Tuesday, September 19, 2017

KEMPEN PRU14 UNTUK DAP DARI RAKYAT PULAU PINANG... JIKA DAP MENANG, RAKYAT AKAN BERENANG!


Memberi respon yang tidak bertanggungjawab ke atas banjir yang sedang teruk melanda Pulau Pinang, telah mencukupi untuk menggambarkan sikap sebenar Lim Guan Eng sebagai seorang pembohong tegar dan juga sengaja memperbodohkan dirinya sendiri.

Mencari alasan dengan menyalahkan keadaan cuaca yang jika tiada hujan maka Pulau Pinang tidak akan dilanda banjir, ia hanyalah satu helah mudah dan dengan itu, Guan Eng tidak lagi layak berada di kerusi Ketua Menteri lagi.

Helah yang agak lucu ini dengan mudah ditepis apabila hakikatnya ia berpunca dari betapa tidak cekapnya kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah DAP untuk membina sistem tebatan banjir dan ditambah dengan kerakusan pembotakan kawasan bukit serta projek-projek lereng bukit yang diluluskan dengan sewenang-wenangnya.

Kali ini dilapoorkan yang lebih dari 100 kawasan yang terlibat dan ia seperti satu malapetaka yang sering berlaku di Pulau Pinang sejak beberapa tahun yang lalu semenjak penerokaan haram di Bukit Relau atau terkenal dengan panggilan Bukit Botak di kalangan rakyat Pulau Pinang.

Bagi MCA Pulau Pinang, keadaan banjir menjadi bertambah buruk tetapi Guan Eng tetap memilih untuk bersikap menggelak diri dan kini memilih untuk meletakkan kesalahan kepada cuaca setelah tuduhan untuk salahkan kerajaan pusat di bawah Barisan Nasional telah ternyata gagal dan dibuktikan peruntukan berjuta Ringgit telah disalurkan kepada mereka.

Sedangkan sebenarnya alasan ini adalah semata-mata untuk mengelak dari bertanggungjawab dan terus dipersoalkan oleh rakyat peruntukan kerajaan pusat.

Jika ada yang telah terlupa terutamanya rakyat Pulau Pinang, sebelum berjaya menakluki kerajaan negeri di PRU12, ketika berkempen, mereka dengan bongkaknya mendakwa yang DAP pasti mampu menyelesaikan masalah banjir dalam tempuh satu penggal sahaja. Yang pasti, ini hanyalah untuk memancing undi pengundi Pulau Pinang.

Lebih mendangkalkan lagi apabila DAP dengan mudah menuduh banjir yang berlaku di negeri Pahang adalah kerana kerajaan negeri itu mengamalkan rasuah sehingga menyebabkan urusan pembinaan tebatan banjir tidak lakukan dengan baik.

Namun kini Pahang telah mengatasi keadaan banjir dengan baik sekali dan tidak seperti Pulau Piang, walaupun telah lebih dari 10 tahun Guan Eng dan DAP mentadbir negeri itu,  bukan saja keadaan banjir sering berlaku malahan malapetaka ini semakin teruk.

Bagi MCA, jika mengikut logik yang diberi DAP terhadap kerajaan negeri Pahang, apakah kerajaan Pulau Pinang di bawah pentadbiran DAP sedang bergelumang dengan rasuah and disebabkan itu maka gagal membina tebatan banjir maka banjir pun berlaku?

Bukan saja Guan Eng cuba mengelak dari bertanggungjawab tetapi nampaknya beliau juga seorang manusia yang tidak langsung mempunyai perasaan simpati dan prihatin terhadap sengsara dan kesusahan rakyat Pulau Pinang.

Bukti nyata telah dihidangkan di depan mata, namun oleh kerana sikap angkuh dan enggan menerima kelemahan kepimpinannya, ini tidak langsung dapat membantu kesengsaraan rakyat Pulau Pinang dan mengatasi bencana yang telah kerap berlaku.

Seharusnya Guan Eng lebih peka dengan rayuan rakyat Pulau Pinang dan jika tidak, selama-lamanya beliau dilihat tidak lebih dari seorang pelawak yang menyalahkan cuaca yang mengakibatkan kekerapan banjir.

Sikap daripada mengelak untuk bertanggungjawab Guan Eng ini perlu berhenti dengan segera dan juga berhenti untuk berterusan berjanji kerana kesemua janji-janji Pakatan Harapan adalah ibarat mengundang malapetaka ke dunia ini. Kini rakyat Pulau Pinang telah pun menyediakan satu slogan yang sangat tepat untuk DAP dan Guan Eng... JIKA DAP MENANG, RAKYAT AKAN BERENANG!

Monday, September 18, 2017

AZMIN TIDAK BEGITU MARAH MAT TAIB KELUAR PKR, TETAPI SESUATU TELAH TERBONGKAR


Sebenarnya Azmin tidaklah begitu marah apabila Tan Sri Muhammad Muhamad Taib atau lebih dikenali sebagai Mat Taib keluar dari PKR tetapi setelah diteliti dan diamati alasan-alasan yang diberikan beliau untuk kembali kepada UMNO, satu perkara besar yang telah didedahkan kepada umum terutamanya rakyat Selangor yang menyebabkan Azmin dan PKR Selangor begitu marah dan terkesan, adalah bahawa kerajaan yang diketuai Azmin dan PKR tidak membincangkan agenda Melayu dan Islam di dalam PKR negeri mahupun Pakatan Rakyat Selangor. 

Dalam perkataannya sendiri, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib atau lebih dikenali sebagai TS Mat Taib di kalangan rakan-rakan politiknya telah berkata;

"Hal agenda Melayu, hal agama tidak disentuh ini tidak sihat. Satu masa nanti wujud pergeseran yang kuat (akhirnya) politik dikuasai oleh orang lain". Ini telah memberi gambaran jelas yang kepentingan Melayu dan Islam bukan agenda PKR Selangor dan PR Selangor.

Oleh yang demikian agenda siapa yang Azmin, PKR dan Pakatan Rakyat utamakan selama ini jika tidak semata-mata untuk kepuasan dan kepentingan DAP sahaja. Maka, terjawablah mengapa DAP di Selangor kini tidak langsung berbunyi menentang Azmin apabila beliau mengekalkan PAS di dalam barisan exconya dan kekal bersama mentadbir Selangor bersama-sama DAP. 

Inikah perjanjian syaitan dan rahsia besar yang ada dalam pandora box yang Azmin telah buat dengan DAP agar mereka tidak membantah? Jika selama ini kita tertanya-tanya mengapa DAP tidak lagi membantah keputusan Azmin mengekalkan kerjasama dengan PAS Selangor, segalanya telah pun terjawab.

Namun segala alasan yang diberikan Azmin di akaun Twitternya yang menggambarkan TS Mat Taib sebagai surat khabar lama, jelas menunjukkan taraf alasan seorang ahli politik yang berjawatan bawahan walaupun ternyata menunjukkan kekecawaannya. Tetapi apabila TS Mat Taib dedahkan yang pentadbirannya tidak meletakkan agenda Melayu dan Islam sebagai keutamaan, apakah nada text Twitternya akan berterusan seperti kebudak-budakan yang menyerang kredibiliti TS Mat Taib?

Amat malang bagi pengundi Melayu yang terdiri daripada penyokong kuat PKR Selangor apabila kepentingan mereka dan agama mereka tidak dibincangkan dan ini menunjukkan bukan saja undi mereka diperlukan untuk mereka berkuasa, malahan membenarkan agenda "Malaysian Malaysia" DAP yang tidak mahu bangsa Melayu dan agama Islam terus diberi perlindungan dan keistimewaan.

Negeri Selangor sangat bernasib baik kerana masih di bawah naungan seorang Raja yang didaulatkan negara. Jika tidak, Azmin akan terus-terusan membiarkan Selangor menerima nasib sepertimana DAP melayan masyarakat Melayu di Pulau Pinang. Tetapi apa gunanya seorang Melayu dilantik sebagai ketua pentadbir negeri jika apa yang pernah berlaku di Perak, kini berulang di Selangor?

Bukan saja perjuangan PKR "is a waste" seperti yang diakui TS Mat Taib, malahan ia sangat merbahaya kepada masyarakat Melayu dan umat Islam apabila Azmin hanyalah seorang ketua pentadbir puppet di bawah telunjuk DAP. Apakah rakyat Selangor lupa sehinggakan Sultan Selangor telah terpaksa berkeras ke atas Sivarasa yang telah melanggar titah tuanku kerana berceramah politik di An-Nur Mosque in Kampung Melayu Subang tetapi Azmin dan PKR tidak mengambil apa-apa tindakan displin ke atas Sivarasa. 

Kesucian masjid telah dicabul dan titah Sultan telah diingkari dengan tanpa rasa bersalah sedangkan Azmin gagal bertindak tegas. Apakah ini tidak cukup membuktikan yang Azmin hanyalah seorang pupet yang dilantik Pakatan Harapan untuk berada di bawah telunjuk DAP? Apakah kini duplicate bekas MB Nizar di Perak sedang ditempah Azmin di Selangor?

Friday, September 15, 2017

MCA : PAS BUKAN "SEMAKIN BIRU", TAPI DAP YANG SEDANG BERPUTIH MATA


Dalam menutup kesilapan mereka membubarkan Pakatan Rakyat kerana konon PAS telah melanggar perjanjian untuk tidak meneruskan perlaksanaan hukum hudud dan seterusnya kini menyedari yang gabungan dalam Pakatan Harapan tidaklah sekuat mana untuk mendapatkan undi majoriti dari pengundi Melayu, DAP bukan saja terdesak malahan sedang berputih mata kerana bakal menyaksikan kekalahan yang lebih teruk dari pilihanraya umum lepas.

Sepertimana yang diulas Setiausaha Biro Keharmonian Agama MCA Chris Daniel Wong seperti berikut;

"Rata-rata penganalisa politik tanahair akan bersetuju mengatakan bahawa maruah PAS telah tercalar setelah ditikam dari belakang oleh parti DAP yang  membelakangkan perjanjian Pakatan Rakyat yang dimeterai sebelum pilihanraya ke-13 pada 2013." Ini adalah perjanjian gabungan di antara DAP, PKR dan PAS yang membenarkan PAS melaksanakan hukum hudud di Kelantan yang cuba disembunyikan DAP.

Sebaliknya, DAP telah mengecam dan menghina Presiden PAS sehingga Guan Eng juga turut menggelar Hadi Awang sebagai 'bodoh' dan 'penipu'. Kebenaran di sebalik kemuncak kemarahan DAP terhadap PAS bukanlah kerana hukum hudud tetapi telah disahkan oleh pelbagai pihak dan terkini dari kenyataan rasmi penasihat SUARAM Kua Kia Soong, di mana Hadi Awang telah memilih Azmin Ali dan bukan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid Ibrahim.

Di dalam terlalu percayakan DAP, PKR juga sekarang ini telah menyesali keputusan mereka memusuhi PAS terutama sekali Azmin dan kerajaan pimpinannya di Selangor.

Bagi Chris Daniel, DAP juga cuba berselindung yang Pakatan Harapan dan terutamanya DAP sedang terdesak apabila gagal menyekat Azmin daripada berunding dengan PAS dan kegagalan paling ketara DAP adalah apabila mereka tidak berjaya menyekat PAS dari terus berada dalam pentadbiran Selangor.

Bukan saja PKR yang bakal terkesan apabila PAS tidak bekerjasama dengan mereka, malahan DAP juga akan mendapat tempiasnya apabila PKR bakal
kehilangan beberapa kerusi tanpa sokongan jentera PAS dan terutamanya di Selangor dan Pulau Pinang.

Berkemungkinan DAP mampu mengekalkan kerusi mereka tetapi apakah angan-angan yang dijanjikan kepada masyarakat Cina untuk menawan Putrajaya mampu direalisasikan? Sekali lagi untuk entah berapa kali DAP akan membohongi masyarakat Cina yang pembangkang terutama DAP akan berjaya merampas pentadbiran negara dari Barisan Nasional.

PAS yang dikatakan semakin biru hanyalah cubaan DAP untuk memujuk masyarakat Cina agar tidak marah dengan kegagalan mereka. Pada masa yang sama, harapan DAP agar penyokong PAS akan merasa marah apabila diberi gambaran seolah-olah PAS kini adalah kuda tunggangan UMNO. Tetapi kepada mereka yang menyedari realiti politik hari ini, DAP yang sedang berputih mata apabila dengan ketegasan PAS untuk bertanding solo akan mengakibatkan calon-calon dari Pakatan Harapan terpaksa bertembung dengan PAS dan juga calon UMNO.

Justeru, apa yang berlaku di PRN Sarawak, PRU Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan tidak dapat dielakkan di mana Pakatan Harapan telah mengalami kekalahan yang teruk. Inilah sebenarnya ketakutan DAP dan yang pasti, mereka akan terus berputih mata termasuklah faktor mengkhianati penyokong mereka apabila mendampingi Dr Mahathir yang pernah dijadikan musuh utama mereka.

Sebagaimana yang dikatakan Chris Daniel, inilah muka DAP yang sebenar apabila bukan sahaja maruah PAS yang dicalarkan tetapi maruah PKR juga dinodai agar matlamat DAP dapat dicapai dengan apa cara sekali pun walaupun mengkhianati rakan sendiri dan juga masyarakat Cina.

Thursday, September 14, 2017

APA YANG MENARIKNYA KEMPEN #sayangMRTku?


Kita masih berpeluang lagi untuk menyertai peraduan anjuran SPAD yang kini telah masuk ke pusingan ke empat dengan tema "Raikan Hari Malaysia dengan MRT!" sempena kempen #sayangMRTku yang telah bermula pada 12 September dan akan berakhir pada 18 September nanti. Kali ini SPAD mengajak rakyat berkongsi kebanggaan negara dengan MRT yang bertaraf dunia sambil memenangi hadiah seperti berikut;

3 Hadiah Utama berupa baucer AEON bernilai RM150.00 dan kad Touch n Go bernilai RM50.00. Hadiah-hadiah lain adalah kad Touch n Go yang bernilai RM50.00. Pada setiap minggu, seramai tiga pemenang utama akan dipilih.


Apa yang perlu kita lakukan hanyalah snap gambar masing-masing di mana-mana laluan MRT dengan pelbagai aksi menarik mengikut tema yang telah ditetapkan pihak SPAD, kemudian dimuatnaikkan di laman sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter di akaun masing-masing.

Jangan lupa tag juga @SPADMalaysia dan pastikan akaun laman sosial anda terbuka kepada umum. Paling utama, diletakkan juga #sayangMRTku.

Jika ada yang tidak pasti, boleh layari; versi BM : http://bit.ly/2iimazU atau versi BI : http://bit.ly/2vS7Rag

Sempena mengambil kesempatan Hari Merdeka yang diraikan pada 31 Ogos lalu, pihak SPAD telah mengguna tema "Raikan Hari Kemerdekaan dengan MRT" dalam siri kempen #sayangMRTku dan rakyat Malaysia diberi peluang untuk menyerlahkan semangat patriotik masing-masing dengan beraksi kreatif samada dengan gambar atau video mereka.



Sebagaimana yang kita ketahui, MRT fasa pertama rangkaian Sungai Buloh ke Kajang telah dilancarkan oleh PM Najib Razak. Apa yang perlu dibanggakan adalah keseluruhan projek ini dari perancangan dan pembinaan serta rekabentuk sehingga operasinya adalah dari hasil usaha anak-anak tempatan. 

Malahan, mengikut PM Najib, MRT di Malaysia adalah bertaraf dunia di mana ia lebih bagus dari apa yang ada di London, New York dan juga Hong Kong.

Lebih membanggakan apabila projek MRT ini telah berjaya disiapkan lebih awal dari jadual waktunya dan ini bermakna kos sebenar pembinaan telah dapat dijimatkan sehingga RM20 juta.

Oleh yang demikian, di samping kita seronok menikmati kemudahan pengangkutan awam darat yang serba moden dan canggih ini, kita juga seharusnya berbangga dengan pencapaian negara di bawah kepimpinan PM Najib yang telah menerajui parti pemerintah Barisan Nasional dan kebanggaan ini juga seharusnya diterima pihak SPAD kerana berjaya memantau projek mega MRT ini dengan penuh displin.

Jangan lupa, peringkat ke4 pertandingan kempen #sayangMRTku akan berakhir pada 18 September dan jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan hadiah-hadiah utama sambil seronok menikmati dan menghargai MRT yang pasti bertaraf dunia. Dari Negaraku kepada rakyatnya!