Friday, May 12, 2017

DATUK WEE : PENGECUALIAN DASAR KABOTAJ, BUKTI KERAJAAN BN SENTIASA PRIHATIN TANPA DISKRIMINASI


Timbalan Presiden MCA dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Wee Ka Siong yang bertanggungjawab ke atas portfolion perusahaan kecil dan sederhana (PKS) juga sentiasa berhadapan dengan persoalan polisi kabotaj negara ketika menghadiri sesi dialog dan juga mesyuarat dengan mereka.

Memandangkan isu ini memberi rasa tidak selesa kepada pengusaha PKS, maka beliau telah mengemukakannya kepada Menteri Pengangkutan yang juga Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Dengan pengumuman yang telah dibuat PM Najib Razak untuk pengecualian polisi kabotaj ini, bagi Datuk Wee ini menunjukkan yang kerajaan BN hari ini bersedia mendengar keluhan rakyat dan seterusnya bertindak. Tindakan pengecualian polisi kabotaj ini bukan untuk populariti tetapi untuk memberi keselesaan yang selama ini tidak berani dilakukan oleh Perdana Menteri yang lain teramsuklah Dr Mahathir sendiri.

Polisi kabotaj ini dikecualikan setelah lebih 30 tahun dikenakan ke atas operasi perkapalan kargo di Sabah, Sarawak dan Labuan. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerajaan telah meliberalisasikan sektor ini dan dengan pengumuman PM Najib, ia merupakan satu langkah utama dalam proses liberalisasi.

Dasar kabotaj menghendaki semua pengangkutan domestik barangan dikendalikan oleh kapal Malaysia di mana barangan ke Sabah dan Sarawak perlu melalui Port Klang terlebih dahulu dan dengan ini mengakibatkan peningkatan kos pengangkutan. Dengan pengecualian dasar kabotaj ini membolehkan kapal untuk terus secara langsung berlabuh di pelabuhan Sabah dan juga Sarawak.

Bagi Datuk Liow pula pepelasan dasar kabotaj ini adalah satu usaha kerajaan didalam mengatasi kos sara hidup yang semakin meningkat dan seterusnya mampu untuk memperbaiki kehidupan rakyat terutamanya di Sabah, Sarawak dan juga Labuan. Penerimaan yang sangat baik daripada rakyat Malaysia Timur yang telah sekian lama menyalahkan dasar kabotaj yang mengakibatkan perbezaan harga di antara Semenanjung dan di pulau borneo ini.

Manakan tidak, kini pengecualian kabtoja akan meliputi penghantaran barangan antara mana-mana pelabuhan di Semenanjung dan mana-mana pelabuhan di Sabah, Sarawak dan Labuan, antara pelabuhan di Sabah dan antara pelabuhan dalam Sarawak. Pengecualian ini tidak menjejaskan perkhidmatan selain daripada pengangkutan barang.

Walaupun dasar kabotaj telah sering dipersalahkan kerana kenaikan kos barangan pengguna di Sabah, Sarawak dan Labuan, ini telah terbukti tidak benar oleh kajian Perancang Ekonomi Bank Unit-Dunia mengenai Port Strategi Nasional pada 2016.

Sekali gus membuktikan yang kerajaan Barisan Nasional sememangnya memberi perhatian terhadap kebajikan semua rakyat Malaysia yang tidak akan mengecualikan rakyat di Sabah, Sarawak dan Labuan dan kepentingan mereka sama juga dengan kawasan lain di Malaysia.


No comments: