Monday, October 30, 2017

BAJET 2018 : SPAD PASTIKAN PENGANGKUTAN AWAM KEKAL PILIHAN UTAMA RAKYAT


Pengangkutan awam kekal sebagai agenda utama dalam Bajet 2018 dan ada satu lagi aspek utama yang dipertanggungjawabkan kepada SPAD, iaitu rancangan kerajaan untuk menubuhkan Pusat Kecemerlangan Rel Negara dalam membentuk tenaga kerja mahir untuk industri rel. 

Pusat ini akan diselia SPAD dalam mempersiapkan tenaga kerja bertauliah dan mengenalpasi serta terlibat dalam melatih mereka.

Dalam pada itu, Malaysia Rail Link Sdn Bhd, milik Ministry of Finance Inc, akan bekerjasama dengan universiti-universiti awam untuk melatih sehingga 3,000 profesional untuk projek Landasan Kereta Api Pantai Timur yang bakal siap pada 2025, dua tahun lebih awal dari dirancangkan. 

Penyiapan lebih awal projek Transit Aliran Massa 3 (MRT 3) secara berfasa pada 2025 ini amat penting dalam usaha suruhanjaya untuk mencapai sasaran perkongsian modus 40 peratus di kawasan bandar menjelang 2030.

Di dalam kenyataan rasminya, Bajet 2018 pada Jumaat lepas jelas menjadikan industri rel sebagai satu industri utama di masa hadapan sekaligus menarik lebih ramai pelajar memilih bidang Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Di samping itu, Bajet 2018 telah memperuntukkan sebanyak RM45 juta dalam inisiatif berasaskan teknologi untuk meminimumkan kemalangan yang berpunca dari kesilapan dan kecuaian manusia terutamanya di kalangan pemandu bas ekspres.

Industri teksi juga diberi penekanan di dalam Bajet 2018 apabila geran kerajaan diperluaskan sebanyak RM5,000 kepada pemandu teksi yang layak untuk mereka beralih kepada sistem e-hailing. 

SPAD memberi gambaran yang langkah dari kerajaan ini mampu menjayakan usaha SPAD untuk mencapai sasaran 40 peratus modal pengangkutan rakyat di kawasan bandar menjelang 2030 nanti dan seterusnya memenuhi aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Sekali gus, ini membuktikan Bajet 2018 memenuhi tuntutan sosial dari sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan berpaksikan kepentingan, kemudahan dan keselesaan rakyat.

No comments: