Wednesday, October 22, 2014

RESPON RAKYAT TERHADAP BAJET 2015 DI DALAM PENGANGKUTAN AWAM


Setelah lebih seminggu bajet 2015 dibentangkan oleh Menteri Kewangan DS Najib Razak, nampaknya usaha kerajaan mempertingkatkan sistem pengangkutan awam darat telah dapat menggembirakan pelbagai lapisan masyarakat terutama kepada mereka yang bergantung kepada pengangkutan awam di dalam perjalanan harian mereka.

Di antara peruntukannya adalah;
  • Rancangan perkhidmatan bas antara bandar bagi tiga laluan iaitu daripada Rawang, Klang dan Seremban.
  • Tawaran diskaun 30 peratus tambang bulanan bagi perkhidmatan bas antara bandar.
  • Pembinaan jajaran kedua Transit Aliran Massa (MRT) dari Selayang ke Putrajaya.
  • Perkhidmatan bas berhenti-henti di beberapa ibu negeri melalui sistem kontrak dengan syarikat bas sedia ada melibatkan bandar raya Kuching, Ipoh, Seremban, Kuala Terengganu dan Kangar.
  • Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) menghubungkan Ipoh, Perak ke Butterworth, Pulau Pinang yang mula beroperasi April tahun depan

Yang pasti pengguna tetap bas awam akan teruja apabila kawasan-kawasan sepeti Rawang, Klang dan Seremban diberi diskaun 30 peratus tambang bulanan. Bayangkan apabila mereka membelanjakan tambang bas yang mencecah RM100 setiap bulan perjalanan harian hanya dari Nilai ke KLIA dan kini mampu menjimatkan walaupun sedikit. Perjalanan mereka yang menetap di luar ibu kota juga dipermudahkan apabila bas keluar masuk antara tiga laluan seperti Rawang, Klang dan Seremban.

Bagi pengguna tetap perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) pula berpandangan yang mereka mampu menjimatkan kos tol dan minyak apabila di dalam bajet 2015 mengumukan pembinaan jajaran kedua Transit Aliran Massa (MRT) dari Selayang ke Putrajaya.

Beberapa ibu negeri akan menikmati penambahan perkhidmatan bas berhenti-henti. Perkhidmatan ini melibatkan bandaraya Kuching, Ipoh, Seremban, Kuala Terengganu dan Kangar. Tambahan kekerapan perkhidmatan bas seperti di  Kuching, terutamanya kawasan kurang maju adalah satu manfaat yang ditunggu-tunggu dan di dalam bajet 2015, kerajaan tidak terlepas pandang.

Dengan pengumuman kerajaan di dalam bajet 2015 untuk menghubungkan Ipoh, Perak ke Butterworth melalui perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dapat menggalakkan orang
ramai menggunakan pengangkutan awam dan seterusnya mengorak ke arah negara maju.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid di dalam kenyataan medianya telah menyambut baik pengumuman bajet 2015 yang selaras dengan inisiatif kerajaan untuk mentransformasikan pengangkutan awam darat dan seterusnya mampu meningkatkan kualiti perkhidmatan serta meningkatkan mobiliti rakyat. Kenyataan Tan Sri adalah seperti berikut;
KENYATAAN AKHBAR

TAN SRI DATO' SERI DR. SYED HAMID ALBAR
PENGERUSI SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT

 KUALA LUMPUR: 11 Oktober 2014 - Suruhajaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D) menerima baik pengumuman belanjawan 2015 oleh YAB Perdana Menteri. Secara keseluruhannya, ini merupakan satu belanjawan holistik dan menyeluruh yang memberi penekanan kepada rakyat. Dari perspektif pengangkutan awam,  perancangan dan langkah- langkah yang diumumkan oleh YAB PM adalah selaras dengan inisiatif Kerajaan untuk mentransformasikan pengangkutan awam darat.

Dengan peruntukan pembangunan bagi beberapa projek infrastruktur dan kemudahan pengangkutan awam seperti peruntukan sebanyak RM70 juta bagi projek bas elektrik , projek pembinaan laluan LRT dari Bandar Utama- Shah Alam- Klang dengan peruntukan RM9 billion , projek MRT Selayang - Putrajaya dengan peruntukan RM 23 billion dan insentif untuk perkhidmatan bas antara bandar bagi laluan KL ke Seremban, Rawang dan Klang,  ianya sudah pasti akan meningkatkan kualiti perkhidmatan, meningkatkan mobiliti rakyat dan seterusnya meningkatkan perkongsian mod pengangkutan awam darat. SPAD mensasarkan agar peratusan perkongsian mod menjelang tahun 2020 adalah 40%.

Bajet 2015 kali ini juga jelas memberi penekanan kepada rakyat yang mengguna pengangkutan awam di mana akses bagi mendapatkan perkhidmatan serta fasiliti rangkaian awam dipertingkatkan. Selain dari dapat menjimat kos sara hidup harian, usaha kerajaan juga adalah ingin memastikan rakyat akan selesa ke destinai yang dituju.

No comments: