripada itu, sukarelawan CSRM juga dibekalkan dengan pengalaman Mei Fun untuk berhadapan dengan mereka.

NYAMUK AEDES


Negeri Selangor telah diwartakan sebagai sarang aedes tertinggi di Malaysia. Keluhan penduduk di Kajang telah disampaikan kepada Mei Fun dan tanpa membuang
masa, satu program "Gempur Nyamuk & Gotong-royong telah diadakan.


Di atas kesedaran dan tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat, Chew Mei Fen dan sukarelawan CSRM bersama-sama penduduk temptan telah bertungkus-lumus membersihkan longkang-longkang yang tersumbat di kawasan Sg Chua  untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes yang menjadi punca penyakit denggi yang membahayakan kesihatan penduduk-penduduk Kajang.

Inilah yang membuktikan kata-kata penduduk Petaling Jaya, bahawa Mei Fun memang sebenarnya ... THE PEOPLE'S PERSON dan kesungguhan beliau kini perlu diteruskan ke Kajang!

No comments: