Friday, August 18, 2017

RAFIZI TARGET PM NAJIB TAPI CUBA KAITKAN ANNUAR MUSA DAN ISA SAMAD



Rafizi mungkin terlebih duit hasil dari kutipan derma orang ramai untuk membayar kes mahkamahnya baru-baru ini, maka dengan sengaja beliau menuduh Tan Sri Annuar Musa adalah Pengerusi MARA yang terlibat ketika pembelian tiga hartanah di Australia. Beliau menulis di Facebook seperti berikut;
 
Dalam kes tersebut, menteri yang bertanggungjawab ketika itu (Dato’ Seri Shafie Afdal) dan pengerusi MARA ketika itu (Tan Sri Anuar Musa) dengan secara jelas mengesahkan bahawa cadangan pembelian hartanah luar negara oleh MARA itu telah dibentangkan dan diluluskan oleh Majlis Ekonomi yang dipengerusikan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Skandal penipuan pembelian hartanah di Australia oleh MARA telah disiarkan oleh akhbar Australia The Age seperti berikut;
"Sekumpulan pegawai Malaysia yang sangat kaya" membayar lebihan A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi membeli sebuah pangsapuri di Melbourne pada 2013. Mereka termasuk seorang pegawai 'atasan' MARA, pegawai kanan dan bekas ahli politik, yang dikatakan menggunakan dana kerajaan bernilai jutaan ringgit untuk pembelian blok pangsapuri Dudley International House, dengan menawarkan hampir A$5 juta lebih tinggi daripada harga asalnya A$17.8 juta."

Persoalannya, mengapa Rafizi cuba kaitkan Tan Sri Annuar Musa di dalam skandal ini? Memang benar TSAM telah dilantik pada Julai 2013 menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh yang menyandang jawatan Pengerusi MARA sejak 2008. Apakah Rafizi cuba kaitkan TSAM di dalam skandal skandal penipuan ini? Sedangkan jelas, mengikut laporan berita samada di dalam negara mahupun The Age, yang terlibat adalah pegawai kanan MARA.

Pada sangkaan lain pula, Rafizi cuba menimbulkan persepsi bahawa TS Isa Samad yang kini ditahan SPRM berhubung pembelian hotel di Sarawak oleh anak syarikat Felda FIC, adalah mangsa 'kambing hitam' PM Najib juga sebagaimana yang terjadi kepada TS Annuar Musa dengan skandal hartanah di
Australia.

Di dalam kes TSIS, beliau telah ditahan SPRM tetapi di dalam kes yang melibatkan MARA, TSAM dipanggil untuk memberi keterangan sahaja dan tidak pula memakai baju oren tahanan SPRM. Maka jelas, walaupun kedua-dua mereka adalah Pengerusi anak syarikat agensi kerajaan, namun TSAM bukanlah orang yang disabitkan.

Tetapi apa yang ingin Rafizi ketengahkan adalah kedua-dua agensi kerajaan ini telah membuat pelaburan hartanah di luar negara dan kedua-dua pelaburan ini telah menimbulkan masalah salah guna duit kerajaan. Rafizi juga cuba menggambarkan yang kedua-dua pelaburan ini perlu mendapatkan kelulusan PM Najib kerana beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis Ekonomi.

Beliau juga memetik penerangan TSAM yang mengesahkan pembelian di luar negara melibatkan pinjaman luar negara dibawa ke Majlis Ekonomi yang dipengerusikan Perdana Menteri.

Sedangkan, jika kita buat carian di internet (sepertimana yang dibuat Rafizi), beliau hanya memetik sekerat saja dari penerangan TSAM yang sememangnya bertujuan menimbulkan prasangka yang kononnya PM Najib terlibat dalam skandal anak syarikat Felda dan MARA. Kenyataan TSAM juga menjelaskan yang cadangan pembelian hartanah tersebut telah melalui semua peringkat terlebih dahulu sebelum di bawa ke mesyuarat Majlis Ekonomi.

Proses yang perlu dilalui adalah mendapat kelulusan dari Lembaga Pengarah Syarikat MARA Inc, Jawatankuasa Panel Pelaburan MARA, Majlis MARA, Kementerian Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Kewangan dan barulah dibawa ke Majlis Ekonomi. Di peringkat terakhir inilah yang disasarkan Rafizi tetapi sengaja disembunyikan kelulusan di peringkat terawal.

Kenyataan TSAM ini tidak bercanggah dengan penjelasan yang pernah diberikan Shafie Apdal yang ketika itu adalah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah seperti ... DI SINI.

Di antara kenyataan Shafie Apdal yang sengaja tidak disertakan Rafizi adalah;
Ditanya mengenai dakwaan kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ada kaitan dengan pembelian hartanah itu, beliau menjelaskan:
"Mana ada kaitan, beliau pengerusi Majlis Ekonomi yang turut dianggotai banyak menteri...semua setuju meluluskan (pembelian hartanah itu), proses ini melalui penelitian yang terperinci, kita patuhi peraturan."

Sebagaimana pengakuan Rafizi yang beliau ingin memberitahu yang PM Najib akan menjadikan sesiapa saja sebagai 'kambing hitam' sebagai korban untuk selamtakan dirinya, logik Rafizi juga sepertimana beliau yang kini terpaksa berhadapan dengan tuntutan saman mahkamah seorang diri sehingga terpaksa meminta bantuan kewangan orang ramai, beliau pun adalah korban yang telah dikambinghitamkan Wan Azizah, Azmin dan seluruh kepimpinan PKR dan mungkin juga Pakatan Harapan.

Jika ada rakyat yang mempercayai logik Rafizi ini, kenapa tidak diterima logik beliau dikambing hitamkan ketua dan pemimpin-pemimpin PKR?
 

Tuesday, August 15, 2017

PROVOKASI TERANCANG ARMADA PPBM DALAM PROGRAM 'NTH 2.0'


Tidak siapa mampu nafikan program 'Nothing to Hide 2.0' yang dianjur Armada PPBM sememangnya dari awal lagi bertujuan mewujudkan provokasi dan target mereka adalah UMNO. Selepas diadakan sidang media mereka, pelbagai provokasi dilakukan dari ingin mennghantar surat jemputan kepada PM Najib di ibu pejabat UMNO sehinggalah dibawa ke media sosial.

Akhirnya, apa yang berlaku adalah benar. Kekecohan berlaku sehingga ada di antaranya yang membaling kerusi, kasut dan bahan letupan ketika sesi soaljawab dimulakan. Ironinya, dengan pantas Armada menuding jari kepada UMNO terutamanya sayap Pemuda.

Di dalam sebuah program yang melibatkan kehadiran seorang mantan Perdana Menteri, aspek yang paling penting adalah kawalan keselamatan yang ketat yang perlu diutamakan pihak penganjur. Maka persoalannya, mengapa pasukan keselamatan program gagal melaksanakannya atau ia sememangnya dirancang sedemikian untuk membenarkan kekecohan berlaku?

Dengan ini, adalah tepat dakwaan Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa yang penganjur program ini perlu bertanggungjawab dan menuduh dalang kekecohan ini adalah UMNO sebagai tindakan yang tidak bertanggungjawab. Maka, tidak salah jika UMNO pun katakan yang kekecohan itu sengaja dirancang memandangkan provokasi melampau terhadap UMNO dari pihak mereka. 

Ironinya juga, amat menghairankan apabail Pengerusi PPBM Dr Mahathir tetap membenarkan satu pasukan yang tidak berpengalaman mengawal keselamatannya di program tersebut sedangkan beliau mengetahui yang dirinya adalah seorang mantan Perdana Menteri walaupun telah menyertai pihak pembangkang.

Sebagai seorang ahli politik yang berpengalaman, maka TS Annuar telah awal-awal lagi berpendapat yang PM Najib tidak perlu melayan program anjuran Armada PPBM ini. Beliau melihat bagaimana pihak penganjur yang telah membuat pelbagai provokasi yang melampau. Beliau juga seperti dapat menghidu yang provokasi mereka bakal berlarutan sehingga dibawa ke dalam program nanti.

Kini timbul pula satu pertanyaan, seandainya PM Najib hadir di dalam program anjuran Armada PPBM ini, apakah kerusi, selipar dan juga suar tersebut akan dicampakkan kepada beliau juga?

Dengan itu, seandainya Armada PPBM tidak mampu mengutamakan keselamatan pemimpin-pemimpin negara, memang tepatlah apa yang dikategorikan TS Annuar Musa yang program ini sekadar ingin mencari publisiti dan tidak akan ada apa-apa yang akan tercapai melainkan kekecohan dan galakkan untuk anak muda mengganas.

Thursday, August 10, 2017

MCA : KE MANA HILANG DUIT KUTIPAN MPSP PULAU PINANG?


Sejak DAP mentadbir Pulau Pinang dan diketuai setiausaha agongnya Guan Eng, masalah banjir nampaknya semakin kerap berlaku dan di dalam rekod pentadbiran yang konon berpolisikan kredibiliti, akauntabiliti dan telus (CAT - Credibility, Accountability, Transparent), di kawasan Seberang Prai saja telah dilanda bencana ini sebanyak 21 kali dan yang kerap berlaku adalah banjir kilat.

Usaha utama yang Guan Eng dan DAP lakukan untuk mengatasi masalah bencana ini adalah menyerang Putrajaya di bawah pentadbiran Barisan Nasional kerana tidak membantu seolah-olah negeri DAP itu sengaja dianaktirikan kerajaan pusat. Maka demi mengutamakan nyawa dan masalah rakyat, kerajaan pusat yang prihatin telah meluluskan sebanyak RM150 juta untuk projek kerja naik taraf Sungai Pinang yang merupakan sungai utama di Pulau Pinang.

Terbahagi kepada dua komponen iaitu RM25 juta khusus kepada projek penambahbaikan sungai dan baki lagi RM125 juta khusus kepada projek tebatan banjir di Sungai Pinang sepanjang 3.2km, termasuk 10 batang anak sungai yang berhubung dengan Sungai Pinang ini.

MCA mempersoal, mengapa banjir masih lagi kerap berlaku terutama di Seberang Prai?

Lebih memeranjatkan apabila MCA Pulau Pinang mendapati di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2017 bahawa Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) tidak menyerahkan kesemua wang hasil kutipan caruman saliran kepada JPS negeri untuk diakaunkan. Menurut laporan itu, sehingga Jun tahun lalu, sejumlah kutipan caruman saliran terkumpul yang belum diserahkan kepada JPS negeri adalah sebanyak RM22.09 juta.

Sedangkan di dalam laporan LKAN, jumlah kutipan MPSP sehingga June 2016 adalah RM63.39 juta dan hanya RM2.2 juta saja yang diserahkan kepada JPSPP. Pada masa yang sama, MCA mendapati pemaju di bawah pentadbiran Guan Eng perlu perlu membayar kira-kira RM50,000 setiap 0.4 hektar (seekar) kepada MPSP dan ia sepatutnya diserahkan kepada JPS negeri untuk projek tebatan banjir dan pembentungan.

Sekarang MCA ingin bertanya, ke manakah hilangnya lebihan duit kutipan MPSP? Jika benar ia telah digunakan untuk projek tebatan banjir, mengapa kawasan Seberang Prai masih kerap mengalami bencana banjir kilat? Adakah Kerajaan DAP Pulau Pinang sanggup memaklumkan kepada penduduk negeri ini yang mana kegagalan mereka menyelesaikan masalah banjir kilat itu adalah disebabkan masalah teknikal?

Dikatakan Guan Eng membayar RM220 juta kepada konsultan untuk projek tiga lebuh raya yang jauh lebih tinggi daripada projek untuk mengatasi masalah banjir kilat. Apakah muslihat DAP dan Guan Eng sebenarnya? Apakah projek mega lebih penting daripada masalah rakyatnya? Apakah ini dikatakan kerajaan DAP Pulau Pinang yang dikatakan perjuangkan nasib rakyat?

Jika Guan Eng gagal menjelaskan persoalan yang diutarakan MCA, jelas sesuatu yang tidak betul sedang berlaku dan setelah memenangi anugerah antarabangsa untuk Majlis Perbandaran dan Pengurus Majlis Perbandaran terbaik, apakah selepas ini Guan Eng akan cuba meraih anugerah Aliran Wang Tunai Terbaik di kalangan pihak berkuasa tempatan di dunia pula?

Wednesday, August 09, 2017

MAKLUMAT BERGUNA YANG DISEDIAKAN SPAD UNTUK SUKAN SEA DAN SUKAN PARA ASEAN

Maklumat perkhidmatan pengangkutan awam ... di Facebook SPAD

Beberapa hari lagi, Stadium Nasional Bukit Jalil akan dibanjiri orang ramai untuk menyaksikan acara-acara Sukan SEA ke29 yang bermula dari 14 hingga 30 Ogos dan juga Sukan Para ASEAN ke 9 pada 17 sehingga 23 September 2017. 

Acara kemuncaknya pasti pada hari perasmian dan penutupnya. Maka, beberapa jalan akan ditutup secara separa atau sepenuhnya dan dengan ini pihak SPAD telah menyusun beberapa langkah agar perjalanan pengunjung dan juga aliran trafik tidak terganggu.

Pihak SPAD dengan ini berharap agar orang ramai akan memilih untuk mengguna pengangkutan awam darat. SPAD juga telah memohon kerjasama pihak Prasarana dan KTMB untuk memanjangkan waktu operasi perkhidmatan tren dan menetapkan akses yang mencukupi untuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil dengan pengangkutan awam.

Di antaranya terutama pada hari perasmian dan penutup;

1. Waktu operasi LRT Laluan Sri Petaling di stesen Bukit Jalil akan masing-masing dilanjutkan sehingga 1 pagi dan 2 pagi.

2. Mereka yang bergerak keluar dari stesen Bukit Jalil boleh bertukar ke semua perkhidmatan Rapid Rail yang lain, termasuk LRT laluan Ampang, LRT laluan Kelana Jaya, MRT Sungai Buloh-Kajang dan Monorel untuk ke destinasi masing-masing.

3. Perkhidmatan KTM Komuter juga akan dilanjutkan dan butiran sepenuhnya akan diumumkan tidak lama lagi.

4. 60 bas khas akan disediakan oleh RapidKL dengan kekerapan 10-15 minit, daripada 7 lokasi untuk ke Stadium Bukit Jalil dan sebaliknya.

5. Bagi memudahkan pengguna, papan destinasi elektronik bas-bas ini akan memaparkan "KL SEA Games 2017". 

6. Senarai perkhidmatan bas ; 


7. 26 lokasi acara sukan berada di sekitar Greater Kuala Lumpur/ Lembah Klang dan boleh diakses menggunakan pengangkutan awam darat termasuk laluan Hijau bagi perkhidmatan bas percuma GoKL, iaitu daripada KLCC ke Bukit Bintang. 

8. 11 laluan bas Rapid telah disesuaikan untuk ke 5 lokasi dengan kekerapan di antara 10 sehingga 60 minit seperti berikut;



Pihak SPAD juga telah menyediakan pas percuma untuk 13,000 sukarelawan dan 2,500 wakil media yang bertugas daripada 14 sehingga 31 Ogos 2017 untuk Sukan SEA ke-29 dan daripada 16 sehingga 24 September 2017 untuk Sukan Para ASEAN Ke-9. Pas percuma ini layak digunakan mereka untuk perkhidmatan LRT/Monorel/BRT/MRT /RapidKL /Bas Pengantara MRT.

Walaubagaimanapun, kakitangan SPAD termasuk pegawai penguatkuasa akan bertugas sepenuh masa untuk membantu orang ramai memberikan maklumat jadual dan perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan. Di samping itu, pihak SPAD juga mendapat kerjasama dari pihak PDRM dan pihak penganjur bagi memastikan papan tanda yang mencukupi disediakan untuk maklumat perhentian bas yang telah ditetapkan.

Berita baik untuk pengguna perkhidmatan pengangkutan awam yang perlu dinikmati adalah perkhidmatan Rapid Rail ke destinasi Sukan SEA, disakun potongan 50% sehingga 31 Ogos nanti.

Oleh yang demikian, pihak SPAD mengesyorkan agar pengunjung memilih pengangkutan awam darat yang pasti lebih selesa dan menepati waktu jadual perjalanan dan pertandingan sukan nanti. Beberapa infografik perkhidmatan pengangkutan awam bagi memudahkan perjalanan juga telah disediakan di Facebook rasmi SPAD ... DI SINI

Monday, August 07, 2017

MCA TIDAK SETUJU JIKA DIKATAKAN PM NAJIB KETEPIKAN PENGUNDI CINA


Apabila membaca laporan TheStar bertajuk "Chinese votes matter in next election" yang disiarkan pada 6 Ogos lalu, terdapat desas-desus yang mengatakan seolah-olah ia sebagai satu petanda yang PM Najib tidak mengendahkan pengundi Cina, tetapi bagi MCA ini sekali-kali tidak benar dan dakwaan ini tidak berasas sama sekali.

Cakap-cakap yang tidak bertanggungjawab ini berlaku apabila PM Najib telah tidak menghadiri AGM Gabungan Dewan Perniagaan dan Industri Cina Malaysia
(ACCCIM) ke 71 pada Julai 28 lepas yang telah diadakan di Ipoh kerana beliau telah mempengerusikan mesyuarat kabient menteri di Putrajaya.

Namun, perutusannya telah dibaca oleh wakilnya dan ia bukanlah sesuatu yang luarbiasa. Pihak Pejabat Perdana Menteri juga menafikan segala desas-desus yang PM Najib telah ketepikan pengundi Cina di mana selagi PM kekal hadir di setiap Perhimpunan Tahunan MCA, ini bermakna setiap undi dari bangsa Cina adalah penting untuk kejayaan BN termasuklah pengundi Cina.

Persoalannya, MCA adalah rakan setia kepada UMNO dan parti-parti komponen lain di dalam Barisan Nasional tetapi apakah pengundi Cina setia kepada MCA yang telah sejak penubuhannya, kesemua pemimpin MCA setia bersama Perikatan (di waktu dulu) dan kini kekal setia bersama-sama UMNO untuk pastikan kemenangan Barisan Nasional?

Prihatin PM Najib kepada MCA dan penyokongnya telah terbukti apabila pemimpin MCA masih diberi ruang menduduki barisan menteri kabinet walaupun pada 2 pilihanraya umum lalu, pengundi cina lebih mempercayai dakyah DAP. Jawatan-jawatan menteri yang telah diberi kepada MCA adalah portfolio yang penting sehinggakan di bawah PM Najib, portfolio khas untuk pembangunan kampung baru Cina telah diwujudkan.

Ini bermakna, PM Najib masih ingin ada wakil suara masyarakat Cina di dalam kerajaan dan beliau menghargai penyokong MCA yang setia tetapi apakah masyarakat Cina akan setia kepada MCA dan tidak mengkhianati segala usaha mereka untuk mendapatkan keyakinan PM Najib Razak? Itulah persoalan utama yang perlu diketengahkan pemimpin Gabungan Dewan Perniagaan dan Industri Cina Malaysia kepada ahli-ahlinya sekarang.

Walau apa pun sentimen yang ingin disebarkan, Presiden MCA DS Liow Tiong Lai tetap yakin yang masyarakat Cina kini telah beralih arah kembali menyokong Barisan Nasional dan kemenangan MCA akan lebih besar di PRU14 nanti.

MCA sedang rancak melakukan transformasi politiknya di mana parti mewakili masyarakat Cina ini lebih fokus berkhidmat untuk rakyat dan menyelesaikan isu-isu masyarakat terutama dari bangsa Cina. Datuk Liow juga yakin yang pengundi Pulau Pinang yang terdiri dari majoriti bangsa Cina akan memilih MCA dan Gerakan.

Keyakinan DS Liow adalah berasas memandangkan perubahan yang telah ditunjukkan ketika pilihanraya kecil Teluk Intan, Sungai Besar dan juga Kuala Kangsar di mana BN bukan saja menang tetapi peratus majoritinya juga meningkat naik dan perubahan peratus pengundi Cina yang berpihak kepada BN juga turut meningkat.

Manakan tidak, hakikatnya setelah DAP diberi kepercayaan oleh lebih dari 80% pengundi Cina, dengan isu rasuah dan salah guna kuasa Guan Eng dan kepura-puraan DAP menentang RUU 355 sedangkan rakan-rakan mereka dalam PKR, PAN dan PPBM jelas menyokongnya, masyarakat Cina kini menyedari mereka telah dikhianati dan ditipu.

Di peringkat nasional pula, walaupun Pakatan Harapan cuba meniru keutuhan kerjasama parti-parti komponen dalam Barisan Nasional, ternyata mereka telah gagal memandangkan DAP telah diketepikan dari jawatan utama di antara Ketua Umum, Pengerusi dan Presiden. Lebih pelik apabila PH mempunyai 3 kepala penting dan tidak berani menamakan calon Perdana Menteri mereka.

Walau apa pun analisa politik untuk meramalkan sentimen pengundi Cina pada PRU14 akan datang, MCA dan penyokong setianya tidak sekali-kali diketepikan PM Najib malahan sentiasa mendapat perhatian utama. Seandainya masyarakat Cina benar-benar inginkan perhatian beliau yang berterusan, hanya MCA yang mampu membela nasib mereka dan segala sokongan kepada MCA seharusnyalah diterjemahkan pada PRU 14 nanti.

Saturday, August 05, 2017

AWAS! MENGHALALKAN PEMBOHONGAN ADALAH STRATEGI POLITIK MAHATHIR


Bukan sekali malahan berkali-kali Dr Mahathir telah menggunakan strategi pembohongan untuk menghidupkan hayat politiknya yang terakhir ini. Ahli-ahli UMNO perlu ingat, paling tidak dilupakan apabila di pengawalan beliau sedang rancak mengatur strategi menjatuhkan Presiden dan juga Perdana Menteri Malaysia, beliau tanpa segan silu mendakwa yang PM Najib telah hilang kepercayaan ahli UMNO dan juga ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional.
"Fitnah Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M), yang terbaru terhadap Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, kononnya TPM memohon sokongannya untuk menjatuhkan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak, adalah satu lagi percubaan Tun M utk menanamkan syak wasangka di kalangan sanubari setiap ahli UMNO." -  Tan Sri Annuar Musa

Begitulah peringatan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa yang merupakan salah seorang pemimpin UMNO yang pernah berkhidmat di bawah Dr Mahathir dan walaupun Dr Mahathir telah meninggalkan UMNO untuk kali ketiganya, namun beliau tetap berdiri setia di dalam UMNO.

Kenyataan yang dikeluarkan Tan Sri Annuar bertepatan untuk menjawab dan sekali gus mengingatkan ahli-ahli akar umbi yang Dr Mahathir akan melakukan dan bercakap apa sahaja untuk menghalalkan pembohongannya dan itulah strategi politik Dr Mahathir kini yang semata-mata ingin mewujudkan keretakan dalam UMNO.

Jika ada yang terpedaya dan terus percaya, maka akan timbullah perasaan curiga dan seterusnya marah kepada Timbalan Presiden DS Zahid kepada PM Najib Razak. Walaubagaimanapun, TS Annuar yakin yang ahli-ahli UMNO masih tetap kental dengan istiqamah dan solidariti serta tidak mudah terpesong dengan tipu muslihat Pakatan Harapan dan juga Dr Mahathir.

Apabila diimbas kembali, Dr Mahathir tanpa segan silu pernah mengguna perkataan 'hilang', 'lesap' mahupun 'dicuri' ketika bercakap mengenai RM42b tetapi apabila disahkan PAC yang tiada duit hilang, Dr Mahathir tidak pernah memperbetulkan kenyataannya, apatah lagi untuk memohon maaf.

Ahli-ahli UMNO juga pasti masih ingat, dengan mudah Dr Mahathir pernah menuduh Kit Siang sebagai rasis di hadapan rakyat, bagaimana Anwar dituduh di pentas antarabangsa sebagai orang yang tidak layak menggantinya kerana mempunyai masalah moral yang mengaibkan, kini segalanya bagaikan beliau sendiri menafikan tuduhannya apabila telah duduk bersatu di dalam Pakatan Harapan.

Bagi TS Annuar, sekiranya begitu mudah Dr Mahathir membohongi rakyat samada di masa lalu mahupun sekarang, tidak akan ada apa yang boleh menghalang beliau untuk terus menghalalkan pembohongannya asalkan ia dapat dijadikan senjata strategi politiknya. Oleh itu, ahli-ahli UMNO khasnya dan rakyat Malaysia umumnya, kita jangan terus melatah malahan segala dakwaan Dr Mahathir hari ini hanyalah untuk menghancurkan UMNO dan apabila ahli-ahli akar umbi gagal dipengaruhinya, maka pemimpin UMNO pula dijadikan mangsa beliau.

Ingatlah, tuduhan Dr Mahathir terhadap DS Zahid hanyalah semata-mata untuk terbitkan kesangsian di kalangan ahli parti dan pasti tidak akan berkesan sekiranya ahli-ahli UMNO masih ingat siri-siri pembohongan Dr Mahathir yang lalu.

 

Thursday, August 03, 2017

SPAD : SYARAT DAN GARIS PANDUAN E-HAILING YANG PERLU DIKETAHUI SEMUA


Malaysia satu-satunya negara di dunia dan yang pertama telah mengiktiraf pekhidmatan e-hailing seperti Uber dan GrabCar. Selepas Dewan Rakyat meluluskan pindaan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKK) 1987 pada 27 Julai lalu, semua syarikat pengendali perkhidmatan e-hailing dan pemandunya dikehendaki memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan pihak SPAD akan bertanggungjawab menggariskannya.

Justeru, pihak SPAD telah menggariskan beberapa syarat utama untuk persediaan setiap syarikat e-hailing dan pemandunya sebelum pindaan Akta ini diwartakan dan berkuatkuasa sepenuhnya. Ia dijadualkan dibentangkan di Dewan Negara pada bulan Oktober nanti.

Paling utama, Rang Undang-Undang ini mewajibkan syarikat pengendali memperolehi Lesen Perniagaan atau Intermediation Business Licence (IBL) dari SPAD untuk menjalankan perniagaan mereka secara sah. IBL ini merangkumi aspek pembaharuan lesen, pembatalan atau penggantungan lesen, larangan pemindahan lesen serta garispanduan kewajipan pemegang IBL.

Setiap garispanduan yang dibentangkan pihak SPAD adalah terperinci dan menyeluruh dan kepentingan keselamatan masyarakat awam sentiasa menjadi keutamaan di mana polisi yang dicadangkan SPAD termasuk juga insuran penumpang, pemandu dan juga kenderaan serta pihak ketiga. Di antara lain yang akan dikuatkuasakan adalah butang SOS di setiap aplikasi e-hailing untuk kecemasan. 

PEMANDU E-HAILING : Perlu diketahui, setiap pemandu dari syarikat e-hailing, rekod mereka akan melalui penapisan SPAD, PDRM dan juga JPJ. Pihak SPAD sebenarnya telah menjalankan proses penapisan data pemandu sejak Jun 16 lalu dengan kerjasama syarikat-syarikat pengendali dan setakat ini, dianggarkan seramai lebih kurang 180,000 pemandu e-hailing terdapat di seluruh negara dan 70 peratus daripadanya adalah pemandu sambilan.

KENDERAAN : Di antara syarat ketika proses memohon sebagai pemandu e-hailing, kenderaan yang digunakan yang berdaftar dengan JPJ di mana hayatnya kurang dari 3 tahun, tidak dikehendaki menjalani pemeriksaan Puspakom. Berdasar perbincangan pihak SPAD dengan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, kereta yang berusia tidak melebihi lima tahun sahaja dicadangkan sesuai bagi mengutamakan keselamatan.

Pada masa yang sama, isu pajakan teksi juga telah diberi penerangan oleh CEO SPAD En Mohd Azharuddin Mat Sah di mana walaupun ramai pemandu teksi telah mengemukakan rasa tidak puas hati mereka berkenaan perjanjian pajak teksi yang dianggap berat sebelah, sebelum pindaan Akta diluluskan, pihak SPAD tidak boleh campurtangan perjanjian yang telah dipersetujui di antara syarikat teksi dan pemandu.

Walaubagaimanapun, kini pihak SPAD boleh menetapkan peraturan dan kandungan kontrak pajak yang lebih seimbang untuk faedah pemandu teksi di mana pemandu teksi tidak lagi perlu membayar sewa harian ketika perlu melalui pemeriksaan Puspakom atau pada hari cuti tahunan dan cuti sakit, meletakkan had penalti tertentu ke atas kontrak yang ingin ditamatkan lebih awal, insurans peribadi untuk pemandu dan juga syarikat teksi perlu membekalkan pakaian seragam untuk pemandunya.

Manakala pemandu teksi yang telah memenuhi tamat tempoh pajakannya kini boleh memohon lesen teksi peribadi sepertimana program Transformasi Industri Teksi yang telah diumumkan kerajaan pada Ogos tahun lalu. Menurut En Azharuddin, sejak Sepetember tahun lepas sehingga hari ini, pihak SPAD telah menerima 3,474 permohonan dan telah meluluskan sebanyak 1,772.

Disamping itu, kerajaan juga memberi geran sebanyak RM5,000 untuk menggalakkan mereka membeli kereta baru dan sehingga kini kerajaan telah memberi sebanyak RM2.15 juta secara tunai kepada 431 pemandu teksi.

Sekiranya ada yang berminat dan berura-ura untuk menjadi pemandu teksi Uber atau Grabcar samada sepenuh masa mahupun secara sambilan di samping ingin mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai syarat-syarat e-hailing yang akan ditetapkan kerajaan, bolehlah menghubungi seperti berikut;

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
Tel: +603 2726 7000/Fax: +607 2726 7300
E-mail: communications@spad.gov.

Monday, July 31, 2017

WAN AZIZAH TENTUKAN MASA DEPAN POLITIK DR MAHATHIR?


Apabila Wan Azizah akur dengan kehendak aktivis reformis untuk menubuhkan suruhanjaya menyiasat tuduhan ke atas Dr Mahathir seandainya PH menang, apa maksudnya? Sedangkan pada masa yang sama, kedua-dua mereka telah bersekongkol dalam satu pakatan pembangkang.

Pelbagai andaian yang boleh kita buat memandangkan kenyataan Wan Azizah ini dibuat hanya setelah beberapa otai reformis menyatakan kekecawaan mereka terhadap Wan Azizah yang sanggup bersama-sama Dr Mahathir.

Sedangkan Dr Mahathir adalah orang yang bertanggungjawab penjarakan Anwar dan pecatnya dari UMNO dan jawatannya sebagai Timbalan PM.

Lebih mengecewakan otai reformis ini, seolah-olah Wan Azizah telah mudah untuk mengenepikan perjuangan mereka selama ini yang telah bersusah-payah membela Anwar untuk sekian lama.

Walau apa pun drama yang ingin diketengahkan Wan Azizah, seperti pendapat Tan Sri Annuar Musa, Ketua Penerangan UMNO, PKR tetap mengambil sikap berwaspada terhadap tindak tanduk Dr Mahathir dan diumpamakan seperti pelanduk mungkin lupa jerat tapi jerat tidak pernah lupa pada pelanduk di mana PKR adalah jeratnya dan Dr Mahathir adalah pelanduk yang dinanti-nantikan sebagai mangsanya.

TSAM juga yakin, yang amaran Wan Azizah datangnya dari Anwar. Itu tidak mustahil kerana setiap perbuatan dan percakapan Wan Azizah adalah di atas kehendak dan keizinan suaminya yang kini berada di Penjara Sungai Buloh.

Jika kita masih ingat, di awal penglibatan Dr Mahathir dengan blok pembangkang dalam kempen 'Save Malaysia', Anwar sehingga mengutus surat dari Penjara Sungai Buloh kepada PKR memberi peringatan tipu-helah Dr Mahathir yang diibaratkan apa yang pernah Shakespeare pernah katakan sebagai; "beware the serpent that stings now wears the crown".

Pada masa yang sama, Wan Azizah juga telah keluarkan kenyataan yang pihak pakatan pembangkang telah bersetuju mengekalkan jawatan Dr Mahathir sebagai Pengerusi sehingga keputusan PRU14 dimuktamadkan nanti.

Sekali lagi, kenyataan Wan Azizah ini mengundang pelbagai andaian dan ia dibuat setelah Dr Mahathir mengumumkan beliau sebagai 'Top Dog' di dalam Pakatan Harapn seolah-olah beliau mengetuai PH dan mempunyai kuasa eksekutif ke atas pakatan ini.

Apakah dengan kenyataan balas dari Wan Azizah itu, beliau ingin menyatakan yang kedudukan Dr Mahathir sebagai Pengerusi PH hanyalah untuk sementara dan bergantung kepada prestasi Dr Mahathir di dalam PRU14? Ia juga boleh diibaratkan sebagai seorang pekerja yang diberi kontrak percubaan dan jika majikan berpuas hati, pekerja tersebut akan diserapkan sebagai pekerja tetap.

Pandai juga Wan Azizah berdrama di dalam menentukan masa depan politik Dr Mahathir. Di hadapan khalayak ramai, Wan Azizah menampakkan seolah-olah beliau telah bersedia memaafkan segala dosa Dr Mahathir terhadap Anwar tetapi apabila berhadapan dengan penyokong PKR, lain pula pendekatannya.

Pandangan TSAM adalah tepat sekali apabila mengatakan yang pakatan pembangkang ini mempunyai agenda masing-masing yang tersendiri dan juga mereka sentiasa mendahulukan kepentingan peribadi yang tidak langsung meletakkan agenda nasional. Justeru, ia sangat merbahaya jika diberi mandat untuk memerintah negara.

Ia adalah sangat jauh bezanya dengan perjuangan UMNO/BN yang sentiasa istiqamah dengan perjuangan pro-rakyat yang sentiasa cuba menangani segala bentuk masalah rakyat dalam pelbagai bentuk bantuan.

Persoalannya sekarang, apakah Wan Azizah, Anwar dan PKR adalah Top Dog yang akan menentukan nasib politik Dr Mahathir dan PPBM?

Sunday, July 30, 2017

MCA YAKIN PENGUNDI CINA DI PENANG AKAN BERALIH MEMILIH BN

Presiden MCA : BN mampu memenuhi janji-janjinya

Perbezaan ketara di antara kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) adalah BN mampu memenuhi janji-janjinya. Demikianlah peringatan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada rakyat Pulau Pinang khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

Maka dengan itu, setelah menyedari PH gagal dalam menunaikan janji-janji mereka yang telah lalu, telah ada tanda-tanda positif yang pengundi Cina di Pulau Pinang akan kembali memberi sokongan kepada BN pada PRU14 nanti.

Ternyata kepimpinan Guan Eng dan DAP di Pulau Pinang telah mengecewakan rakyatnya apabila setelah mandat dan peluang diberikan kepada mereka, bukan saja segala janji-janji terdahulu gagal dilaksanakan malahan mereka telah ditambahkan dengan pelbagai beban.

Selama 9 tahun, DAP telah berjaya menipu rakyat Pulau Pinang yang semata-mata memecah-belahkan bangsa Cina hanya untuk berkuasa, namun DAP tidak lebih daripada tidak berkeupayaan membangun Pulau Pinang malahan negeri ini bakal dibebani dengan pelbagai musibah dan hutang.

Datuk Liow yang juga adalah Menteri Pengangkutan turut menyelar DAP yang telah menabur pelbagai janji-janji palsu kepada rakyat Pulau Pinang kononnya Pelan Pengangkutan Pulau Pinang akan memberi sinar kepada penduduk tempatan. Tetapi apa yang terjadi, jumlah yang besar yang menelan ratusan juta  telah dikeluarkan untuk kerja-kerja penyelidikan sahaja tetapi sehingga kini bukan sahaja tidak mampu disiapkan malahan belum pun dimulakan.

Jauh bezanya dari kerajaan BN yang telah berjaya melengkapkan aliran MRT (Mass Rapid Transit) dari Sungai Buloh ke Kajang. Projek mega ini bukan saja telah berjaya beroperasi malahan oleh kerana ia dikawalselia oleh kerajaan BN, ia telah mampu disiapkan lebih awal. Justeru, kos perbelanjaan telah mampu dikurangkan sebanyak RM2 bilion.

Banyak lagi projek yang berpaksikan kepentingan rakyat yang telah dilaksanakan kerajaan BN di bawah kepimpinan PM Najib Razak. Kita juga telah menyaksikan pembinaan rumah-rumah rakyat yang dibina di Kampung Kerinchi, Cheras dan merata Lembah Kelang. Tetapi sehingga kini, janji DAP untuk membina rumah mampu rakyat hanya tinggal rumah mampu lihat oleh rakyat tempatan.

Kerajaan BN juga telah mampu menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dalam pelbagai program. Lihat saja setiap kali perayaan besar setiap bangsa. Ini adalah hasil inisiatif awal kerajaan BN yang ingin ditiru Pakatan Harapan dan mereka ternyata gagal. Di negeri-negeri lain selain Pulau Pinang, Tahun Baru Cina diraikan semua kaum bersama, Hari Raya disertai oleh semua kaum selama sebulan, Hari Gawai pula didatangi oleh rakyat dari Semenanjung untuk bersama-sama rakan dan sahabat di Sarawak.

Tetapi DAP di Pulau Pinang telah menyisihkan perayaan Aidil Fitri dari bangsa Cina dan Tahun Baru Cina pula disisihkan dari bangsa Melayu. Apakah ini yang dikatakan sebagai keharmonian rakyat?

Ternyatalah DAP ini hanya mampu bercakap tetapi gagal melaksanakan amanah dan tanggungjawab. Begitu juga yang sekarang ini berlaku dalam kerajaan PKR di Selangor di mana sehingga kini isu air masih di tahap kritikal walaupun mereka berjanji menyelesaikannya pada PRU12 dan PRU13.

Bagi MCA pula, Datuk Liow sekali lagi memaklumkan yang parti yang mewakili bangsa Cina telah melalui transformasi parti dalaman untuk persiapan menghadapi PRU14 nanti. MCA telah mengadakan pelbagai program untuk mendekati pengundi muda di mana MCA sangat mengetahui yang mereka ini penuh dengan idea dan mereka perlukan sokongan dan galakan agar mampu memberi sumbangan positif kepada negara.

Ramai di kalangan masyarakat Cina hari ini telah mula menyedari yang negara ini hanya boleh dikendalikan oleh sebuah parti yang kuat dan bersatu seperti  Barisan Nasional. Maka dengan itu, MCA perlu diberi mandat penuh untuk terus berada di dalam kerajaan agar dapat benar-benar memperjuangkan masa depan masyarakat Cina dan rakyat Malaysia juga. Diharapkan rakyat Pulau Pinang tidak akan berterusan dikecewakan dengan JANJI PALSU DAP!

Saturday, July 29, 2017

SPAD DIBERI KUASA MENGAWAL SELIA PEKHIDMATAN TEKSI APLIKASI E-HAILING


Setelah pindaan Akta Pengangkutan Awam Darat APAD (2010) dibentangkan di Parlimen oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri diluluskan dengan memberi kuasa kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengawal selia kesemua perkhidmatan teksi yang mengguna aplikasi e-hailing, ia bukan sekadar dapat dipantau malahan ia akan mampu menyempurnakan perkhidmatan teksi sehingga aspek keselamatan dan perundangan diambil kira.

Pindaan Akta ini juga bertepatan dengan pelaksanaan inisiatif-inisiatif di bawah Program Transformasi Industri Teksi (TITP) yang telah diusahakan pihak SPAD bagi mempertingkatkan tahap industri teksi melalui pengenalan rangka kerja pengawalseliaan.

Ia bukan saja dapat memastikan pengendali dan pemandu perkhidmatan e-hailing mengguna standard keselamatan yang ditetapkan kerajaan serta memberi perkhidmatan yang paling baik, malahan pihak SPAD, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan juga akan membuat pemeriksaan latar belakang mandatori.

Pada masa yang sama, apabila pindaan akta ini diluluskan, ia juga telah memberikan SPAD kuasa untuk memperkenalkan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan seperti mewajibkan syarikat pengendali perkhidmatan e-hailing menyerahkan kepada SPAD maklumat berkaitan data perjalanan dan kenderaan-kenderaan yang digunakan sebagai pengangkutan awam darat. 

Walaubagaimanapun, tambang e-hailing tidak akan dikawal selia di bawah pindaan APAD dan akan ditentukan oleh syarikat pengendali dan kuasa pasaran.

Pada masa yang sama, teksi bermeter juga akan dapat meningkatkan pendapatan mereka sekiranya mengguna aplikasi e-hailing disamping mudah untuk mendapat penumpang tanpa perlu berlegar-legar lagi. Mereka juga masih boleh mengenakan tambang mengguna meter.

Pihak SPAD menganggap kelulusan pindaan ini membuktikan kepimpinan kerajaan hari ini memahami bahawa sistem pengawalseliaan perlu berubah mengikut aliran masa unutk menggalakkan inovasi bagi meningkatkan pertumbuhan industri.

Perubahan-perubahan ini adalah wajar dan akan berupaya memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna, pada masa yang sama perkembangan ini dapat menyediakan satu persaingan yang adil bagi industri teksi melalui penggunaan teknologi serta pendekatan yang lebih responsif kepada kuasa pasaran. 

Di dalam masa terdekat, pihak SPAD akan menggariskan butiran lanjut mengenai pindaan APAD ini, serta aspek perundangan terhadap industri teksi dan perkhidmatan e-hailing.

Tuesday, July 25, 2017

MCA : KIT SIANG MASIH INGIN BERDALIH BILA DAP DIKETEPIKAN DALAM PH



Walau apa pun alasannya, DAP ternyata diketepikan dalam barisan kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan dan jika Kit Siang ingin bandingkan demokrasi yang berlaku di dalam Barisan Nasional, beliau perlu berani berterus-terang dan tidak terus-terusan menipu rakyat.

Perbezaan kepimpinan di dalam Barisan Nasional adalah lebih adil dan demokratik dan merujuk kepada perlembagaan Barisan Nasional, setiap komponen parti dalam BN perlu melantik 3 wakil mereka untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi tanpa mengira jumlah Ahli Parlimennya samada yang paling ramai mahupun ada di antaranya yang tidak langsung mempunyai wakil Ahli Parlimen.

Susunan sedemikian bukan sahaja menjamin perwakilan semua parti komponen dalam BN, malahan menjamin kedudukan yang sama mewakili kaum yang berlainan. Tidak ada satu parti komponen atau bangsa yang diwakili lebih daripada 50 peratus dalam Majlis Tertinggi BN. Walaupun UMNO mempunyai ahli parlimen teramai, namun mereka tetap mewakili 10 peratus di dalam Majlis Tertinggi.

Di dalam setiap keputusan Majlis Tertinggi BN, ia adalah keputusan bersama dari kesemua parti-parti komponen di mana BN mengamalkan seandainya ada di antara parti komponen yang menentang dan tidak bersetuju dengan sesuatu usul, ia tidak akan diluluskan dan dilaksanakan.

Ini ternyata apabila usul untuk meminda undang-undang Mahkamah Syariah yang dibawa Presiden PAS Dato’ Seri Hadi Awang ke Parlimen, oleh kerana Majlis Tertinggi BN tidak mendapat sokongan sebulat suara, akhirnya BN mengambil keputusan untuk tidak membentangkannya sebagai usul kerajaan.

Berbanding dengan Pakatan Harapan yang telah mengumumkan 12 jawatan dalam struktur kepimpinannya, terbukti ia adalah sesuatu yang tidak boleh dikatakan adil dan demokratik sebagaimana yang didakwa Kit Siang, malahan ia adalah satu barisan kepimpinan yang benar-benar berat sebelah.

Kit Siang yang ternyata adalah ahli politik yang paling senior berbanding dengan yang lain termasuklah Anwar dan Dr Mahathir, beliau tidak diberikan sebarang jawatan pun. Jika perkara utama seperti ini pun tidak dianggap yang DAP tidak dipedulikan, maka apakah Kit Siang dan DAP masih ingin kelirukan penyokongnya?

Bukan itu saja, DAP yang mempunyai Ahli Parlimen paling ramai dan terdiri daripada lebih dari 50 peratus dari jumlah MP pembangkang, mereka hanya diberikan jawatan untuk 1 Timbalan Presiden, 1 Naib Presiden dan Bendahari, apakah pemilihan PH ini adil sedangkan PPBM yang hanya ada 1 kerusi parlimen diberi 3 jawatan penting sebagai Pengerusi, Timbalan dan Naib Presiden?

Jika mengambil kira dari sudut wakil kaum atau kumpulan etnik dari Sabah dan Sarawak, terdapat 9 pemimpin Melayu yang mewakili 75 peratus dari jumlah Ahli Majlis Tertinggi PH, manakala hanya ada 2 yang mewakili bangsa Cina dan 1 untuk bangsa India. Dan lebih tidak masuk akal, hanya 1 saja yang mewakili Sabah dan Sarawak.

Apakah Kit Siang dan DAP berani mengaku yang Pakatan Harapan mewakili keseluruhan rakyat Malaysia? Apakah ini adalah demokrasi yang ingin dipertahankan DAP?

Monday, July 24, 2017

KETEREH MELAMBAI UNTUK KEMBALIKAN KELANTAN KEPADA UMNO/BN


Kehadiran rakyat Kelantan yang di luar jangkaan dan sangat menggalakkan di Majlis Ramah Mesra Bersama Orghe Parlimen Terre (OPT) di Ketereh adalah petanda yang mereka ingin kembalikan Kelantan kepada UMNO/BN. Walaubagaimanapun, untuk menjadikan ia satu realiti, pengundi Kelantan haruslah menterjemahkannya di peti undi pada PRU14 nanti.

Turut hadir sebagai tetamu utama adalah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid di samping Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamad dan YB Datuk Nur Jazlan Bin Mohamed, Timbalan Menteri KDN, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi dan yang pasti penganjurnya Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang juga Ketua Penerangan UMNO.

Di dalam ucapan DS Zahid, beliau mengingatkan rakyat Kelantan yang kerajaan persekutuan yang diterajui UMNO sentiasa mengutamakan nasib rakyat Kelantan walaupun PAS yang memerintah. Ini terbukti apabila sebanyak RM12.7 bilion telah diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia ke 11 untuk pembangunan negeri Kelantan.

Di antara sektor yang diberi keutamaan adalah pendidikan, ugama, keselamatan dan juga sosio-ekonomi rakyat Kelantan.

Pada masa yang sama, DS Zahid juga turut mengajak rakyat Kelantan menolak habis-habisan calon-calon Pakatan Harapan yang kini diPengerusikan oleh seorang pemimpin yang gila talak dan lebih pening apabila gabungan pembangkang ini mempunyai tiga ketua yang sudah tentu kapal yang ingin mereka kemudi akan pasti tenggelam.

Kepada Pengerusi PH yang pernah diberi peluang selama 22 tahun untuk menjadi pemerintah, DS Zahid mengingatkan yang era beliau sudah berlalu dan seharusnya tamat dan menjadi negarawan yang dihormati rakyat. Tetapi sebaliknya beliau yang tidak mahu menerima pemimpin sekarang ini, sehingga sanggup menyerahkan diri kepada musuh lamanya.

Manakala, Tan Sri Annuar Musa selaku Ketua UMNO bahagian Ketereh dan juga Ketua Penerangan UMNO, telah menyatakan 2 resolusi dari 2 resolusi dari UMNO Ketereh iaitu memperbaharui tekad dan keazaman untuk bekerjasama dan bersatu-padu serta taat setia kepada kepimpinan DS Najib Razak dan DS Zahid Hamidi.

Ikuti ucapan Tan Sri Annuar Musa yang menegaskan perjuangan ahli-ahli UMNO ini bertepatan dengan tuntutan fardhu kifayah sebagaimana yang disarankan ulama tersohor Imam Tabrani;



Friday, July 21, 2017

PEMBANGKANG TETAP INGIN MENYELAR PROJEK MRT WALAUPUN TERNYATA MELUCUKAN

Bagi blok pembangkang, ternyata sesuatu yang perit apabila kejayaan demi kejayaan yang dicapai kerajaan dan kini sekali lagi kerajaan telah membuktikan projek mega MRT lingkaran dari Sungai Buloh ke Kajang telah berjaya beroperasi dan dilengkapkan terlebih awal dari jadualnya. Lebih utama, projek yang dibanggakan rakyat ini telah diiktiraf dunia dan dikatakan adalah lebih baik daripada perkhidmatan rel di London, New York dan Hong Kong.

Masih ingat ramalan Rafizi pada 2013 yang telah memutar-belit kenyataan mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) En Mohd Nor Ismal Kamal kononnya kos MRT akan mencecah sehingga RM100 bilion pada 2017. Hakikatnya, projek mega ini yang telah mula dibina pada tahun 2011 hanya dengan kos sebanyak RM22 bilion sahaja apabila siap sepenuhnya.

Kenyataan Rafizi seperti berikut;




Baru-baru ini pula Nurul Izzah pun ingin membuat kenyataan dan mendakwa jika Pakatan Harapan menang PRU14 nanti, mereka mampu membina MRT yang lebih murah dan lebih baik daripada yang dibina baru-baru ini. Seperti biasa, Nurul Izzah hanya sekadar bercakap kosong tanpa berani kemukakan apa-apa perincian untuk memberi harapan palsu sebagaimana yang pernah beliau kecewakan penduduk Kampung Kerinchi di kawasan parlimennya sendiri.

Jika Nurul masih ada ingatan yang sihat, beliau seharusnya tidak lupa bagaimana ada segelintir penduduk Kpg Kerinchi yang telah terpengaruh dengan segala hasutannya tetapi akhirnya terpaksa berputih mata melihat jiran-jiran yang lain berpindah ke apartment Residensi Kerinchi yang lebih besar dan dilengkapi dengan perkhidmatan moden.

Sementara Hannah Yeoh dan Tony Pua pula kononnya ingin mengingatkan yang projek mega MRT ini bukan duit PM Najib tetapi duit rakyat. Sedangkan, PM Najib tidak pernah menganggap itu adalah kejayaannya seorang tetapi ia sebagai kejayaan dan kebanggaan rakyat Malaysia semua. Kedua-dua wakil DAP ini juga amat takut sekiranya rakyat memuji PM Najib tetapi hakikat yang mereka sangat gerun ia sememangnya kejayaan Perdana Menteri yang memastikan ia direalisasikan dengan kos yang dijimatkan.

Tetapi apabila Dr Norlela Ariffin ADUN PKR Penanti di Pulau Pinang mengeluarkan fakta seperti berikut;

MRT Sungai Buluh - Kajang 51km = RM21 billion
1 meter berharga = RM411,764
LRT Komtar - Bayan Lepas 30km = RM24 billion
1 meter berharga = RM800,000



... di mana ia ternyata lebih mahal dari MRT SBK, apakah kenyataan Nurul Izzah tidak melucukan?

Jika dibandingkan dengan pencapaian negeri-negeri pembangkang, apakah Hannah Yeoh, Tony Pua dan Nurul Izzah mampu memberi sebarang komen? Janganlah cuba sorokkan kegagalan dan penyelewengan yang berlaku di negeri pentadbiran Pakatan Harapan dan cuba alihkan mencari kesilapan dangkal kerajaan kepimpinan PM Najib pula.

Dari kertas dijadikan kenyataan, MRT SBK ternyata jauh lebih berjaya dari projek terowong DAP di Pulau Pinang yang masih kekal di atas kertas. Kepada pembangkang yang tenyata tidak mampu membuat sebarang pembangunan dan teringin untuk sekadar mempertikaikannya, marilah bersama-sama rakyat menikmati kejayaan kerajaan ini dan jadikan juga sebahagian memoir kamu untuk ... Negaraku, tanah airku!

Wednesday, July 19, 2017

RCI SKANDAL FOREX TERIMA PERKENAN AGONG ... BACA NOTA KE EMPAT

Berita gembira untuk rakyat Malaysia...


Bidang kuasa suruhanjaya itu adalah: 
 
i. menentukan kesahihan dakwaan mengenai kerugian akibat urus niaga pertukaran mata wang asing yang dialami BNM sekitar tahun 1990-an serta implikasinya kepada ekonomi negara. 
 
ii. menentukan sama ada penglibatan BNM dalam aktiviti urus niaga mata wang asing yang menyebabkan kerugian tersebut adalah bertentangan dengan Ordinan Bank Pusat 1958 atau mana-mana undang-undang yang berkaitan. 
 
iii. Menentukan sama ada terdapat elemen menyembunyikan fakta dan maklumat sebenar berhubung kerugian BNM dalam aktiviti urus niaga mata wang asing itu dan memberikan kenyataan yang mengelirukan kepada Jemaah Menteri, Parlimen dan rakyat. 
 
iv. Mengesyorkan tindakan yang sesuai untuk diambil terhadap pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan/atau tidak langsung jika didapati mereka menyebabkan kerugian BNM serta menyembunyikan fakta dan maklumat sebenar berhubung kerugian itu; dan 
 
v. Mengesyorkan langkah-langkah bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang. 
 
Kepada Dr Mahathir dan kuncu-kuncunya, baca Nota ke-iv dengan hati terbuka!

Tuesday, July 18, 2017

170717 - MEMOIR MRT SBK DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT


Enam tahun lalu, kerajaan di bawah kepimpinan PM Najib telah umumkan projek MRT ketika beliau bentangkan Rancangan Malaysia Ke-10 dan projek ini adalah projek utama untuk rakyat dalam agenda Program Transformasi Nasional. Kini seperti yang sering dikatakan PM Najib, "JANJI DITEPATI", Barisan Nasional dengan kepimpinannya telah menghadiahkan MRT FASA 2 untuk melengkapkan Sungai Buloh-Kajang line.

Oleh itu, pada 170717, satu tarikh yang seharusnya dijadikan memoir untuk semua rakyat Malaysia apabila bermulanya operasi MRT lingkaran Sungai Buloh ke Kajang setelah dilancarkan secara rasminya oleh PM Najib Razak. Apa yang perlu dibanggakan dan perlu dijadikan memoir?

Projek pengangkutan awam mega ini telah terbukti ia satu projek yang telah menjimatan kos kerana bukan saja telah menepati jadual dan paling utama stesen-stesen hentian MRT adalah bertaraf dunia yang lebih baik dari London, New York dan Hong Kong.

Malahan di dalam perutusan PM Najib, beliau tidak lupa mengingatkan rakyat untuk mengetahui yang kejayaan projek MRT ini adalah kejayaan rakyat bersama;

"Infrastruktur pengangkutan awam bertaraf dunia ini telah dibangunkan serta diusahakan oleh ribuan anak tempatan sejak tahun 2010. Saya amat berbangga dengan semua yang terlibat dengan projek ini. Berbanggalah dengan pencapaian anda, imbas kembali segala pengorbanan tenaga, masa beristirahat bersama keluarga dan sahabat handai. Inilah hasil keringat dan air mata anda!"

Mengikut kajian pihak SPAD pula seperti terkandung di dalam kenyataan rasminya, pelaksanaan penuh Fasa 2 MRT Laluan SBK pada 17 Julai yang menyambungkan laluan daripada Semantan sehingga Kajang, mampu menyumbang kepada peningkatan jumlah penumpang ke arah mencapai perkongsian mod 40% pada tahun 2030. 

Laluan SBK saja mempunyai kapasiti untuk menampung 400,000 penumpang sehari dan perkhidmatan MRT ini mempunyai anggaran masa perjalanan selama 84 minit (dari hujung ke hujung), dengan kekerapan 3.5 minit ketika waktu puncak, mempunyai jarak   laluan sejauh 51 km dan menyepadukan 7 stesen rel yang sedia ada, serta berupaya menjimatkan masa perjalanan pengguna.
 
Ia juga menawarkan 14 stesen yang dilengkapi dengan kemudahan parkir ('park and ride') bagi menggalakkan orang ramai meninggalkan kenderaan mereka dan menggunakan MRT, yang secara sekali gus akan mengurangkan emisi karbon ke alam sekitar.  MRT menetapkan satu penanda aras bagi semua perancangan masa hadapan kita yang mengambil kira keperluan kesalinghubungan serta peningkatan mutu kehidupan rakyat.

MRT dibina bagi kegunaan berterusan generasi yang akan datang, malah stesen-stesen yang didirikan merupakan seni bina yang indah dipandang serta mempunyai pelbagai ciri-ciri reka bentuk yang mesra pengguna. Perkhidmatan ini turut disokong dengan 300 bas perantara yang beroperasi di dalam linkungan jarak 5 sehingga 7 km daripada Laluan MRT.

Menurut SPAD lagi, projek Transit Aliran Massa (MRT) Laluan 2: Sungai Buloh-Serdang–Putrajaya dan Transit Aliran Ringan Laluan 3 (LRT 3): Bandar Utama–Johan Setia dijangkakan akan membuka jalan kepada peluang-peluang bagi pembangunan berorientasikan transit (TOD). Projek-projek TOD akan membantu kerajaan mendapat kembali pulangan kepada pelaburan besar yang telah disalurkan bagi meningkatkan perkhidmatan rel dalam bandar.

Kesemua ini dilakukan bagi memenuhi keperluan pertumbuhan jangka masa panjang Greater KL/Lembah Klang dan di akahir ucapan PM Najib, beliau menyeru;

"Pada kesempatan ini, saya sekali lagi menjemput anda untuk bersama meraikan satu lagi detik bermakna buat Negaraku, tanah airku."

TAN SRI ANNUAR MUSA : APABILA DAP MEMBUNUH DENGAN PISAU YANG DIPINJAM


Seringkali kedengaran di kalangan rakyat yang Melayu kini berpecah-belah dan kini berpecah lagi setelah Dr Mahathir menubuhkan PPBM setelah gagal dengan rancangan untuk menghilangkan sokongan ahli-ahli UMNO terhadap Presidennya Datuk Seri Najib Razak. Plan A ini telah mendapat sekutu baru Dr Mahathir dari DAP.

Apa pun di pengakhirannya, matlamat DAP adalah ingin melihat perpecahan yang lebih besar ke atas bangsa Melayu dan umat Islam, maka mereka melaksanakan strategi perang yang terkandung di dalam 'The Art of War (Sun Tzu) iaitu ... MEMBUNUH DENGAN PISAU YANG DIPINJAM, KEPUNG WEI UNTUK SELAMATKAN ZHAO, PERDAYA LANGIT UNTUK MELEWATI SAMUDERA. Ini adalah strategi perang yang sangat licik dan benar-benar dihayati DAP.

Demikian adalah amaran dan peringatan Tan Sri Annuar Musa (TSAM) kepada kita semua terutamanya ahli-ahli UMNO.

Setelah gagal menghancurkan UMNO, DAP dapat menyaksikan perpecahan Melayu yang teruk di kalangan blok pembangkang. Manakan tidak, sokongan kepada PAS telah terbahagi dua setelah PAN diwujudkan. PKR pula sedang berhadapan dengan perebutan kuasa di antara kartel Azmin dan penyokong Wan Azizah.

Lebih mengerikan apabila parti politik yang baru ditubuhkan Dr Mahathir mengalami perpecahan yang sangat parah di antara kem Dr Mahathir dan Muhyiddin apabila menyaksikan ahli-ahli mereka keluar parti beramai-ramai dan ada di antara negeri di Semenanjung yang hampir lumpuh seperti di Perak dan Negeri Sembilan.

Setelah mengetahui yang politik melayu di dalam Pakatan Harapan (PH) berpecah parah, DAP menggunakan perpecahan parti ciptaannya sendiri di kalangan PKR, PAN dan PPBM sebagai ramuan untuk memecahbelahkan bangsa Melayu dan Islam.

Maka dibiarkan saja pengumuman barisan kepimpinan tertinggi PH di mana Anwar Ibrahim yang masih dipenjarakan sebagai Ketua De factonya, Dr Mahahtir sebagai Pengerusi dan Wan Azizah sebagai Presiden manakala DAP hanya diwakili Guan Eng di kedudukan Naib Presiden dan M Kulasegaran mengawal kantong duit PH.

Tidakkah kita merasa pelik apabila DAP yang mempunyai kerusi parlimen terbanyak di antara parti-parti lain tetapi hanya diberikan jawatan Naib Presiden? Apakah Kit Siang benar-benar berpuas hati dengan jawatan yang diberikan kepada DAP?

Menurut TSAM, mengetahui yang Anwar Ibrahim akan kekal di dalam penjara sehingga tamat PRU14 dan tiada ruang untuk Anwar dibebaskan lebih awal. Manakala Wan Azizah pula seorang pemimpin yang tidak berwibawa dan boleh dijadikan boneka terbaik mereka, maka dengan ini kedudukan Guan Eng sebagai Naib Presiden adalah mantap dan tidak mustahil, Guan Eng akan akhirnya terpilih menggantikan Anwar.

Dengan keyakinan undi Cina terutamanya di bandar-bandar berpihak kepada DAP dan hampir kesemua kerusi parlimen di bandar-bandar diisi DAP, maka sekali lagi DAP akan mendapat kerusi terbanyak di PRU14 nanti. Dengan kedudukan Anwar sebagai ketua de facto yang agak goyah, Guan Eng adalah calon terbaik menggantikannya, maka apakah DAP akhirnya tidak berkuasa sepenuhnya ke atas parti-parti Melayu di dalam PH?

Jika blok pembangkang berjaya menawan Putrajaya, apakah DAP tidak berkemungkinan menjadi Perdana Menterinya?

Inilah yang dikatakan TSAM bagaimana DAP .... MEMBUNUH DENGAN PISAU YANG DIPINJAM yang akhirnya di dalam apa jua keadaan Pakatan Harapan tetap dalam genggaman DAP. Setelah PKR, PPBM dan PAN berjaya diperalatkan, maka segala dasar DAP akan dapat dilaksanakan nanti juga.

Walaupun DAP dan Kit Siang licik berpolitik walaupun di kalangan rakan-rakannya, namun Tan Sri Annuar Musa dan UMNO telah mampu membaca setiap langkah mereka. Terpulanglah kepada pengundi yang lain untuk menghadam peringtan TSAM ini dan ia tidak mustahil untuk berlaku sekiranya blok pembangkang diberi peluang pada pilihanraya akan datang. AWAS!!!

Sunday, July 16, 2017

MCA : CEK KOSONG PAKATAN HARAPAN UNTUK TIPU RAKYAT


Selama ini DAP sering menuduh MCA tunduk kepada UMNO terutamanya apabila tiada jawatan penting sekurang-kurangnya TPM atau Menteri Kewangan diberikan kepada MCA. Inilah tohmahan DAP kepada MCA setiap kali mereka berceramah kepada pengundi Cina.

Tetapi apa yang berlaku hari ini setelah barisan kepimpinan tinggi dalam Pakatan Harapan, di mana DAP hanya diberikan kedudukan Naib, Timbalan dan Bendahari, sedangkan yang mempunyai 1 kerusi parlimen diberikan kedudukan tertinggi berbanding DAP yang mempunyai 36 kerusi parlimen dan terbanyak.

Apakah DAP telah tunduk kepada minoriti di dalam Pakatan Harapan? Itulah persoalan yang dikemukakan Timbalan Presiden MCA kepada DAP dan tidak salah jika Datuk Wee pulang paku buah keras di mana selama ini DAP selalu mencanangkan yang MCA sentiasa tunduk kepada kehendak UMNO.

Memandangkan PH baru saja mengumumkan barisan kepimpinan tertinggi mereka di mana Anwar sebagai Ketua Umum, Dr Mahathir sebagai Pengerusi dan Wan Azizah sebagai Presiden, Datuk Wee ibaratkan ia sebagai sebuah bahtera yang mempunyai terlalu ramai nakhoda. Apa tidaknya, siapa sebenarnya Ketua di dalam PH? Apabila diperlu untuk membuat keputusan muktamad, siapa yang akan bersuara?

Apa akan terjadi jika ketiga-tiga mereka tidak sependapat dan apakah Pengerusi yang memuktamadkan keputusan atau Presiden atau Ketua Umum? Apa yang sebenar berlaku, pemilihan jawatan tertinggi dalam PH hanyalah sekadar memuaskan hati masing-masing.

Sekurang-kurangnya dapat meredakan perasaan marah penentang kuat Dr Mahathir di dalam PH terutamnya dari PKR. Ini juga jelas apabila Dr Mahathir mengumumkan yang Anwar adalah PM ke 8 tetapi ingin berahsia dengan PM ke 7. Masih ingin bermuslihat?

Belum selesai isu kepimpinan teritinggi PH dan kegagalan menamakan calon PM mereka, PH beralih pula dengan janji-janji 100. Bagi MCA, ia seumpama sekeping cek kosong yang tiada nama penerima dan tiada jumlahnya. Maka rakyat diseru agar tidak mengambil serius kepada janji-janji kosong ini.

Di antara janji kosong mereka adalah menghapuskan GST, menstabilkan harga minyak, meringankan beban rakyat di mana ia hanyalah satu lagi janji yang tidak mungkin mampu ditepati demi menipu rakyat untuk memancing undi.

Jika benar PH serius ingin hapuskan GST, mereka tidak berani maklumkan kepada rakyat yang pendapatan negara akan hilang dalam jumlah berpuluh bilion. Maka apakah perancang PH untuk memberi alternatif dan kepada kita, apa akan jadi sekiranya pendapatan negara hilang?

Sekiranya harga minyak turun kerana harga dunia tidak stabil dan PH pula ingin mengekalkan harga minyak dengan melibatkan subsidi, mana mungkin mereka mampu menanggung subsidi yang kini bernilai RM23 bilion dan dengan ketiadaan hasil dari GST yang bernilai RM50 bilion?

Ambil saja contoh di Pulau Pinang, kerana gagal mengatasi masalah banjir kilat sehingga ada nyawa tergadai di Bayan Lepas dan ada di antaranya yang terpaksa memanjat bumbung kereta untuk meminta tolong. Apakah ini dikatakan PH cuba meringankan beban rakyat?

Pakatan Harapan yang bukan parti pemerintah tidak akan memberi pertimbangan sewajarnya terhadap realiti. Mereka hanya akan mengeluarkan cek kosong, dan ini samalah dengan menipu undi dengan janji kosong sahaja.

Friday, July 14, 2017

DAP MARAH ATAU SEBENARNYA TAKUT BILA MCA PANTAU PRESTASI PENANG?



Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bukan saja menentang malahan berang dan terus melabelkan pihak ketiga termasuklah MCA sebagai 'pengacau' kerana memantau prestasi pentadbirannya dan juga kerajaan Pulau Pinang dibawah pentadbiran DAP. Apakah Guan Eng sekadar tidak selesa atau sebenarnya takut jika tembelang dan kelemahan beliau diketahui umum?

Lihat saja apa yang DAP cuba sorokkan dan sedang dipantau MCA ...
1. Yuran perundingan bagi 3 jalan untuk projek terowon bawah laut yang melebihi dari 400% dari standard yang digazet Lembaga Jurutera

2. Bukit-bukau di Pulau Pinang semakin botak dan terlalu kurangnya langkah perlindungan alam sekitar sehingga pulau ini kerap dilanda malapetaka banjir
kilat.

3. Kes rasuah dan salahguna kuasa Guan Eng masih belum selesai dan Ketua Menteri Pulau Pinang ini sering mencari alasan untuk tangguhkan perbicaraan.

4. Dalam tempoh 8 tahun saja DAP memerintah, kerajaan negeri Pulau Pinang telah menaikkan kadar air sehingga 4 kali.

5. Penjualan tanah secara langsung tanpa rundingan dan tambak tanah yang dilakukan sewenang-wenangnya telah mendatangkan kemusnahan mata pencarian nelayan.

Kesemua isu di atas adalah di dalam pengetahuan Guan Eng dan kerajaan negeri. Maka bagi MCA tidak apa yang perlu ditakutkan jika mereka dipantau. MCA mengingatkan yang Pulau Pinang bukanlah milik keluarga Guan Eng mahupun parti DAP.

Apa yang MCA lakukan setelah diarahkan Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai tidak seharusnya tidak dianggap sebagai pengacau malahan rakyat Pulau Pinang perlu didedahkan apa sebenar yang berlaku ke atas negeri mereka. Segala salahlaku dan korupsi yang ternyata berlaku di dalam kerajaan DAP di Pulau Pinang jika tidak dipantau, yang merana adalah rakyatnya juga.

Lagipun adalah menjadi tanggungjawab MCA sebagai pembangkang di Pulau Pinang memantau segala apa yang dilakukan DAP. Apakah Guan Eng dan DAP terlupa, mereka juga melakukan perkara yang sama ketika BN adalah parti pemerintah dan mereka meneruskan peranan sebagai agen 'check and balance' di negeri-negeri kerajaan BN lain termasuklah kerajaan persekutuan.

Bagi MCA, jika mengikut logik Guan Eng yang menganggap peranan pembangkang di Pulau Pinang tidak lebih dari sebagai 'troublemaker' atau pengacau, maka pada masa yang sama, beliau juga sebenarnya bersetuju yang rakan-rakan mereka di negeri-negeri di mana mereka adalah pembangkang sebagai kaki sibuk dan gemar mencetus masalah.

Guan Eng dan DAP Penang tidak gemar atau sebenarnya takut apabila dipantau MCA?

Wednesday, July 12, 2017

UBER DAN TEKSI BEKERJASAMA AKHIRNYA


Pada Julai tahun lalu, sibuk dipersoalkan seolah-olah ada perjanjian 'senyap' syarikat teksi dan Uber walaupun menerima bantahan pemandu teksi. Persatuan dan Syarikat-syarikat Teksi Semenanjun Malaysia (GPST) dikatakan telah menandatangani memorandum persefahaman sehingga menafikan sebarang pintu perbincangan dengan pemandu.

Justeru, lebih 200 pemandu teksi berhimpun di Parlimen membantah Uber dan Grab dan mendakwa yang 3 memorandum mereka kepada Perdana Menteri, tidak terjawab. Bantahan itu dibuat berikutan undang-undang berkaitan perkhidmatan perkongsian kenderaan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 714) dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334), yang dijangka dibentangkan nanti.

Itulah gelagat mereka yang sekadar ingin membantah sahaja tanpa ada apa-apa tindakan yang mampu perbaiki nasib mereka sendiri.

Namun, kini telah termeterai secara rasmi di antara Uber dan Gabungan Persatuan dan Syarikat-Syarikat Teksi Semenanjung Malaysia kerjasama di dalam program perintis mereka untuk membenarkan pemandu-pemandu teksi Gabungan memandu di rangkaian Uber dengan kenderaan teksi mereka sendiri.

Bagi mereka yang hanya tahu membantah, kerjasama Uber-Teksi ini akan mampu menambahkan pendapatan pemandu-pemandu teksi dan sekali gus penumpang akan berasa berbaloi. Bagaimana? Selama ini pemandu teksi terpaksa berbaris menunggu pelanggan yang tidak pasti tetapi dengan teknologi yang telah diperkenalkan Uber sejak 3 tahun lalu, penumpang telah sediada dan destinasi juga telah dipastikan.

Untuk penumpang pula, bukan saja ketepatan waktu yang akan dinikmati, malahan destinasi juga telah ditentukan. Paling penting yang dapat dimanfaatkan penumpang adalah tambang yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak di antara penumpang dan pemandu.

Walaubagaimanapun, di dalam percubaan program perintis ini, hanya 500 pemandu teksi yang terbaik di mana diambil kira kenderaan mereka juga perlu dalam keadaan yang terbaik akan terpilih. Selain dari itu, mereka perlu mempunyai lesen memandu dan mereka perlu melepasi saringan Uber seperti maklumat insuran dan kenderaan tidak melebihi dari jangkahayat 5 tahun.

Program perintis ini terbuka kepada semua jenis kenderaan termasuk MPV dan sedan. Setiap kadar tambang akan ditentukan dari UberX. Mereka juga dibenarkan mengambil penumpang lain sekiranya tidak berada di dalam aplikasi Uber. Satu aplikasi khas akan diwujudkan oleh Uber iaitu 'UberTaxi' dan penumpang boleh memilih untuk membayar secara tunai, kad kredit ataupun talian yang disediakan Uber.

Uber adalah sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan teksi sejak 2010 dengan menggunakan aplikasi telefon dan sejak dilancarkan pada tahun 2014 di Malaysia, Uber kini telah berada di bandar-bandar utama seperti Alor Setar, Ipoh, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, Kuantan, Kuching, Langkawi, Melaka, Miri, Pulau Pinang dan Seremban.

Manakala Gabungan Persatuan dan Syarikat-Syarikat Teksi Semenanjung Malaysia atau lebih dikenali sebagai GABUNGAN ialah Persatuan untuk syarikat teksi dan persatuan teksi di Semenanjung Malaysia yang terdiri daripada 90% teksi berlesen terdiri daripada lebih daripada 28,000 unit teksi.

Oleh itu tidak ada sebab mengapa kerjasama Uber-Teksi ini perlu dibantah sedangkan ia mampu memperbaiki pendapatan pemandu teksi. Pada masa yang sama, prestasi dan imej industri teksi juga akan mampu diperbaiki malahan dengan syarat-syarat dari Uber pasti akan dipatuhi untuk menjaga keselesaan dan keselamatan penumpang. 

Apakah ini bukan satu lagi kerjasama pintar yang sentiasa diusahakan pihak SPAD bagi memastikan industri teksi terus kekal malahan dapat diperbaiki sehingga mampu melenyapkan persepsi dunia yang selama ini melabelkan perkhidmatan teksi di negara kita adalah yang terburuk di dunia?

 

Tuesday, July 11, 2017

DAP GAGAL PATUH PERLEMBAGAAN, SILA SALAHKAN DIRI SENDIRI



Keputusan RoS tidak membatalkan pendaftaran DAP sangat menghampakan mereka kerana itulah yang dikempen Kit Siang dan DAP selama ini. Alasan dalam ceramah mereka mudah untuk meraih simpati justeru boleh menghasut rakyat untuk terus membenci kerajaan Barisan Nasional. Mereka juga dengan mudah akan menuduh PM Najib mengguna taktik jahat menghalang DAP bertanding pada pilihanraya akan datang.

Sepertimana arahan DS Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, apa pun keputusan RoS perlu profesional dan tidak menyalahi perlembagaan DAP. Maka RoS tidak membatalkan pendaftaran DAP tetapi berbalik kepada apa yang mereka sendiri telah gagal mematuhi perlembagaan parti.

Pemilihan semula CEC pada 2013 juga didapati tidak dilakukan mengikut perlembagaan parti dan sepatutnya DAP mengadakan pemilihan CECnya pada tahun 2016 memandangkan tempoh penggal telah tamat. Ini bermakna tempoh layak Guan Eng sebagai Setiausaha Agong juga sepatutnya tamat. Namun, DAP menangguhkan pemilihan CEC parti selama lebih 18 bulan.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa RoS telah pun beri peluang kepada DAP untuk tempoh 3 tahun lagi dan Guan Eng terus menjadi Setiausaha Agong dari 2013. Tempoh ini adalah untuk Guan Eng perbetulkan kesilapan pemilihan CEC yang telah silap untuk kali kedua. Namun ianya dianggap oleh DAP sbg nasihat sahaja.

Baru sekarang ROS umumkan secara umum. Sememmangnya benar yang pemakluman itu dilakukan kerana PRU14 akan hampir tetapi RoS tidak melakukannya untuk bermain politik sebagaimana yang selalu didakwa Kit Siang dan DAP. Ia adalah untuk kebaikan DAP dan calon-calon mereka.

Untuk pengetahuan, setiap calon yang akan bertanding mewakili parti politik perlu mendapat watikah kelulusan dari partinya dan watikah ini akan dikeluarkan oleh Setiausaha Agong. Apabila CEC DAP tidak diiktiraf RoS kerana melanggar perlembagaan partinya sendiri, apakah Guan Eng sah untuk memegang jawatan Setiausaha Agong untuk keluarkan watikah dan apakah calon-calon DAP boleh bertanding dengan logo roket?

RoS sememangnya bertindak profesional kerana memberi peringatan kepada DAP dan sekali gus cuba selamatkan calon-calon DAP daripada dibatalkan kemenangan mereka nanti. Cuma sekarang Guan Eng dan CEC lama yang enggan mengikut arahan RoS untuk mengadakan pemilihan CEC yang baru. Apakah Guan Eng dan Kit Siang sedang tergugat jika diadakan pemilihan CEC dalam masa terdekat?

Seharusnya ahli-ahli DAP mendesak Guan Eng untuk diadakan pemilihan CEC setelah ditangguh selama 18 bulan demi selamatkan calon-calon mereka.  Jangan dibenarkan Guan Eng dan kuncu-kuncunya terus-terusan bermain politik dan salahkan RoS dan juga parti pemerintah Barisan Nasional. Sedangkan RoS tidak membatalkan pun pendaftaran DAP.

Jika Guan Eng dan Kit Siang ada keyakinan yang mereka masih kuat berpengaruh dan diperlukan di dalam DAP, tidaka ada apa sebab mereka perlu beri alasan untuk tidak mengikut arahan RoS melainkan jika mereka sebenarnya ingin DAP hancur nanti. Jika ia berlaku, Guan Eng perlu bertanggungjawab dan dipersalahkan kerana sengaja melanggar perlembagaan parti DAP untuk kepentingan peribadinya.

Fahamkan kenyataan rasmi RoS ini;
07 JULAI 2017
PUTRAJAYA

Saya merujuk kepada kenyataan-kenyataan yang diberikan oleh beberapa orang pemimpin DAP mengenai status pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang telah diadakan pada 29 September 2013 dan juga kenyataan yang telah diberikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Dalam Negeri pada 3 Julai 2017, yang menyebut bahawa beliau akan mengadakan pertemuan dengan Pendaftar Pertubuhan berhubung dengan isu yang dibangkitkan tersebut.

Dalam hal ini, saya telah mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri dan beliau telah menyarankan supaya apa juga tindakan yang diambil oleh pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), hendaklah berlandaskan kepada Akta Pertubuhan 1966 dan perlembagaan Parti DAP itu sendiri.

Ingin ditegaskan di sini bahawa pihak JPPM menganggap bahawa Parti DAP sebagai sebuah parti yang sah di sisi undang-undang dan setakat ini pihak JPPM tidak berniat sama sekali untuk membatalkan Parti DAP. Bersabit dengan aduan-aduan yang dibuat oleh ahli-ahli DAP sendiri yang tidak berpuas hati dengan kepincangan terhadap proses-proses pemilihan semula CEC DAP yang dijalankan pada 29 September 2013, pihak JPPM berpendirian bahawa pelantikan anggota CEC serta pemegang jawatan utama melalui pemilihan semula ini, adalah tidak sah dari segi undang-undang. Pemilihan semula yang diadakan tersebut sepatutnya berdasarkan kepada senarai nama perwakilan yang berhak hadir dan mengundi pada pemilihan CEC DAP bertarikh 15hb Disember 2012 iaitu yang melibatkan seramai 2576 perwakilan dari 865 buah cawangan.

Justeru, JPPM mengambil pendirian supaya pihak Parti DAP perlu mengadakan sekali lagi pemilihan semula CEC yang baharu yang sah dan telus bagi membolehkan para perwakilan memilih 20 orang anggota CEC yang sah dan diiktiraf. Hanya anggota CEC yang sah dan diiktiraf sahaja boleh melantik pemegang jawatan utama yang sah dan diiktiraf mengikut Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan Parti DAP. Ini amat penting di sisi undang-undang memandangkan pelantikan bagi jawatan utama parti mempunyai peranan yang penting sebagai wakil parti yang mempunyai autoriti untuk menandatangani watikah pelantikan calon untuk mewakili parti dalam pilihanraya yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Pilihanraya.

Sehubungan dengan itu, JPPM ingin menegaskan bahawa arahan akan dikeluarkan kepada pihak DAP supaya mengadakan pemilihan semula CEC yang
baharu untuk memilih 20 orang anggota yang sah, berpandukan kepada Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan Parti DAP untuk membolehkan pemilihan ini diiktiraf oleh JPPM.

#TAMAT#

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
Kementerian Dalam Negeri
7 Julai 2017