Tuesday, November 28, 2017

KONVENSYEN KHAS PENERANGAN UMNO DI PAU2017 UNTUK HADAPI PRU 14


Setiap kali Perhimpunan Agung UMNO, acara biasa diatur bermula dengan mesyuarat sayap-sayap UMNO seingga ke acara kemuncaknya perhimpunan UMNO. Buat pertama kali sempena PAU2017 yang bakal berlangsung pada 5 Disember ini, pada ari pertama, satu konvensyen khas akan diadakan bersama lebih 5,000 jentera penerangan UMNO seluruh negara bagi memantapkan lagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14).

Pengumuman ini dibuat Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa. Konvensyen khas ini akan dirasmikan Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada sebelah pagi dan pada petangnya pula, jentera penerangan akan mendengar pula amanat Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.

Di antara yang akan menyertai konvensyen khas ini terdiri daripada tenaga kerja parti dari peringkat akar umbi termasuk pemimpin-pemimpin biro politik.

Pada masa yang sama, UMNO tela menggerakkan lebi daripada 133,580 jentera penerangan yang terdiri daripada 21,942 ketua penerangan di peringkat bahagian, 21,730 ketua penerangan sayap wanita; 15,600 ketua penerangan pemuda; 6,699 ketua penerangan puteri serta setiausaha dan jawatankuasa biro-biro di peringkat akar umbi.

Setakat hari ini sebanyak 1,000 pemacu USB yang memuatkan 25 video klip pendek mengenai perjuangan UMNO diedarkan kepada semua bahagian untuk persediaan program penerangan mereka samada dalam bentuk ceramah mahupun sesi dialog di peringkat akar umbi. Walaubagaimanapun, program 'Perjuangan For All' akan tetap diberi tumpuan dan sehingga kini sebanyak 17 siri telah diadakan termasuklah program dalam talian 'Anda Tanya, Kita Jawab' menerusi portal UMNO online.

Di antara lain, jelajah 'Mobile LED' juga akan diperkenalkan yang merupakan satu lagi aktiviti yang boleh diadakan secara santai dan fleksibel di mana sahaja dengan menggunakan trak sebagai pentas.

Justeru itu, Tan Sri Annuar Musa bertegas agar jentera penerangan UMNO lebih kreatif dalam pendekatan mereka dan tidak hanya menumpukan sepenuhnya kepada siri ceramah tetapi mengadakan program yang mampu menarik minat rakyat. Yang penting, jentera penerangan UMNO akan membentuk satu gelombang jihad kebenaran memerangi politik fitnah, kebencian dan pecah belah yang dilancarkan musuh-musuh politik.

Konvensyen Peneranan UMNO yang pertama kali diadakan khas ketika Perhimpunan Agung UMNO nanti, adala satu 'kick-off' bagi menguatkan lagi saf hadapan jentera penerangan UMNO selain daripada membentuk mood siapsiaga dari segi mentalitinya untuk MENANG dalam menempuh PRU14 akan datang nanti, selain daripada persediaan rapi dan bersistematik yang dilaksanakan.

Selamat berkonvensyen kepada semua Jentera Penerangan UMNO di PAU2017 nanti.

No comments: