Friday, April 28, 2017

MCA DESAK KERAJAAN DEDAHKAN PENIPUAN 'JJPTR' YANG BERPANGKALAN DI PULAU PINANG


Setelah satu pendedahan mengenai satu 'permainan wang' atau 'money game' yang dikenali sebagai  ‘JJ Poor to Rich’ (JJPTR), melaporkan kerugian RM500 juta secara tiba-tiba dan bakal gulung tikar hanya dengan membuat pengakuan di laman Facebook, lebih banyak lagi serupa skim forex telah didedahkan yang membimbangkan lagi adalah kerugian pelabur yang telah mencapai hingga berbilion ringgit.

Setelah diberi janji-janji manis dengan pulangan yang lumayan pada setiap bulan tetapi rata-rata telah mengadu yang mereka menerima bayaran untuk beberapa bulan pertama dan sejak akhir-akhir ini bukan saja tidak menerima bayaran, malahan ada di antaranya telah menghilangkan diri. Di antara skim yang telah didedahkan selain daripada JJPTR adalah Change Your Life (CYL), Richway Global Venture and BTC I-system.

Bukan menuduh tetapi agak pelik apabila kebanyakan kegiatan aktiviti oleh JJPTR berlaku di kawasan taklukan DAP terutamanya di Pulau Pinang dan di  Perak dan ada juga di Kedah dan Johor. JJPTR dikendalikan oleh seorang anak muda Johnson Lee dari Georgetown.

Oleh itu, kedua-dua kepimpinan tertinggi MCA, Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalannya Datuk Seri Dr Wee Ka Siong telah mengemukakan kebimbangan ini di dalam mesyuarat kabinet menteri. Mereka menuntut agara pihak berkuasa meningkatkan lagi penguatkuasaan serta siasatan ke atas skim-skim pelaburan yang mencurigakan.

MCA juga menyarankan agar segala tipu-helah skim pelaburan ini didedahkan kepada umum agar rakyat dapat berhati-hati sebelum termakan pujuk rayu mereka mahupun tawaran-tawaran yang tidak masuk akal. Bank Negara telah pun mempunyai garis panduan yang jelas. Pulangan pelaburan yang  ditawarkan JJPTR setinggi 20% adalah tidak logik. Namun syarikat-syarikat seperti ini terus menggunakan pelbagai taktik untuk menipu rakyat untuk mempercayai skim cepat kaya mereka.

Samada benar atau tidak, satu laman web berbahasa cina telah mengaitkan JJPTR dengan Lim Guan Eng ... DI SINI, di mana dikatakan kegiatan 'wang haram' disalurkan ke Taiwan melalui satu lagi syarikat iaitu MBI dan pemiliknya Teddy Teow. Walau apa pun ini perlu diberi perhatian dan perlu disiasat oleh pihak berkuasa.



No comments: