Friday, May 26, 2017

MCA : DAP INGIN BERTAUBAT TETAPI SEKADAR DI MULUT SAJA


Pada hari Thaipusam lalu, Kit Siang telah menyeru agar menghindari budaya politik kebencian, politik penipuan dan juga politik menakut-nakutkan di dalam berkempen untuk pilihanraya umum akan datang nanti tetapi persoalannya apakah ia benar-benar mampu dilakukan Kit Siang dan juga DAP? Pada masa sama, tanpa disedari Kit Siang, ini telah jelas menunjukkan bahawa DAP selama ini terpaksa melakukan pembohongan, kebencian dan hasutan untuk meraih undi terutamanya di kalangan bangsa Cina.

Budaya politik kebencian, pembohongan dan hasutan dari DAP tidak terhenti untuk menjatuhkan lawannya terutama MCA dan parti-parti komponen Barisan Nasional yang lain, mereka sebenarnya adalah juga pencetus perkauman dan pemusnah keharmonian di negara ini sejak sebelum merdeka lagi. Sejarah tidak menipu dengan punca tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Walaupun DAP telah bergabung dengan PPBM, namun provokasi sentimen perkauman tetap diteruskan. Ini terserlah di dalam pandangan dan kata-kata mereka di dalam lawatan Perdana Menteri DS Najib yang telah membawa kejayaan pembiayaan projek-projek pelaburan di Malaysia dari Republik China. DAP dan PPBM sangat kuat mengkritik dan mengaitkannya dengan politik kebencian dan sentimen perkauman sehinggakan menuduh usaha kerajaan ini untuk menjual negara.

Inilah di antara contoh yang menunjukkan bahawa Pakatan Harapan adalah penyebab sebenar sentimen perkauman dan perosak keharmonian kaum di negara.

Di dalam gerakan terdesak Kit Siang dan DAP untuk mensucikan imej mereka, MCA telah mendapati mereka tidak mampu berbuat demikian apabila di dalam masa 48 jam dari seruan mereka, DAP telah kembali kepada politik kebencian dan menghasut yang terlalu sebati dengan mereka selama ini. Poster yang telah diubah di mana Ceramah Rakyat BN di Seberang Jaya Pulau Pinang dengan menambah logo PAS telah diedarkan. Niat jahat mereka adalah cubaan untuk memfitnah pemimpin-pemimpin BN yang kononnya sepentas dengan PAS dan sekali gus bertujuan untuk menuduh yang BN dan MCA telah menerima PAS sebagai sekutu politik.

Hakikatnya, walaupun DAP telah lebih awal memutuskan hubungan politik dengan PAS, mereka tetap bekerjasama di Selangor dan tidak pula bersungguh-sungguh untuk memecat 3 exco PAS di dalam pentadbiran kerajaan negeri itu. Untuk menutup kegagalan mereka di dalam Pakatan Harapan, DAP terpaksa menyerang MCA dengan pelbagai tuduhan dan pembohongan.

Percayalah yang DAP tidak akan mampu untuk merubah tabiat lama yang telah bertapak dan berakar-umbi. Segala permohonan maaf, ikrar atau janji mereka untuk tidak mengulangi politik hasutan, pembohongan, cercaan, kebencian dan perkauman hanyalah satu pembohongan semata-mata. Kononnya di dalam meraih simpati pengundi nanti, DAP akan mengutamakan integriti, mencari kebenaran, keamanan dan keharmonian juga satu tawaran palsu di mana ia hanya satu taktik kotor politik mereka di dalam menyembunyikan imej perkauman mereka.

Hanya satu cara saja untuk menamatkan politik kotor DAP ini. Rakyat perlu menolak daripada mengundi Pakatan Harapan kerana sekiranya mereka diberi sokongan, politik negara yang menghendaki kesederhaaan dalam semua aspek terutamanya apabila menyentuh perpaduan kaum, pasti akan terus gagal. Walau siapa pun di antara pemimpin DAP yang ingin bertaubat, ia sekadar mulut manis yang berbisa penuh dengan janji palsu.

 

No comments: