Thursday, October 27, 2016

PEMILIHAN MCA BAKAL DILIHAT LEBIH INKLUSIF DENGAN LEBIH RAMAI YANG AKAN MENGUNDI


Kesungguhan MCA di dalam membuat transformasi politiknya, parti komponen BN ini akan menjadikan isu sistem pemilihan parti yang lebih inklusif sebagai agenda utama di perhimpunan agung tahunan mereka pada bulan depan. Ini telah ditegaskan Presiden parti Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika merasmikan Perhimpunan Pemuda MCA Selangor.

Ini bermakna sistem pemilihan parti akan diperluaskan daripada hanya bergantung kepada 2,400 perwakilan pusat dan kini kira-kira 40,000 ahli di peringkat bahagian akan turut mengundi nanti.

Hanya apabila parti telah menunjukkan kepada ahli-ahlinya dan masyarakat amnya yang MCA tekad untuk berubah dan terus bersatu, maka kemenangan akan berpihak semula kepada mereka.

Langkah ini akan memerlukan pindaan perlembagaan parti, yang hanya boleh dilakukan semasa mesyuarat agung luar biasa (EGM) dan dipersetujui oleh majoriti perwakilan pusat yang berkemungkinan diadakan semasa perhimpunan agung pada 12 dan 13 Nov nanti.

Datuk Liow juga secara peribadi menyokong cadangan yang dibawa Pemuda MCA agar menerima ahli bersekutu bukan bangsa Cina di mana usul ini pula akan dibentangkan pada EGM lain. Walaupun MCA adalah parti berasaskan masyarakat, beliau berkata parti itu memperjuangkan sebuah negara Malaysia dan perlindungan kebajikan pelbagai kaum majmuk.

Keahlian bersekutu ini juga merangkumi badan-badan yang terdiri daripada kaum-kaum persekutukan lain di mana pada masa ini, di dalam perlembagaan MCA yang sediada hanya wujud untuk organisasi sekutu seperti Kelab MCA, tetapi tidak mempunyai peruntukan untuk keahlian sekutu.

Matlamat MCA bukan sekadar untuk mendapat sokongan dari bukan bangsa cina malahan dari semua rakyat Malaysia di mana perjuangan parti ini tidak saja tertumpu kepada bangsa cina saja. Ketika memperjuangkan nasib rakyat, kepimpinan parti MCA akan melihat setiap isu dari perspektif yang berbilang kaum agar perpaduan negara dapat tercapai dan sikap saling hormat menghormati satu sama lain sebagai rakyat Malaysia.

No comments: