Thursday, August 07, 2014

SPAD AMBIL TINDAKAN SIASAT PEMANDU BAS HALANG TRAFIK DI TAMBAK JOHOR

Kesesakan jalan masuk ke Tambak Johor

Tindakan operator bas kilang yang enggan dan menghalang masuk ke Singapura pada 1 Ogos lalu adalah tindakan yang tidak munasabah dan hanya menyusahkan rakyat. Itu adalah respon dari Pengerusi SPAD dan kronologi kejadian adalah seperti berikut ...
  • Perkhidmaan tol bermula jam 12.01 a.m. 
  • Dua bas mula menghalang laluan bas sekitar pukul 4.00 a.m. 
  • Sebelum kejadian, laluan trafik adalah lancar untuk semua laluan baik kereta, lori dan bas.
  • Dari jam 12.01 a.m. sehingga 4.00 a.m., jumlah kenderaan terlibat (number of traffic outbound) adalah 2,771 (termasuk 148 buah bas).
  • Polis Bantuan tiba di tempat kejadian jam sebaik sahaja mendapat maklumat.
  • Pegawai Polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) tiba kira-kira jan 4.30 a.m.
  • Perbincangan di antara pihak PDRM, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dn syarikat pengendali EDL berakhir jam 7.30 a.m.
  • Bas-bas bergerak semula jam 7.30 a.m.
  • Trafik di laluan bas lancar jam 8.45 am.



 
Tindakan mereka ini telah menyebabkan kesesakan luar biasa malah perbuatan itu mendatangkan kesusahan terhadap rakyat terutama sekali mereka yang menggunakan perkhidmatan di Pusat Pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar selain pengguna jalan raya yang lain.

Disebabkan tindakan segelintir pemandu bas yang menghalang laluan trafik itu, maka pihak SPAD telah mengeluarkan notis temu siasat terhadap syarikat-
syarikat yang terlibat untuk memberi keterangan bagi membuat siasatan.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad memaklumkan pihak SPAD akan mengenalpasti jenis kesalahan yang mereka lakukan, kemudian sekiranya didapati melanggar syarat-syarat permit kenderaan, tindakan akan diambil.

Jika didapati bersalah, syarikat-syarikat bas titu boleh didakwa mengikut Seksyen 22 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang membawa peruntukan penalti tidak kurang RM100,000 dan maksimum RM500,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya jika didapati bersalah.

Selain itu, SPAD juga boleh menggantung serta membatalkan permit kenderaan mereka bergantung kepada hasil siasatan. Pihak polis juga turut mengambil tindakan atas kesalahan menghalang lalu lintas.

Tindakan segelintir pemandu bas ini dikatakan tidak berpuas hati dengan kenaikan kadar tol yang mengakibatkan kos operasi mereka meningkat di mana jika Singapura turut menaikkan kadar bayaran VEP bagi kenderaan berdaftar di luar negara yang mahu memasuki Singapura dinaikkan daripada S$20 (RM51.44) kepada S$35 (RM90). Bayaran Permit Kenderaan Barangan (GVP) berdaftar di negara luar pula dinaikkan daripada S$10 (RM25.72) kepada S$40 atau RM102.88.

Di Malaysia, tol keluar dan masuk Malaysia di naikkan kepada RM16.50 dari RM2.90.

Sekiranya kenaikan ini menjadi satu beban kepada syarikat-syarikat pengendali bas, pihak SPAD telah sarankan agar satu perbincangan diadakan dan bukan mengambil tindakan sendiri di mana pemandu-pemandu bas ini tertakluk kepada undang-undang iaitu membawa penumpang, tidak boleh menyusahkan orang ramai atau mendatangkan kesulitan kepada mereka.

No comments: