Sunday, June 05, 2016

#SPAD : RESPON OPERATOR REL AKIBAT GANGGUAN LRT SRI PETALING DAN ERL


Di dalam mempastikan perkhidmatan yang diberi operator pengangkutan awam sentiasa menepati keselesaan dan keselamatan rakyat, pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan sentiasa peka dan serius bertindak dengan setiap aduan. Walaubagaimanapun, SPAD juga akan berlaku adil kepada pihak yang berkepentingan untuk memberi respon dan menerangkan situasi sebenar.

Malahan, memberi respon kepada aduan rakyat secepat mungkin merupakan salah satu syarat utama setiap operator rel untuk mendapatkan lesen operasinya.

Baru-baru ini akibat dari cuaca buruk yang melanda sekitar kawasan Lembah Klang telah mengakibatkan gangguan laluan LRT Sri Petaling dan laluan KLIA Ekspres serta KLIA Transit Express Rail Link (ERL).  Berikut adalah respon awal pihak-pihak yang terlibat;

Perkhidmatan LRT untuk laluan Sri Petaling

Gangguan perkhidmatan telah berlaku pada 3 Jun 2016 akibat dari kegagalan kuasa elektrik di substation Sungai Besi, Bukit Jalil dan Bandar Tasik Selatan. Perkhidmatan disambung semula pada pukul 6.49  petang setelah perkhidmatan terhenti pada pukul 6.22 petang. Berpunca daripada masalah gangguan kuasa elektrik dan siasatan tetap diteruskan untuk mencari punca gangguan.

KLIA Ekspres dan KLIA Transit    

Gangguan perkhidmatan diakibatkan dari beberapa pokok yang tumbang ke atas landasan yang menyebabkan kegagalan kuasa letrik berfungsi. 2 gerabak di mana satu menghala ke KLIA dan yang kedua ke KL Sentral pula telah terkandas dan langkah prosedur kecemasan telah diambil setelah mendapati kedua-dua keretapi ini gagal dihidupkan enjin.
Komuter KTM

Perkhidmatan mengalami gangguan sehingga menyebabkan kelewatan 55 minit berpunca daripada objek yang terjatuh di atas landasan keretapi berdekatan stesen Abdullah Hukum/Ecocity. Walaubagaimanapun tiada kerosakan dialami gerabak keretapi.

Langkah-langkah yang telah diambil oleh kesemua operator rel ini menitikberatkan keselesaan dan keselamatan penumpangnya di mana perkhidmatan LRT segera mengosongkan keretapi dan menyediakan bas Rapid KL dan juga 'shuttle' pada setiap 15 minit sehingga operasi perkhidmatan pulih sepenuhnya.

Disamping itu, pengumuman gangguan perkhidmatan telah pun dilakukan di stesen-stesen LRT dan termasuk di saluran media sosial seperti Twitter dan Facebook. Malahan, untuk pengetahuan umum, hebahan dan respon segera dari operator keretapi adalah salah satu syarat utama lesen mereka.

Ini adalah respon awal dan laporan terperinci akan menyusul kemudian. Malahan pihak operator yang terlibat juga diminta untuk mencadangkan langkah-langkah keselamatan yang lebih komprehensif bagi meminima risiko dan mengelak daripada berulang lagi.

Maklumat lengkap boleh didapati ... DI SINI
 

No comments: