Thursday, March 09, 2017

PM NAJIB SANGGUP HADIR SESI TAKLIMAT PEMERIKSAAN AWAM ECRL SPAD DEMI MANFAAT RAKYAT


Perdana Menteri telah mengumumkan cadangan pembinaan ECRL sepanjang 600 kilometer yang bernilai RM55 bilion sewaktu pembentangan Bajet 2017, yang akan menghubungkan Lembah Klang dengan Kuantan, Pahang sehingga ke Terengganu serta Tumpat, Kelantan. Ini adalah satu lagi projek rakyat. Projek ini dijangka akan memulakan kerja-kerja pembinaan pada Julai tahun ini dan dijangka siap pada Jun 2024.

Projek perhubungan pengangkutan awam darat untuk keselesaan rakyat terutamanya di kawasan pantai timur telah diumumkan PM Najib Razak dalam satu sesi majlis untuk merasmikan Pemeriksaan Awam ECRL oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Darat) yang turut dihadiri Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Pihak SPAD sebenarnya sekadar mengadakan pemeriksaan awam ke lokasi-lokasi yang terlibat di dalam projek ECRL bagi memberi penerangan kepada rakyat yang terlibat khususnya di negeri-negeri Pantai Timur tetapi memandangkan ia sangat bermanfaat untuk dimaklumkan kepada semua rakyat Malaysia, PM Najib melapangkan diri untuk mendengar taklimat SPAD ini.

Bermula dengan sesi Pemeriksaan Awam di 38 lokasi yang bermula dari 8 Mac 2017 sehingga 5 Jun 2017, di antara lokasi yang terlibat termasuk pejabat-pejabat daerah di Kota Bharu, Tumpat, Bachok, Pasir Putih, Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Marang, Kemaman, Dungun, Kuantan, Maran, Temerloh dan Bentong.

Di antara pengisian sesi pemeriksaan awam ini termasuk juga pameran yang menjelaskan cadangan laluan kereta api yang akan bermula dari Wakaf Bharu sehingga ke Terminal Pengangkutan Bersepadu Gombak, stesen pertukaran dengan landasan kereta api sedia ada di Semenanjung dan penerangan mengenai ciri-ciri projek ERL.

Pameran ini adalah keperluan di bawah Seksyen 84 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Satu forum maklum balas awam bersama penduduk tempatan dan pihak yang berkepentingan juga perlu diadakan bagi setiap projek rel yang dicadangkan di mana orang ramai dimaklumkan mengenai manfaat sosio-ekonomi projek ECRL kepada negara.

Walaubagaimanapun, sesi penerangan dari pihak SPAD ini tidak terhenti di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan kerana rakyat juga dipelawa untuk mengambil bahagian. Samada mereka boleh mendapatkan maklumat dari pihak SPAD di laman sesawang MRL (www.mrl.com.my), mereka juga dialu-alukan memberi maklum balas di talian bebas tol 1800-222-524 atau menghantar e-mel di

Ramai penganalisa ekonomi telah memperakui yang projek ECRL boleh menjadi 'game changer' kepada sosio-ekonomi negara di mana ia mampu mengubah gaya hidup menjadi lebih moden dan progresif. Namun lain pula di mata pihak pembangkang yang menuduh kerajaan sedang menggadaikan kedaulatan negara kepada negara asing.

Oleh itu, janganlah projek yang bakal memberi manfaat dan keselesaan rakyat ini dipolitikkan dengan niat jahat untuk menggagalkannya. Inilah satu-satunya mod pengangkutan yang mesra alam dan mesra persekitaran di samping mampu membawa kebaikan kepada negara dan rakyat juga.
 

No comments: