Sunday, January 24, 2016

APA MENARIK MINAT 63,000 PELAJAR SERTAI PLKN 2.0?




Menurut laporan dari Bernama, seramai 63,000 pelajar telah memohon untuk mengikuti PLKN 2.0 yang akan bermula pada Mac akan datang nanti. Apakah yang menarik minat mereka?

Jabatan Latihan Khidmat Negara telah pun mendapat data permohonan dan dijangka akan terus meningkat. Ini adalah kerjasama dari pihak sekolah-sekolah yang turut menggalakkan pelajar menyertai program PLKN yang baru ini. Penyertaan PLKN adalah secara sukarela dan penyertaan telah dibuka sejak November 2015.

Penambahbaikan dalam PLKN 2.0 ini memperkenalkan dua fasa di mana, fasa pertama adalah latihan di dalam kem selama 8 minggu dan fasa kedua pula beri peluang kepada pelatih menyertai kursus kemahiran di luar. Kursus kemahiran yang ditawarkan juga bergantung kepada jenis kemahiran yang diikuti dan berlangsung sehingga 36 bulan di mana-mana institusi kemahiran.

Di antara kursus kemahiran yang ditawarkan termasuk automotif, kimpalan, elektrikal dan juga beberapa kemahiran lain yang sesuai dengan tuntutan permintaan kerja serta minat pelatih nanti.

Modul baru PLKN 2.0 sangat menarik dan mantap. Jika ingin mengetahui perinciannya... boleh baca DI SINI

Kepada pelajar yang tidak berjaya melanjutkan pelajaran mereka ke mana-mana universiti mahupun kolej, adalah lebih baik diambil kesempatan dan dijadikan landasan PLKN ini untuk menceburi bidang kemahiran.

10 kementerian dan 400 institut latihan kemahiran bersedia menempatkan pelatih PLKN 2.0 dalam membantu generasi muda mempersiapkan diri mereka menghadapi alam pekerjaan. Yang lebih menarik lagi PLKN 2.0 juga menawarkan ilmu perakaunan dan perniagaan kepada mereka yang minat berniaga.

Transformasi latihan khidmat negara inilah yang berjaya menarik minat pelajar sekolah dan ibubapa. Pasti galakan dari pihak sekolah juga yang membantu pelajar menyertainya sehingga pasti permintaan akan melebihi daripada tawaran tempat latihan nanti.

Nampaknya kejayaan awal modul baru PLKN ini dan kesungguhan kerajaan menambahbaikinya, mampu memberi peluang dan seterusnya mengurangkan kadar pengangguran di kalangan anak muda. Transformasi ini juga adalah kejayaan awal mempersiapkan rakyat Malaysia menuju ke wawasan 2020 untuk meningkatkan pendapatan rakyat nanti.

Jangan lupa semak kemasukan ....

Semakan penempatan pelatih PLKN 2.0 secara online... KLIK


No comments: