Saturday, January 17, 2015

DAP DAN PAS TIDAK PERLU MELENTING DENGAN PENDEDAHAN DATUK MASHITAH

Sinar Harian


Rupanya sejak 1986, PAS telah cuba membawa isu Hudud ke arena politik kepada gabungan bersama DAP. Itulah pendedahan yang telah ditulis Datuk Dr Mashitah di dalam Sinar Harian. Namun sehingga hari ini PAS masih gagal.

Di dalam pembukaan tulisan Datuk Mashitah bertajuk "Kenapa DAP bantah hudud" di dalam Sinar Harian, beliau telah menyebut;

MENURUT Lim Kit Siang, DAP mengambil keputusan tidak menyertai pakatan pembangkang bersama Pas ketika hadapi Pilihan Raya Umum 1986 dan 1990 kerana membantah hasrat melaksanakan hukum hudud dan menubuhkan Negara Islam.

Itu adalah sejarah yang semua rakyat perlu tahu di mana gabungan PAS dan DAP bukan berlaku ketika wujud Pakatan Rakyat pada tahun 2008 tetapi hubungan gabungan politik mereka telah wujud sekian lama walaupun ada ketika tidak menjadi. Gabungan dua parti politik yang berlainan wadah perjuangan, satu cuba perjuangkan dasar-dasar Islam tetapi satu lagi menentang habis-habisan.

Di zaman wujud Semangat 46 juga, inilah formula yang digunakan di mana untuk kalahkan Barisan Nasional terutama UMNO, gabungan PAS dan DAP diperlukan dan Datuk Mashitah mendedahkan mengapa mereka berpecah pada 2001.

Pendirian Lima Perkara :
 
  • Pas kena setuju tidak akan berlaku perubahan radikal terhadap Perlembagaan Persekutuan seperti penubuhan Negara Islam, Kristian, Buddhis atau Hindu.  
  • Selagi berada dalam pakatan pembangkang, Pas mesti bekerjasama dengan parti sekutu untuk mengangkat demokrasi, bukan Negara Islam.
  • Sebelum membuat sebarang keputusan atau pindaan kepada undang-undang negeri, Pas mesti rujuk dan mendapat persetujuan parti sekutu.
  • Pas kena bersetuju dengan penubuhan sebuah jawatankuasa tertinggi yang mesti dirujuk jika ingin buat kenyataan atau tindakan sensitif berkaitan agama, dan
  • Pas mesti terima hakikat Malaysia sebuah negara plural dan Negara Islam tidak sesuai serta tidak boleh ditubuhkan.

Jika dibaca dari satu hingga 5 perkara yang didedahkan, PAS tidak boleh bertindak dan bersuara mengenai Negara Islam dan apatah lagi untuk melaksanakan hukum hudud.

Selama 15 tahun PAS cuba dan berjanji untuk memberi kefahaman kepada DAP mengenai asas perjuangan mereka dan mengeluarkan pelbagai istilah dan strategi politik seperti tahaluf siyasi dan negara berkebajikan, namun DAP tetap menolak dan benar DAP semakin lantang.

Hari ini, DAP bukan saja mengukuhkan pendirian mereka malahan kita boleh menyaksikan strategi DAP yang lebih lantang dan berani apabila satu demi satu pemimpin dan ulama PAS dikritik secara terbuka. Baca saja arkib blog Kit Siang di bawah kategori "PAS".

Di antaranya...
"PAS – despite its past popularity as an Islamic party, especially in the east coast states – has systematically failed to deliver social and economic goods to its population, especially in a state like Kelantan, its home base."
Hudud: 20 soalan untuk PAS oleh Eric Paulsen, pengasas bersama dan pengarah eksekutif Lawyers For Liberty, yang lebih mengambarkan hudud PAS yang tidak adil.

Ini pula tulisan Kit Siang;
It is a false choice to believe that PAS is in danger of losing power in Kelantan and that its salvation to stay in power in Kelantan in 14GE to win the seventh election since 1990 lies in the hudud issue.

Dengan kata lain, Kit Siang menolak alasan PAS yang mereka tidak mungkin kekal berkuasa di Kelantan jika hudud masih tidak dilaksanakan di Kelantan.

Penyokong-penyokong Pakatan Rakyat di media sosial pula sangat terkesan dengan pendedahan demi pendedahan penceramah tersohor Wanita UMNO ini. Baca saja komen-komen mereka yang tidak lari dari menuduh Dr Mashitah menentang hukum hudud. Ini adalah kerana, samada mereka kekurangan pengetahuan sejarah politik PAS dan DAP atau isu sebenar perlu dipesongkan kerana terlalu perit menerima kegagalan mentarbiyah DAP.

UMNO dan pemimpin-pemimpinnya perlu dilihat punca kegagalan hudud PAS dan ini tidak terkecuali Datuk Dr Mashitah. Tuduhan-tuduhan tidak berasas perlu dilempar terutama yang sering dimainkan ialah Dr Mashitah menentang hudud.

Apa yang mereka sembunyikan dalam laporan Sinar Harian - Hudud: Mashitah sokong syor Adun Kemelah, di antaranya;
“Namun kita kekurangan prasarana terdiri daripada mahkamah, hakim, pegawai pendakwa bagi melaksanakan perundangan Islam di negara ini.

“Jika usaha ini dapat dilaksanakan, Barisan Nasional (BN) akan menjadi pihak pertama melaksanakan hukum itu berbanding dengan Kelantan yang hanya bercakap kosong,” katanya.

Kepada penyokong-penyokong PAS, musuh kamu sebenar adalah DAP tetapi kerana terlalu gila untuk berkuasa, yang benar dikatakan bathil, dan yang bathil dianggap benar. Kehilangan pengundi Melayu bukanlah kerana ingin membawa hukum hudud, seperti yang didakwa Lim Kit Siang tetapi gabungan PAS dengan parti penentang Islam iaitu DAP dan PKR!

No comments: