Sunday, March 23, 2014

MEI FUN BERHARAP WAN AZIZAH TUNAIKAN MANIFESTO KAJANG


Keputusan rasmi PRK Kajang berpihak kepada PKR sebanyak 16,741 dan BN sebanyak 11,362 dengan majoriti  5,379.

Walaupun BN telah kalah, namun apa yang dapat dibanggakan ialah PKR gagal menambah majoriti dan MCA berjaya meningkatkan undi cina dari 16% ke 25% serta mengakui kurang sokongan pengundi muda. Oleh itu, BN telah berjaya mengurangkan majoriti PRU13 dan target DAP agar Mei Fun hilang wang pertaruhan juga telah GAGAL!

Berikut adalah mesej calon BN kepada pengundi Kajang, rakan-rakan BN dan terutamanya kepada Wan Azizah;

KENYATAAN AKHBAR CALON BN UNTUK PRK DUN KAJANG
Datin Paduka Chew Mei Fun
23.03.2013

Saya dengan penuh ikhlas ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi DUN Kajang. Sama ada anda mengundi saya atau tidak, saya menghargai segala sokongan, bantuan dan tunjuk ajar yang diberikan kepada saya, MCA dan BN sepanjang kempen 2 minggu Pilihanraya Kecil ini. Kami juga menghormati sepenuhnya piihan yang dibuat oleh pengundi-pengundi Kajang.

Walaupun BN tidak berjaya dalam PRK Kajang ini, namun kami telah berjaya menurunkan majoriti, dan pada masa yang sama kami berjaya memperolehi peratusan undi Cina yang lebih tinggi dibandingkan dengan Pilihanraya Umum tahun lalu, iaitu daripada 18% kepada 25%.

Saya ingin melafazkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua ahli MCA dan rakan-rakan seperjuangan Barisan Nasional yang telah kerja bertungkus lumus sepanjang tempoh kempen, ini termasuklah rakan-rakan MCA mahupun dari pusat, negeri ataupun bahagian. Saya amat berbangga dengan semangat perjuangan dan perpaduan yang dipamerkan oleh ahli MCA sepanjang tempoh kempen PRK kali ini.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada calon Parti Keadilan Rakyat Wan Azizah. Saya berharap beliau akan melaksanakan tugasnya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang dengan penuh dedikasi dan dapat menunaikan manifesto yang dikemukakan oleh beliau, terutamanya dalam soal menyelesaikan masalah tempatan yang telah ditangguhkan buat bertahun-tahun.

Selepas ini, saya akan memberi tumpuan penuh terhadap urusan dalaman parti yang telah diamanahkan oleh parti, ini termasuklah menggerakkan kerja dalam ketiga-tiga jawatankuasa dan Biro dibawah jagaan saya, iaitu Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat, Biro Pendidikan Politik dan Jawatankuasa Perhubungan Negeri Pulau Pinang MCA, bagi bersama-sama menyumbang dalam menjayakan program Transformasi MCA.


No comments: