Saturday, October 22, 2016

BAJET 2017 BERPANDU DARIPADA 5 PRINSIP DAN FALSAFAH KERAJAAN


67. Sesungguhnya, untuk menggubal sebuah bajet yang kompleks, bukanlah perkara enteng. Sebagai Kerajaan yang merasa denyut nadi rakyat, sepanjang beberapa bulan yang lalu, Kerajaan juga telah menerima ribuan idea daripada rakyat pelbagai lapisan dan kategori.

Tuan Yang Dipertua,

68. Bertapak dari itu, makanya Bajet 2017 digubal dengan berpegang kepada Lima Prinsip dan Falsafah Kerajaan. 

Satu: Kerajaan ini adalah Kerajaan yang mengutamakan kesepaduan nasional dalam pembinaan negara bangsa. Kepelbagaian etnik dan kemajmukan sebagai aset teras kemajuan dan pembangunan negara semenjak dulu, kini dan selamanya;

Kedua: Kerajaan ini adalah Kerajaan yang mementing dan memelihara kedaulatan, keluhuran perlembagaan dan undang-undang serta keselamatan negara;

Ketiga: Kerajaan ini, adalah Kerajaan yang kohesif dan stabil serta bekerja sebagai satu pasukan yang jitu;

Keempat: Kerajaan ini, adalah Kerajaan yang gigih berusaha, dengan arah tuju yang jelas, perancangan yang sistematik dan pelan pelaksanaan yang tersusun, efisyen lagi holistik. 

Indeed, this Government has delivered,… we are still delivering and most importantly, we will continue to deliver.

dan,…

Kelimanya: Kalau dalam bernegara, kita berpegang kepada ideologi kebangsaan yakni Rukun Negara. Maka dalam mentadbir Malaysia, Kerajaan ini akan terus berpandukan kepada falsafah Islami yang universal sifatnya yakni Wasatiyyah, merangkumi kesederhanaan, keseimbangan, keadilan sosial, kesaksamaan dan kecemerlangan. 

Ini bererti,… kita senantiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk memperoleh yang terbaik,… bukan sederhana, complacent atau berpuas hati dengan pencapaian ala kadar sahaja.

Pembentangan lengkap ... DI SINI
 

No comments: