Wednesday, March 19, 2014

#PRKN25KAJANG : DAP DAN PKR SEDAR KHIDMAT CEMERLANG MEI FUN



Dalam laporan FMT, Datuk Lajim Ukin dikatakan bimbang jika Mei Fun menang nanti, beliau akan meletak jawatan bila tidak sehaluan dengan bosnya nanti.

Iye benar, Datin Paduka Chew Mei Fun pernah meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri dan juga dalam parti sebagai Ketua Wanita MCA, TETAPI ATAS ALASAN APA?

Sebelum diulang mengapa Mei Fun letak jawatan, kita buka semula siapa dan apa itu Lajim Ukin.

Sebelum PRU 13, Lajim Ukin telah meletak jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort. Dia telah meletak semua jawatan dalam UMNO tetapi enggan melepaskan jawatan sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Ini pula kata DS Najib;
 
"Keputusan beliau itu sudah dijangkakan akan berlaku kerana tindakan dan ucapan beliau yang bertentangan dengan dasar parti sebelum ini. Saya tidak terperanjat dengan keputusan itu kerana tiada sesiapa yang lebih besar dari parti melainkan kesetiaan."

Namun Lajim telah lupa peruntukan Fasal (3) Perkara 43A yang dibacakan bersama Fasal(5) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan, jawatan Timbalan Menterinya terbatal secara automatik.

Kemudian, Lajim menyertai PKR dan terus dilantik sebagai Ketua PKR Sabah sehingga menyebabkan tindakan 11 pemimpin PKR Sabah keluar parti. Mereka bukan hanya keluar parti, malah turut melahirkan sokongan terbuka kepada BN.

Lajim yang keluar UMNO kini melompat ke PKR juga kerana tidak sehaluan.

Berbanding Datin Paduka Chew Mei Fun yang dibimbangkan Lajim, di mana Mei Fun meletak jawatan di atas alasan tidak sehaluan tetapi beliau masih setia dengan parti. Alasan Mei Fun ialah mengenai prinsip dan integriti tetapi alasan Lajim tidak sehaluan, APA? Jika Lajim menyertai PKR, kita fikirlah sendiri alasannya dan yang pasti ia bukan integritinya.

Kini, Mei Fun dicabar Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP, Datuk Teng Chang Khim yang meminta beliau menarik diri daripada bertanding pilihan raya kecil DUN Kajang dan menawarkan jawatan dalam kerajaan negeri Selangor.

APA JAWAPAN MEI FUN?
"Saya kembali ke arena politik kerana saya mahu memperjuangkan prinsip yang betul.

"Saya ingin mengingatkan mereka bagaimana pilihan raya kecil ini diadakan iaitu PKR dengan sengaja mengosongkan kerusi ini dan mempermainkan prinsip demokrasi."

Lajim dan Teng Chang Khim TERLUPA bahawa Mei Fun telah keluar kenyataan pendiriannya terlebih dahulu sebelum mengotakan apa yang dikata. Ini adalah satu perbezaan besar berbanding dengan Lajim.

Belum lagi disentuh mengenai Anwar dan Neng Jijah. Kata akan letak jawatan tetapi masih teringin bertanding sana sini.

Kepada pengundi Kajang terutama wanita, nilailah rekod pencapaiannya dalam memperjuangkan hak golongan itu ketika menjadi Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen sebelum keluar mengundi Ahad ini.

Dan kepada pengundi yang lain, nilailah pencapaiannya berhubung perkara sama ketika tidak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan.

APA YANG MEI FUN TELAH LAKUKAN?

Beliau telah perjuangkan untuk kaum wanita agar pemberian suntikan Human Papilloma Virus (HPV) secara pecuma kepada remaja perempuan berumur 13 tahun.

Beliau juga pernah mengesyorkan kepada Parlimen bagi meminda peraturan mesyuarat supaya semua Ahli Parlimen tidak mengeluarkan perkataan lucah sewenang-wenangnya terhadap wakil wanita.

Mei Fun berkata gesaan Chang Khim yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor supaya beliau menarik diri dalam tempoh 48 jam daripada bertanding disifatkan amat menghina kredibiliti beliau.

Tidak cukup dengan perangai Kor Ming, Chang Khim dari DAP ini sebenarnya hanya ingin menghina Mei Fun. DAP sengaja memperlekeh kekuatan dan perkhidmatan yang disediakannya ketika menjadi Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara selama dua penggal.

Ini semua adalah kerana DAP sedar rekod pencapaian Mei Fun yang sangat baik selama ini dan terbukti bahawa beliau memang berkhidmat untuk masyarakat di PJ Utara.

No comments: