Sunday, September 17, 2017

KERETAPI BERKELAJUAN TINGGI (HSR) KL-SINGAPURA MENGHAMPIRI PERLAKSANAANNYA


Sesiapa pun tidak akan dapat menafikan jika sesebuah negara itu berhasrat untuk menuju ke arah sebuah negara maju, maka perhubungan masyarakat perlulah cekap dan pantas. Oleh kerana infrastruktur jalanraya telah disediakan, namun ia tidak mampu memperkemas dan mempercepatkan perjalanan di darat memandangkan lebuhraya yang disediakan pun mengalami kesesakan.

Justeru, kerajaan di bawah kepimpinan PM Najib Razak telah merancang pelan transformasi pengangkutan awam darat dan hubungan melalui rel adalah tumpuan beliau. Jika dilihat bagaimana negara maju di Asia seperti China, Korea Selatan dan Jepun melalui transformasinya, hubungan rel telah diutamakan. Perhubungan melalui rel bukan saja mampu mengelak kesesakan jalanraya, malahan hubungan di pendalaman juga mampu dihubungi.

Selepas MRT fasa 1 di antara Sungai Buloh dan Kajang dilancarkan, disusuli dengan pelancaran ECRL yang menghubungi kawasan Lembah Kelang dengan kawasan-kawasan di pantai timur yang meliputi Pahang, Terengganu dan Kelantan. Kini perancangan kerajaan meneruskan pula Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) di antara Kuala Lumpur-Singapura perlu diteruskan. Mengapa?

Menurut kajian SPAD, CEO Mohd Azharuddin Mat Sah yakin yang projek mega ini mampu menyumbang pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM21 bilion kepada Malaysia dan Singapura selain mewujudkan 111,000 peluang pekerjaan apabila projek ini dijangka siap pada tahun 2060. Dalam kata lain, HSR mampu memberi manfaat sosio-ekonomi  kepada kedua-dua negara, Malaysia dan Singapura.

Sepertimana kesan yang mampu dibawa oleh ECRL, HSR KL-Singapura juga mampu membawa perubahan ketara di kawasan-kawasan terpencil di sepanjang laluannya seperti kata beliau, "HSR KL-Singapura adalah pembawa perubahan dan ia akan menarik kawasan yang terpencil dengan lebih dekat, memacu pertumbuhan dan pembangunan  serta membantu bandar-bandar di sepanjang laluan selain membuka potensi yang tersembunyi dengan menjadikannya dapat diakses, bukan hanya kepada  pelancong, tetapi juga kepada pekerja dan pelabur".

Di samping itu, projek HSR ini juga mampu memberi kelegaan kepada pengguna yang bukan saja terdiri daripada rakyat Malaysia dan Singapura, ia juga termasuk warga asing di sempadan Johor-Singapura yang melalui Tambak Johor apabila selama ini kita sering menyaksikan kesesakan di antara pusat pemeriksaan. Berdasarkan kepada jumlah bas dan penerbangan yang merentasi sempadan antara kedua-dua bandar, permintaan untuk perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapura dan ini adalah petunjuk nyata yang aktiviti ekonomi di sepanjang laluan sangat menggalakkan.

Maka, HSR mampu menawarkan pilihan yang kompetitif yang bukan saja mampu menjimatkan masa malahan ia akan mampu membawa kepada banyak peluang lain.

Sebelum perjanjian dua hala bagi projek Rapid Transit System yang menghubungkan Johor Bahru dan Woodlands ditandatangani oleh kedua-dua negara di antara Malaysia dan Singapura pada Disember ini, HSR telah berjaya dalam taklimat pertamanya yang telah diadakan pada 5 Julai lalu yang melibatkan MyHSR Corp Sdn Bhd dan LTA. Taklimat kedua pula akan menyusur sebagai persediaan tender merangkumi aspek teknikal, komersial dan tadbir urus projek termasuklah yang paling utama, aspek keselamatan.

Maka apakah usaha kerajaan di bawah kepimpinan PM Najib Razak ini perlu digagalkan? 
 

No comments: