Saturday, December 09, 2017

MCA YAKIN UMNO TERUS MENERAJUI BARISAN NASIONAL


Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, parti komponen kedua terbesar Barisan Nasional, berpandangan yang ucapan Dasar Presiden UMNO mencerminkan betapa beliau  mementingkan masa depan negara dan perpaduan rakyat Malaysia. Sekali gus yakin yang UMNO mampu untuk bangkit dan meraih sokongan kaum Cina pada PRU14 nanti dan akan terus mampu memimpin komponen yang lain dalam mentadbir dan memacu kejayaan Malaysia.

Sejak dari Perikatan dan kini Barisan Nasional, UMNO telah mengepalai gabungan parti-parti komponen di bawah naungannya dan sejak itu pelbagai tohmahan dan hasutan agar parti-parti komponen Barisan Nasional mengkhianati UMNO dan meninggalkan mereka keseorangan. Namun, di atas sifat yakin dengan kepimpinan PM Najib Razak yang dilihat mampu menerajui negara yang mempunyai pelbagai latarbelakang bangsa, kebudayaan dan ugama, UMNO terus diberi mandat mengetuai Barisan Nasional.

UMNO diberi kepercayaan menerajui BN oleh kesemua bukan saja kerana ahlinya yang begitu ramai tetapi corak kebijaksanaan kepimpinan Presidennya DS Najib Razak yang telah berjaya menangani kemelut dalaman UMNO dan 2 Perhimpunan Agong UMNO yang lalu, terserlah perpaduan dan sokongan dari semua peringkat dan bahagian di seluruh negara.

Semua yang berlaku di dalam UMNO pasti akan mendapat perhatian bukan saja dari pihak lawan, malahan ia dijadikan ukuran kekuatan Barisan Nasional oleh parti-parti komponen lain. Lebih penting, segala tutur ayat ucapan Presidennya akan pasti dinilai samada apakah UMNO layak diberikan mandat sekali lagi menerajui Barisan Nasional.

Justeru di dalam ucapan dasar Presiden UMNO, DS Najib pada awalnya menegaskan yang beliau bukan sekadar berucap sebagai Presiden UMNO atau Barisan Nasional, malahan intipati ucapannya adalah berlandaskan tanggungjawab dan tugas beliau as a Chief to the nation and taking the interest of 32 million Malaysians.

DS Najib telah menegaskan yang selagi UMNO adalah tunjang kepada kerajaan Barisan Nasional, kepentingan seluruh lapisan rakyat tanpa mengira bangsa, ugama dan budaya akan dikekalkan dan terus mendapat perhatian. Di antara lain, kaum Cina turut disalurkan peruntukan dalam pendidikan serta manfaat daripada pelbagai pinjaman perniagaan serta pengurangan cukai.

Manakala untuk pertama kalinya, masa depan kaum India telah termaktub di dalam 'Malaysian Indian Blueprint' di mana penekanan khusus ke atas sosio-ekonomi kaum India dirancang dan dilaksanakan dengan cara yang lebih komprehensif. Begitu juga dengan nasib rakyat di Sabah dan Sarawak, mereka akan lebih menikmati infrastruktur asas yang dapat membantu meningkatkan kualiti dan kesejahteraan hidup.

Ucapan yang bersemangat mencerminkan seorang negarawan, Datuk Liow melihat ucapan Presiden UMNO yang mementingkan negara untuk masa depan rakyat sebagai ucapan yang cukup baik dan komprehensif di dalam memberi semangat yang baru bukan saja untuk ahli-ahli UMNO malahan ia juga penting untuk parti komponen BN. Justeru MCA telah bersiap sedia untuk berperang PRU akan datang.

Di antara persediaannya, MCA sentiasa turun padang dan pastikan calon yang dikemukakan MCA nanti adalah calon yang disukai rakyat.

UMNO sememangnya komited memperjuangkan nasib bangsa Melayu dan Bumiputera, pada masa sama tidak pernah meminggirkan kaum lain malah agenda pembangunan turut merangkumi semua kaum, termasuk kaum minoriti di Sabah dan Sarawak. Kesemua pemimpin parti-parti komponen di Sarawak juga turut yakin dengan kepimpinan DS Najib dan UMNO sebagai tunjang BN yang jelas tidak pernah meminggirkan mana-mana suku kaum.

Oleh yang demikian, tidak ada sebab mengapa parti-parti komponen BN lain perlu meninggalkan UMNO keseorangan dalam berhadapan pembangkang di dalam PRU14 nanti. Walaupun mereka pernah dipelawa dan dihasut, apa yang sedang berlaku di dalam Pakatan Harapan hanyalah satu wayang dan menyokong Pakatan Harapan samalah seperti membawa negara ini ke era zaman Mahathir yang ternyata sangat berkuku-besi dan akhirnya Malaysia dan rakyat akan kekal di bawah pemerintahan kuno kuku besi.

No comments: