Tuesday, October 24, 2017

MESEJ PM NAJIB KEPADA BELIA CINA DALAM DIALOG TN50 ANJURAN MCA



Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai pernah menyeru agar golongan belia Cina aktif dan lebih agresif dalam menyertai dialog Transformasi Negara 50 (TN50). Ini adalah kerana didapati penyertaan mereka didapati sangat berkurangan dan peluang untuk mereka memberikan pandangan dan cadangan terhadap pembangunan negara dalam tempoh 30 tahun akan datang, pasti akan ketinggalan nanti.

Justeru, pertubuhan belia Cina seperti Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM) seharusnya menggalakkan ahlinya secara ramai-ramai menyertai pentas yang penting seperti dialog TN50 ini di mana mereka boleh mendekati golongan pelajar sekali gus mendapatkan pandangan daripada mereka di universiti dan juga kolej tempatan.

Dengan kesungguhan Presiden MCA ini, akhirnya satu sesi dialog khusus Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah berjaya dianjurkan bersempena Persidangan Belia Cina Malaysia di Wisma Huazong, Serdang. Beberapa mesej penting telah disampaikan oleh PM Najib khusus untuk masyarakat Cina terutamanya di kalangan belia.

Bagi PM Najib, Malaysia telah melalui pelbagai ujian terutama sekali untuk mengekalkan keharmonian kaum. Dalam menunaikan permintaan untuk membina lebih banyak SJKC, PM Najib juga inginkan Bahasa Melayu diberi keutamaan. Ini memandangkan Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan negara dan mampu meningkat serta mengekalkan perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Selain daripada bahasa, PM Najib yakin rakyat dari pelbagai latarbelakang bahasa dan bangsa akan dapat bersatu dengan kebersamaan dalam bidang lain terutamanya dalam sukan dan bidang ini perlu diperbanyakkan lagi. Lebih mustahak apabila rakyat Malaysia sedaya mungkin cuba elakkan perbezaan pandangan dan jauhi dari menyentuh isu-isu sensitif yang mampu menggangu-gugat keharmonian kaum.

Di dalam menangangi kos perbelanjaan rakyat yang meningkat, PM Najib tegas memaklumkan yang kerajaan amat prihatin dan oleh kerana itu, di antara langkah yang diambil kerajaan kepimpinan beliau adalah pelaksanaan meningkatkan tanggagaji pekerja minima ke RM1,800. Pihak kerajaan juga sangat menggalakkan syarikat-syarikat swasta memberi perhatian memperuntukkan keuntungan syarikat bagi meningkatkan pendapatan pekerja mereka.

Kebanyakan masyarakat Cina dari mudanya sangat berminat dalam bidang perniagaan walaupun secara kecil-kecilan. Oleh itu, kerajaan sistem kewangan mikrokredit akan diberi perhatian lebih dan diwujudkan dengan lebih banyak agar mereka tidak lagi bergantung kepada peminjam haram atau 'ah long'.

Namun segala usaha kerajaan ini tidak akan berjaya selagi rakyat tidak diberi penjelasan seluas-luasnya termasuklah pengetahuan pengurusan kewangan yang mantap. Lebih banyak inisiatif dari kerajaan untuk rakyat akan dibentang dalam Bajet 2018 nanti.

PM Najib juga mengingatkan segala yang telah dilakukan dengan jayanya oleh nenek-moyang kita terdahulu sehingga membawa negara ke landasan negara yang pesat membangun, jangan dimusnahkan dengan janji-janji palsu pembangkang. Paling penting adalah kerjasama semua. Oleh itu, kerajaan kepimpinannya tidak sekali-kali mengkhianati usaha mereka dan sentiasa menegakkan keseimbangan, kesederhanaan, keharmonian dan juga bertolak ansur.

Sebagaimana yang dipilih PM Najib untuk bersahabat dan tidak gemar bermusuh dapat dilihat dengan kunjungannya menemui Presiden Cina dan Presiden Amerika serta lawatan kunjunan ke Malaysia oleh Raja Arab dan Perdana Menteri India, akhirnya semua itu akan memberi manfaat ke rakyat. Masyarakat  Cina di Malaysia perlu yakin yang kepimpinan PM Najib akan meneruskan polisi keharmonian masyarakat dan bersatu sebagaimana kempen MCA yang berpegang kepada STRONGER TOGETHER!

No comments: