Saturday, May 23, 2015

LIOW TIONG LAI - TIDAK ADA YANG DISEMBUNYIKAN DALAM KES KLIA2


Datuk Seri Liow Tiong Lai bukanlah menteri yang tidak serius mahupun tidak mengendahkan setiap ketirisan yang berlaku di bawah kementeriannya. Namun, setiap tindakan yang perlu diambil perlulah dibawa ke pengetahun mesyuarat kabinet menteri dan seterusnya mendapat kelulusan jemaah menteri.

Inilah yang gagal dilihat pihak pembangkang apabila sesuatu tindakan perlu diambil. Tony Pua didalam kenyataannya menuduh Menteri Pengangkutan seperti sedang memekakkan mata dan telinganya ke atas isu yang dibawanya, peningkatan mendadak dari kos asal pembinaan Terminal KLIA2.

Dengan pantas dan penuh tanggungjawab, Datuk Liow telah menerangkan di dalam kenyataan medianya bahawa Kementerian Pengangkutan menyokong saranan PAC agar Jabatan Audit Negara melakukan siasatan ke atas pengurusan pembinaan KLIA2 dan rakyat berhak mendapat jawapannya.

Oleh kerana Malaysia Airports Holdings Berhad adalah sebuah entiti yang berdaftar, maka memerlukan kelulusan kabinet menteri dalam membabitkan Jabatan Audit Negara menjalankan tugas mereka.

Lagipun, ia adalah tanggungjawab MAHB sebagai pemilik dan pengurusan KLIA2 untuk menjawab kepada PAC secara telus. MAHB perlu bertindak bagi memberi penjelasan ke atas dakwaan PAC dan Datuk Liow inginkan penjelasan ini dilakukan dengan serta merta.

Tidak ada sebab mengapa Kementerian tidak akan menyokong jika Kabinet Menteri telah membenarkan Jabatan Odit melakukan tugas mereka. Seharusnyalah Datuk Liow mencurigai kenyataan Tony Pua yang mempunyai agenda politik pembangkang.

Dengan jelas, di dalam laporan The Edge bertajuk 'Blinkered Liow ignoring obvious overruns in klia2', Tony Pua menyatakan pihak MAHB telah membuat keputusan yang mencurigakan ke atas kos mendadak dalam pembinaan KLIA2 dan menuduh Datuk Liow pula yang menafikan siasatan PAC.

Tony Pua seperti sengaja tidak tahu bahawa Datuk Liow tidak mempunyai kuasa mutlak untuk mengarah Jabatan Audit Negara melakukan siasatan dan proses seterusnya. Pada masa yang sama, apakah Tony Pua inginkan Datuk Liow diperangkap salah guna kuasa jika beliau melampaui keputusan jemaah
menteri?

Datuk Liow juga menyatakan yang beliau tidak menafi pertambahan kos tetapi segala pertambahan ini adalah kerana perubahan terhadap skop dan keperluan dalam kemudahan dan saiz yang telah dikajisemula untuk kepentingan pengguna.

Inilah kriteria seorang menteri yang kita perlukan. Cepat menjawab dengan jawapan yang tidak mengelirukan rakyat dan kepentingan untuk memahamkan rakyat ada keutamaan dan bukan untuk kepentingan agenda politik. 

Sememangnya tidak ada apa yang perlu disembunyikan dan biarkan Jabatan Odit laksanakan tugas mereka tanpa diganggu dengan kenyataan-kenyataan dari ahli-ahli politik yang berkepentingan agenda sendiri.

No comments: