Saturday, August 06, 2016

DATUK LIOW : #MH370 - JANGAN MUDAH PERCAYA PELBAGAI TEORI DI INTERNET


Pelbagai teori dan pelbagai kisah kejadian ditulis mengenai tragedi MH370 sejak kejadian malang ini berlaku beberapa tahun yang lalu. Berita terkini yang mula tersebar kononnya Kapten Zaharie Ahmad Shah iaitu pilot pesawat MH370 telah muncul semula di hospital Taiwan. Ia adalah tidak benar dan hanyalah berita palsu, demikian disahkan Menteri Pengangkutan Datuk Liow Tiong Lai.

Datuk Liow menegaskan yang sehingga kini, tiada pengesahan yang diperolehi dari Taiwan malahan konsulat negara di Taiwan pun menafikan laporan tersebut. Terdahulu, di dalam satu artikel dari portal berita World News Report Harian telah menulis yang Kapten Zaharie telah muncul secara tiba-tibadi hospital Taiwan dan sedang menderita amnesia iaitu sakit hilang ingatan.

Tetapi anehnya pada masa yang sama juga, WNDR menyatakan sebagai seolah-olah satu satira yang menyebut ...

"Semua watak-watak yang terdapat dalam artikel di laman web ini - malah mereka berdasarkan orang sebenar - sepenuhnya fiksyen dan apa-apa persamaan antara mereka dan mana-mana orang, hidup, mati, atau mayat hidup adalah semata-mata satu keajaiban".

Bukankah ini mengesahkan kenyataan Datuk Liow yang ia adalah tidak benar. Tetapi seperti biasa, peminat cerita ilusi ini telah tersebar meluas sehingga mencapai hampir 5,000 yang berkongsi di laman media sosial termasuklah Facebook mereka.

Oleh itu, Datuk Liow berharap agar rakyat Malaysia bijak membuat penilaian dan tidak membuat spekulasi seperti berita ini dan terus teruja untuk diviralkan di Internet. Seharusnya saranan Datuk Liow diberi perhatian agar lebih prihatin terhadap keluarga mangsa MH370 dengan perkhabaran yang tidak masuk akal.

Seperti yang disahkan pihak negara-negara yang terlibat, pesawat MH370 telah terhempas ke dalam Lautan Hindi dan pihak Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) pula telah mengetuai pencariannya, maka ada pula teori yang pesawat sengaja ditujukan ke Lautan Hindi juga adalah tidak benar.

Mesej jelas untuk rakyat Malaysia adalah agar lebih prihatin dan bijak menilai segala yang dibaca di Internet dan lebih tumpukan kepada pengesahan dari pihak berkuasa yang sentiasa membuat perincian bukti.
 

No comments: