Saturday, June 13, 2015

KEMPEN KESIHATAN, BANTUAN KEMANUSIAAN SUNGGUH SINONIM DENGAN WANITA MCA

Untuk ke sekalian kalinya, Wanita MCA telah memberi kesedaran kesihatan didalam siri program-programnya. Kali ini, Beliawanis Wanita MCA dengan kempen kesedaran pencegahan kanser pangkal rahim di dalam siri ke3 dan ke4nya yang bertemakan "Catch them young, keep them healthy".

Diungguli oleh Ketua Wanitanya, Datuk Heng Seai Kie, kempen ini menawarkan suntikan percuma kepada golongan muda di antara umur 19-22 tahun. Kali ini, mereka yang berminat boleh mendapatinya di Kuala Lumpur dan Pahang pada 14 dan 21 Jun seperti berikut;

PAHANG    
Tempat  : Dewan Perhimpunan Cina Bentong

Tarikh      : 14 June 2015 (Ahad)

Waktu      : 10am – 3pm

Hubungi : 019- 981 3123,016 – 960 0622 atau 016 – 951 8088

KUALA LUMPUR
Tempat : 13th Floor, Wisma MCA, Jln   Ampang

Tarikh    : 21 June 2015 (Ahad)

Waktu    : 11am – 2pm

Hubungi : 03 – 9285 5168/ beliawanismcawp@gmail.com

Nota : Kepada yang berminat perlulah mendaftar terlebih dahulu kerana di Kuala Lumpur hanya terhad kepada 200 pemohon sahaja.

Walaubagaimanapun, kepada mereka yang melebihi had umur tetapi masih berminat untuk mendapat suntikan tersebut, Wanita MCA menawarkan pakej istimewa berharga RM540 bagi 3 suntikan di mana harga asalnya ialah RM750.

Kesedaran kanser pangkal rahim adalah sangat penting kerana ia merupakan penyakit pembunuh ketiga dan suntikan vaksin ini akan menghasilkan imuniti terhadap virus HPV (human papilloma virus).

MANGSA GEMPABUMI SABAH

Pada masa yang sama, Wanita MCA juga menganjurkan kutipan derma untuk mangsa gempabumi di Sabah dengan cara yang sangat menarik. 

Mereka akan menjual berus gigi sepanjang bulan Jun ini. Setiap satu dengan corak menarik yang pasti menarik perhatian kanak-kanak dengan harga RM10 setiap satu. Setiap hasil jualan akan didermakan untuk mangsa gempabumi di Sabah. Ini juga mampu beri kesedaran kesihatan terutamanya kepada anak-anak kita.

Datin Paduka Chew Mei Fun pula, yang memang terkenal dengan kerja-kerja bantuan mangsa bencana telah wujudkan 3 pusat bantuan bergerak di Kem Bina Negara, Helipad dan Taman Negara. Seramai 60 kakitangan telah ditempatkan yang bekerja mengikut 3 shif. 

Setelah membuat lawatan ke kawasan gempabumi dan melihat sendiri kerosakan yang telah dialami di SJKC Pai Wan dan tokong Hwa Shan Sheng Zu Gong, beliau telah menghubungi Presidennya, Datuk Liow untuk mengadakan peruntukan khas kecemasan dari CRSM sebanyak 30,000 dan RM20,000 setiap satu.

No comments: