Monday, May 25, 2015

WEE KA SIONG : RMK-11 TIDAK PINGGIRKAN MASYARAKAT CINA


Di dalam pembentengan RMK-11, telah dinyatakan seperti berikut;
Program Skim Pinjaman Khas Kampung Baru Cina akan diteruskan dengan menumpukan kepada pinjaman mikro kredit.
Bagi pihak MCA, ini adalah sesuatu yang sangat wajar bagi kesinambungan bantuan kerajaan Barisan Nasional bagi memberi peluang kepada masyarakat Cina di negara ini dan dengan jelas, mereka tidak dipinggirkan terutama perniagaan kecil dan sederhana (SME).

Bagi masyarakat Cina yang sangat menitikberatkan peluang perniagaan, pengumuman kerajaan dalam RMK-11 untuk meneruskan pinjaman makro kredit dalam program skim pinjaman khas kampung baru Cina sangat dihargai.

Timbalan Presiden dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wee Ka Siong juga berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberi perhatian kepada keperluan kredit ini kepada masyarakat Cina yang tinggal di Kampung Baru Cina.

Sehingga hari ini, lebih dari 4,000 peniaga Cina telah memanfaatkan skim pinjaman ini yang berjumlah RM142 juta. Datuk Wee berpendapat RMK-11 juga mementingkan keberhasilannya dan pihak MCA ingin memastikan perniagaan mampu meningkatkan produktiviti tanpa perlu melibatkan pertambahan kos.

Program skim pinjaman perniagaan telah dinikmati penduduk di 607 Kampung Baru Cina sejak dilancarkan pada RMK-10 tahun 2011 sehingga 2014. 

Mereka yang layak akan menerima bantuan pinjaman di antara RM5,000 hingga RM50,000 dan dari enam bulan hingga lima tahun tempuh pembayaran semula.

Di bawah perancangan ini juga, pelajar-pelajar di Kampung Baru Cina diberi bantuan kewangan bagi memastikan mereka akan menghabiskan persekolahan di peringkat rendah dan menengah. Program-program lain termasuk juga untuk kesedaran ibubap pelajar dan bertujuan untuk mengekang kadar murid-murid yang tercicir.

Datuk Wee telah diberi tanggungjawab di bawah portfolio Hal Ehwal Kampung Baru Cina dan Industri Kecil dan Sederhana (SMI) di bawah Jabatan Perdana Menteri sejak Juali 2014.

Bagi memastikan program kerajaan diteruskan, portfolio Datuk Wee juga memerlukan beliau bekerjasama dengan kementerian lain termasuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa.

No comments: