Tuesday, April 18, 2017

PEMBAHARUAN KLASIFIKASI LESEN TEKSI, RAMAI BERPUAS HATI DENGAN CADANGAN SPAD


Dengan pengumuman pihak SPAD untuk mengklasifikasikan lesen teksi dari 5 yang sebelum ini untuk teksi-teksi airport, bajet, eksekutif, premier dan 1Malaysia sekarang diklasifikasikan kepada 3 kategori iaitu teksi, kereta sewa dan limosin sahaja. Ini bermakna kadar tambang juga akan semakin jelas dan lebih mudah dikendalikan oleh pihak operator dan pemandu manakala pihak penumpang pula pasti tidak keliru.

Pada masa yang sama, pihak SPAD juga telah memberi perhatian kepada kereta sewa yang merangkumi perkhidmatan popular terkini seperti Uber dan GrabCar. Bermula Mac 31 ini, klasifikasi lesen teksi baru ini terpakai secara rasminya selepas tempuh 10 tahun dan kini mereka boleh memilih untuk dikategorikan di bawah teksi, kereta sewa ataupun limosin.

Bagi pihak syarikat operator pula, apabila hayat kenderaan telah mencapai 10 tahun ataupun lebih, terpulang kepada mereka untuk memilih mana-mana kategori di dalam tempuh 6 bulan dari sekarang. Ini adalah salah satu matlamat SPAD untuk melihat proses migrasi teksi berjalan lancar.

Pada masa lalu, SPAD mendapati oleh kerana terlalu banyak kategori di bawah teksi sehingga mengelirukan ramai pihak, namun bagi yang masih memegang lesen teksi di dalam kategori lama, mereka masih boleh meneruskan tetapi ketika memperbaharui lesen baru, pihak SPAD tidak akan meneruskan kategori yang lama tetapi dengan kategori baru.

Pihak SPAD memberi kelonggaran kepada syarikat-syarikat operator yang mempunyai kenderaan 3 tahun ke bawah kerana memahami kos yang agak tinggi dan membebankan jika digesa untuk mengikuti kategori baru dan mereka dibenarkan meneruskan skim yang lama.

Program ini juga bertujuan untuk berlaku adil kepada semua pihak yang terlibat yang mampu memberi manfaat kepada pemandu, syarikat operator dan juga penumpang.

Kejayaan pihak SPAD untuk meklasifikasikan lesen teksi mendapat pujian dari Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai kerana mampu mengatasi masalah asas yang dihadapi industri penting pengangkutan awam darat. Pujian ini sepertimana yang ditulis sendiri oleh Menteri bertajuk "Walking on The Edge", program mitigasi SPAD ini diwujudkan untuk membantu pemandu teksi agar mereka tidak lagi bergantung kepada sistem pajak yang selama ini menelan sebahagian besar pendapatan mereka.

Program mitigasi SPAD ini juga mampu menggalakkan e-hailing yang telah pun diperkenalkan untuk pemandu teksi dalam memberi perkhidmatan yang lebih selamat dan terbaik untuk penumpang mereka nanti.

 

No comments: