Tuesday, June 20, 2017

SYED HAMID TELAH MELETAKKAN PENGANGKUTAN AWAM DARAT NEGARA DIIKTIRAF DUNIA... TERIMA KASIH TAN SRI


Selama 7 tahun diberi amanah untuk menerajui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) oleh Perdana Menteri YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak sebagai Pengerusi, selama itu juga blog ini berkesempatan menulis, mengenali dan mendekati Tan Sri Dato' Seri Dr Syed Hamid Syed Jaafar Albar (TSSH).

Cuba mengenali TSSH secara dekat, blog ini menulis mengenainya dalam artikel ... TAN SRI SYED HAMID ALBAR - PENDEKATAN PENGERUSI SPAD BERJIWA RAKYAT, maka sememang selayaknya beliau dilantik untuk menerajui SPAD. Di antara kenyataan yang tersemat sehingga kini adalah;

"Bagaimanapun saya seronok berinteraksi dengan orang awam. Ia bukan kerana wang, tetapi bagaimana kita dapat berkhidmat kepada masyarakat. Yang paling penting, apabila negara maju, kita dapat merasakan apa yang telah kita sumbangkan, walaupun sedikit."

Yang pasti, sejak TSSH diletakkan sebagai Pengerusi SPAD, pengangkutan awam darat telah mendapat perhatian utama rakyat dan pengangkutan negara kita juga telah mendapat liputan luas di persada antarabangsa. Sememangnya pada awalnya pengangkutan awam dipandang negatif keseluruhannya sehinggakan industri teksi diletak sebagai perkhidmatan di antara yang terburuk di dunia. Itulah di antara cabaran utama TSSH.

Namun apa saja yang bersangkut-paut dengan kepentingan rakyat, pasti ada pihak yang cuba mengambil kesempatan terutamanya di pihak parti politik pembangkang. Oleh kerana pengalaman politik TSSH yang luas, beliau yang pada mulanya mula diserang bertalu-talu, kini di pihak pembangkang terpaksa menelan segala tuduhan negatif terhadap usaha kerajaan melalui SPAD.

Jika hendak dikira jasa dan sumbangan TSSH daripada perancangan transformasi industri pengangkutan awam sehingga kini telah mampu diiktiraf oleh dunia dalam masa hanya 7 tahun, cukuplah sekadar dilihat dari penghargaan dari pihak SPAD kepadanya seperti berikut;


KENYATAAN MEDIA

SPAD MERAKAMKAN PENGHARGAAN KEPADA YBHG TAN SRI DATO' SERI DR. SYED HAMID SYED JAAFAR ALBAR ATAS SUMBANGAN DI DALAM PENGANGKUTAN AWAM DARAT

Kuala Lumpur, 8 Jun 2017 – Anggota Suruhanjaya, pengurusan dan kakitangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin merakamkan penghargaan yang tertinggi kepada YBhg Tan Sri Dato' Seri Dr. Syed Hamid Syed Jaafar Albar, atas kepimpinan beliau selama tujuh tahun yang telah menjadikan SPAD sebagai agensi utama bagi menyelaraskan perancangan pengangkutan awam darat.

Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid Albar bersara sebagai Pengerusi berkuatkuasa pada 3 Jun 2017.

Sejak pelantikan beliau oleh Perdana Menteri YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak sebagai Pengerusi SPAD pada Jun 2010, Tan Sri Syed Hamid Albar telah menerajui perjalanan SPAD bagi melaksanakan transformasi di dalam industri pengangkutan awam darat, satu agenda kritikal di bawah Program Transformasi Nasional.

Di bawah kepimpinan beliau, SPAD telah berjaya membangunkan dan melancarkan Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara (NLPTMP) dan
Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang pada tahun 2013. Kedua-dua rancangan induk ini menjadi garis panduan kepada pelaksanaan pelbagai inisiatif seperti dasar-dasar peringkat makro, strategi dan perancangan, termasuk pelaburan infrastruktur utama serta perubahan-perubahan pengawal seliaan dan dasar bagi 20 tahun yang akan datang.

Di bawah kempimpinan Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid, pelbagai langkah transformasi bagi industri telah dilancarkan seperti Dana Sokongan Sementara Bas Berhenti-henti, Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti, penyiapan Projek Penyambungan Landasan LRT (LEP), pengoperasian Fasa 1 bagi MRT 1 dan Program Transformasi Industri Teksi.

"Sejak dari awal lagi, Tan Sri Syed Hamid telah memainkan peranan yang penting di dalam transformasi industri pengangkutan awam darat. Pengalaman
dan kepimpinan beliau telah meletakkan Suruhanjaya di kedudukan yang kukuh untuk menghadapi sebarang cabaran baru yang akan datang," kata Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah.

 

Selamat bersara Tan Sri Syed Hamid. Semoga apa yang telah ditinggalkan akan dijadikan panduan kepada pengurusan yang ada hari ini dan dapat diteruskan segala tunjuk ajar, kebijaksanaan beliau menyelesaikan sesuatu isu dan panduan beliau yang sangat bernilai ini.

Sememangnya persaraan TSSH ini akan dirasai dan terkesan terutamanya mereka-mereka dari industri teksi dan juga bas kerana bukan saja banyak isu dapat diselesaikan dengan baik malahan kebajikan dan masa depan industri ini terus dapat bernafas dan diperbaiki.

Terima kasih TSSH, jasamu tetap disanjung, dihargai dan dikenang oleh kami penggiat sosial media kerana telah memberi peluang yang berharga berkongsi pengetahun kepada pembaca kami mengenai pengangkutan awam darat.

No comments: