Monday, September 29, 2014

JIKA ANDA MANGSA TEKSI 'CEKIK DARAH'... APA PERLU ANDA BUAT?

Utusan Online
Apabila terbaca keratan akhbar ini, rasa simpati kepada Tan Sri Zam yang menjadi mangsa teksi 'cekik darah' di Hospital Serdang.

Namun, apabila dibaca selanjutnya laporan ini ada beberapa perkara yang perlu diketahui oleh Tan Sri Zam dan juga panduan kepada kita semua apabila berhadapan dengan kejadian yang sama.

Yang pertama, pastikan teksi yang ingin kita langgan mempunyai pelekat berikut;


Yang kedua, untuk pengetahun umum semua teksi yang berpelekat di atas wajib mengguna meter dan jika pemandu enggan mengguna meter, kita ada pilihan untuk menolak teksi berikut dan seterusnya membuat aduan dengan mengambil gambar teksi berikut seperti yang dilakukan oleh mereka ini;



atau dirakam...



Untuk pengetahuan umum juga, pihak SPAD tidak berhenti-henti mengadakan operasi membentras pemandu teksi yang enggan mengguna meter dan isu ini telah pun ditulis .... DI SINI

TANPA aduan kepada SPAD, tiada tindakan yang boleh dibuat. Walaupun teksi tersebut sedang beroperasi di Hospital atau di mana jua, kesalahan yang dilakukan adalah dibawah tindakan SPAD dan bukan bidangkuasa hospital atau pengurusan bangunan mahupun syarikat pengawal keselamatan.

Seperkara lagi, di dalam laporan Utusan seperti berikut;
"Sedangkan menurut Zainuddin, tambang yang sepatutnya dari hospital tersebut ke rumahnya di Presint 10, Putrajaya, adalah RM10 dan caj itulah yang sentiasa dibayarnya kepada pemandu teksi luar setiap kali pergi atau balik daripada mendapat rawatan fisioterapi sejak beberapa bulan lalu."
Adalah menjadi kesalahan juga jika penumpang menentukan tambang dan enggan mengguna meter teksi.

Di antara Operasi SPAD yang pernah ditulis di blog ini;

TIADA KOMPROMI KEPADA PEMANDU TEKSI YANG DEGIL

SPAD : PEMANDU TEKSI DEGIL TIDAK AKAN TERLEPAS HUKUMAN

SPAD : JANGAN BIARKAN 'ULAT TEKSI ARAB' ROSAKKAN SUSU SEBELANGA

Pada masa yang sama, Tan Sri Zam juga menuntut penjelasan daripada SPAD kewajaran operator yang mengendalikan perkhidmatan teksi, mengenakan caj tambahan RM2 terhadap pengguna yang membuat panggilan telefon bagi mendapatkan khidmat teksi.

Di dalam membuat sesuatu keputusan, SPAD akan mendapatkan pandangan dari pelbagai pihak yang berkepentingan. Di dalam isu teksi, pihak berkepentingan termasuk pelabagai Persatuan Teksi, Pengusaha Teksi, syarikat khidmat teksi dan termasuk juga pandangan pengguna.

Jika ingin mengetahui kadar teksi yang telah ditetapkan pihak SPAD... DI SINI.

Kadar RM2.00 dari syarikat yang memberi khidmat teksi melalui panggilan telefon telah digazetkan SPAD dan menurut salah satu syarikat, Taxi Monger seperti berikut;

RM1.50 daripada caj RM2 akan diberikan kepada pemandu teksi setiap bulan bergantung berapa banyak tempahan yang diambilnya dan bayaran itu akan dimasukkan ke dalam akaun mereka manakala 50 sen lagi disalur kepada caj perkhidmatan atas talian yang mereka gunakan.
Di dalam dunia serba mudah hari ini, segalanya dihujung jari dan tiada lagi istilah perkhidmatan percuma di mana jika kita hendak ke bilik air pun, kita diberi pilihan untuk samada ke tandas yang bertaraf lima bintang atau tandas awam saja. 

Jika inginkan keselesaan, perkhidmatan yang memuaskan dan keselamatan terjamin ketika menaiki teksi, apa salahnya membayar terlebih sedikit dan kadar yang dikenakan adalah sangat berpatutan. Syarikat-syarikat seperti TaxiMonger tersebut, bertanggungjawab memantau setiap pergerakan teksi ini.

Oleh itu, tidak kira samada kita sebagai rakyat biasa, bekas menteri atau menteri sekali pun, belajarlah untuk mengikuti perkembangan yang disediakan kerajaan sekarang. Melapor di akhbar tidak dapat menyelesaikan  masalah walaupun mampu mendapat perhatian.

No comments: