Tuesday, May 05, 2015

#PRKRompin : KEPUTUSAN (UPDATES)



Keputusan rasmi PRK P091 Rompin dijangka akan diketahui seawal 11.00 malam...

Walaubagaimanapun, dari semasa ke semasa blog ini akan kemaskini keputusan tidak rasmi.

Di PRU 13, BN mendapat 30,040 dan PAS pula 14,926 dengan majoriti 15,114.






Hari pengundian PRK P091 Rompin. Semua 38 pusat pengundian akan dibuka pada jam 8.00 pagi. Seramai 52,744 pengundi berdaftar akan membuang undi.

SPR akan mengumumkan keputusan penuh PRK Rompin di pusat penjumlahan undi, Dewan Jubli Perak, Sultan Ahmad Shah dan dijangka pada pukul 11 malam.

Jumlah : 73% keluar mengundi sehingga jam 5 petang.


BN mendahului di 34 pusat mengundi, PAS di empat, daripada 38 pusat pada 9.50 malam ini. 

Keputusan tidak rasmi setakat 7.00 pm :

Datuk Hasan Ariffin (Barisan Nasional) telah mendapat undian sebanyak 21,668 sementara Nazri Ahmad (PAS) telah mendapat sebanyak 10,106 undi.


Ini bermakna secara tidak rasmi, Barisan Nasional telah memenangi Pilihanraya Kecil P.091 Rompin dengan majoriti 11,562 undi.
 

No comments: