Friday, July 11, 2014

APA SPAD LAKUKAN UNTUK RAKYAT BALIK KAMPUNG NANTI?



Setiap tahun bila tiba hari perayaan terutama menjelang Aidil Fitri, rakyat akan berpusu-pusu balik kampung samada dengan pengangkutan persendirian ataupun pengangkutan awam.

Maka, setiap tahun juga SPAD akan memastikan rakyat Malaysia akan pulang dan balik dengan penuh kegembiraan dan yang pasti selamat ke destinasi.

Oleh itu, pihak SPAD telah mengambil langkah-langkah tersebut;

1. Bas Tambahan
2. Usaha mencegah Ulat Tiket
dan untuk pengangkutan persendirian pula... 
3. Pemeriksaan percuma oleh PUSPAKOM

BAS TAMBAHAN

Pihak SPAD telah  membuka permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) untuk perkhidmatan bas tambahan sempena Aidilfitri. Permohonan itu dibuka sehingga 24 Julai ini dan SPAD tidak mengehadkan jumlah LPS yang boleh dipohon.
Yang penting setiap permohonan harus menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Sehubungan itu beliau meminta orang ramai agar tidak panik jika mendapati tiket bas untuk pulang ke kampung masing-masing sudah habis.

SPAD menetapkan tempoh pergerakan bas yang beroperasi menggunakan LPS ialah dari 19 Julai hingga 4 Ogos.

ULAT TIKET

SPAD menjangka 1.4 juta tiket bas ekspres akan dijual sempena Aidilfitri ini dan daripada jumlah itu 33 peratus adalah untuk ke utara, 30 peratus ke pantai timur dan 37 peratus lagi ke selatan tanah air.

Baru-baru ini pihak penguatkuasaan SPAD telah mengadakan operasi ke atas ulat-ulat tiket dipanggil
Ops Parasit dan menahan 16 ‘ulat tiket’ yang dijalankan bersama agensi penguat kuasa lain dalam tempoh Mei dan Jun lalu. 

Ops Parasit akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa melalui penyamaran untuk memberi kesan yang maksimum kepada semua pesalah.  Pihak SPAD menasihatkan orang ramai menggunakan sistem tiket elektronik (E-Ticketing) yang lebih mudah dan selamat malah dapat mengelak kegiatan ulat tike.

PEMERIKSAAN PERCUMA

Sempena Aidilfitri ini, pemilik kenderaan persendirian berpeluang mendapatkan pemeriksaan kenderaan secara percuma oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) di seluruh negara bermula hari ini sehingga 26 Julai ini. 

Pemeriksaan kenderaan penting kerana ianya adalah salah satu kaedah yang terbaik bagi memastikan keadaan kenderaan selamat ketika berada di jalan raya, khusus untuk mereka yang pulang ke kampung sempena musim perayaan ini.

Pelanggan hanya perlu menghubungi cawangan terdekat Puspakom untuk membuat temujanji. 

Pemeriksaan kenderaan itu merangkumi lapan peringkat pemeriksaan yang menyeluruh seperti pengesahan identiti kenderaan, ujian pengeluaran asap, gelincir sisi, bahagian atas dan bawah kenderaan, brek, suspensi dan ketelusan cermin.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi talian bebas tol Puspakom 1-800-88-6927 atau dengan melayari laman sesawang www.puspakom.com.my. 

Bukan itu sahaja, saban tahun SPAD pasti akan mengadakan pemantauan kenderaan awam di lebuh raya.

... dan jangan lupa sekiranya ada masalah di jalanraya nanti, hubungi juga SPAD;

 

No comments: