Monday, September 19, 2016

DATUK LIOW : JEFF OOI JANGAN ANGKUH DAN BERLAPANG DADA MOHON MAAF


Walaupun MCA yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli berbangsa Cina dan mereka sering membuat kritikan ke atas ideologi politik PAS, namun apabila ia menyentuh perihal kemanusiaan, semua itu dihadapi dengan penuh hormat dan hemah serta mereka mampu membezakan waktu untuk berpolitik dan masa untuk bersatu sebagai rakyat Malaysia.

Di dalam menghulurkan ucapan takziah kepada pemergian Mursyidul Am PAS Allahyarham Haron Din, saksikan perbezaan pendekatan pemimpin di antara 2 parti kaum Cina ini;



... dan ini pula respon dari Jeff Ooi (DA) yang dikritik kerana mengeluarkan kenyataan kurang sopan;




Benci mengatasi sikap perikemanusiaan pemimpin DAP dan perbuatan Jeff Ooi menyerlahkan kepada kita politik kebencian adalah permainan utama mereka sehingga hilang sifat-sifat baik seorang manusia.

Mungkin bagi Jeff Ooi mesej twitternya tidak menunjukkan yang beliau tidak sopan dengan ucapan Adios kepada seorang Islam apabila arwah Haron Din meninggal dunia. Lebih penting, undang-undang negara tidak meletakkan kesalahan dengan ucapan sedemikian. Persoalannya, apakah ia sesuai dengan ucapan sedemikian datangnya dari seorang pemimpin? Apakah Jeff Ooi akan berkata 'adios' kepada mendiang Karpal Singh juga dan jika Kit Siang mati, apakah adios juga diucapkan?

Apa yang DAP dan pemimpinnya tidak ketahui, dengan bahasa kurang sopan Jeff Ooi telah menjemput pelbagai komen menghina arwah Haron Din dari kalangan penyokong DAP. Apakah ini niat sebenar Jeff Ooi dan DAP?

Tidak dapat dinafikan yang DAP tidak menggemari arwah Haron Din kerana beliau adalah salah seorang yang mempertahankan perlaksanaan hukum hudud diluluskan di Kelantan dan arwah juga didapati seorang pemimpin yang mesra UMNO terutamanya PM Najib Razak jika dibandingkan dengan arwah Nik Aziz. Maka kebencian Jeff Ooi dan DAP diserlahkan didalam mesej Twitter beliau bukan dengan kata-kata kesat tetapi cukup sekadar untuk tidak menghormati arwah.

Berbeza dengan pendirian pemimpin-pemimpin MCA yang lebih matang yang meletakkan perpaduan kaum mengatasi polemik kepartian. Kita juga tahu yang MCA tidak pernah bersetuju dengna perlaksanaan hudud PAS di Kelantan namun mereka mampu menunjukkan rasa hormat dan mengutamakan peri kemanusiaan mengatasi perbezaan fahaman politik.

DAP mewakili suara bangsa Cina dan begitu juga MCA tetapi sebagai rakyat Malaysia, apakah pemimpin seperti DAP yang sering menggunakan taktik kebencian tanpa batasan dipilih mereka atau pemimpin-pemimpin MCA yang sering mengajak kita bersatu hati dalam apa keadaan sekali pun terutama ketika negara dilanda pelbagai dugaan seperti ekonomi dan juga serangan liar media asing.

Jadilah seperti pemimpin MCA yang faham apa itu susah bersama dan senang bersama dan sering hormat menghormati sebagai kawan setia kepada UMNO, maka tidak hairan apabila MCA masih kekal di dalam Barisan Nasional dari awal penubuhan Perikatan kerana percaya... STRONGER TOGETHER.

No comments: