Friday, April 05, 2013

SELEPAS TEKSI, KINI PERNIAGAAN BAS SWASTA ...

Dalam menuju PRU13, SPAD tidak hilang dari rada pembangkang untuk dijadikan bahan provokasi. Selepas isu lesen pemandu teksi,kini perniagaan bas swasta dan PMBOA pula perlu diusik.

Seperti biasa, kenyataan-kenyataan provokasi yang umum tanpa bukti-bukti dan cadangan-cadangan membina seperti berikut;

Presiden Persatuan Operator Bas Se-Malaysia (PMBOA), Datuk Mohamad Ashfar Ali, beliau menggambarkan industri bas sebagai “tidak berfungsi”, serta dasar berat sebelah polisi pengangkutan kerajaan “merosakkan sektor industri bas swasta”

Ashfar Ali
dan ... 
PMBOA merasakan kehilangan peluang ekonomi apabila ruang tidak diberikan seadilnya untuk mereka menjalankan operasi mereka, dan pencerobohan dalam koridor mereka apabila Rapid diperluaskan.

Yang sebenarnya ialah...

Niat kerajaan bahawa Rapid, adalah untuk memiliknegarakan industri bas, jadi ia hanya akan jadi adil jika kerajaan membayar pampasan kepada syarikat swasta.

Sekarang, kita dah faham niat sebenar Pengerusi PMBOA dan pihak pembangkang yang tidak akan lepas peluang mengambil kesempatan.

Apa pula jawapan SPAD:

Sejak Januari 2012, sebanyak 13 sesi perjumpaan telah berlangsung di antara SPAD dengan pengendali bas seluruh negara berkaitan dana bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai pengendali bas untuk tampil memohon dana tersebut. Sejumlah 51 syarikat telah menghantar permohonan. Bagaimanapun ada yang mengalami kelewatan memproses permohonan kerana tidak mengemukakan maklumat yang diperlukan termasuk maklumat berkaitan pengurusan akaun dan kewangan serta surat angkutan  - Pengerusi SPAD

"Kita tidak mahu mereka berhenti daripada beroperasi kerana perkhidmatan mereka adalah untuk kepentingan awam - Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar

Apakah Kerajaan tidak prihatin?


Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan kelulusan dana berjumlah RM400 juta bagi membantu syarikat bas henti-henti yang sedang menghadapi masalah kewangan dalam meneruskan operasi mereka. Dana bantuan ini diuruskan oleh SPAD dan ini merupakan rancangan jangka pendek terhadap masalah yang dihadapi oleh pengendali.

Sejumlah 51 syarikat telah menghantar permohonan. Bagaimanapun ada yang mengalami kelewatan memproses permohonan kerana tidak mengemukakan maklumat yang diperlukan termasuk maklumat berkaitan pengurusan akaun dan kewangan serta surat angkutan.

“BENGKEL PENAMBAHBAIKAN PERKHIDMATAN BAS & ISU-ISU YANG BERKAITAN DENGAN PERSATUAN PENGUSAHA-PENGUSAHA BAS SEMENANJUNG MALAYSIA” yang diadakan di Hotel Corus, Kuala Lumpur pada 27 Februari 2013 merupakan kesinambungan kepada sesi dialog yang telah diadakan pada 9 Januari yang lepas di antara pihak S.P.A.D dan PMBOA.

Beberapa strategi yang dicadangkan dalam usaha menambahbaikan perkhidmatan bas berhenti-henti ini, di antaranya: 
  • Menambah bilangan bas berhenti-henti.
  • Menambah liputan kawasan laluan bas.
  • Menambahkan rangkaian laluan dan kekerapan perjalanan bas.
  • Menambah dan memanjangkan waktu operasi bas terutama pada waktu dan hari puncak (peak)
Permohonan hanya terbuka kepada pengusaha bas henti-henti swasta yang menghadapi masalah kewangan untuk meneruskan perkhidmatan sosial di kawasan operasi mereka.

Apa komitmen SPAD?

SPAD telah meluluskan dana sebanyak RM83.4 juta untuk 109 pengusaha perkhidmatan bas berhenti-henti di Semenanjung Malaysia untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik.

9 syarikat bas berhenti-henti telah menerima dana sokongan sementara berjumlah hampir RM4.5 daripada SPAD sejak Mac lalu bagi menyelesaikan masalah kerugian yang ditanggung pengusaha bas berkenaan. Syarikat yang telah mendapat dana bantuan itu ialah :
  • Selangor; Syarikat Kenderaan Klang Banting Berhad, Wawasan Sutera, De'alfa City dan Seranas.
  • Negeri Sembilan; KR Travel and Tours Sdn Bhd dan Syarikat Rembau Tampin Sdn Bhd.
  • Kedah; Jalan Langgar Transport Company Berhad dan Kuala Kedah Transport Company Sdn Bhd.
  • Kelantan; Syarikat Kenderaan Melayu.

Baca juga di sini...
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) akan menggunakan kuasanya untuk mengelakkan pengusaha perkhidmatan bas henti-henti dari gulung tikar.

Perkhidmatan bas henti-henti antara Tanjung Karang dan Kuala Selangor kini dapat disambung semula setelah dihentikan dua tahun lalu akibat kerugian. Anak syarikat Konsortium Transnasional Bhd, Cityliner sekarang menyediakan dua bas dengan 32 perjalanan sehari bagi Tanjung Karang-Kuala Selangor setelah ia dihentikan pada 2011 kerana kerugian akibat kos operasi meningkat.

Apa pula komitmen PKR @ Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen?



“Pakatan Rakyat juga meminta semua pengusaha pengangkutan awam darat bersabar, hanya tinggal lagi dua bulan (PRU) untuk kita mentadbir, PR ada polisi yang lebih baik dan pasti membantu semua pengusaha bas yang ada.”

... ITU SAJA? KALAU BENAR ADA POLISI TERSENDIRI, MENGAPA TIDAK DIKONGSIKAN BERSAMA? ATAU MASIH DALAM RANGKA DAN HANYA SEKADAR MEMBUAT JANJI YANG TAK PASTI DITUNAIKAN?

Mantra:
Kepada PMBOA, segala permasaalahan haruslah disalurkan kepada saluran yang betul iaitu SPAD dan bukan kepada saluran politik. Jangan kerana
kegagalan dan kepentingan individu, yang dikejar tak dapat tapi yang dikendong berciciran.

Jika masih ingin mengguna saluran politik, PKR telah mempunyai track-record iaitu MANIFESTO BUKAN JANJI manakala BN, track-recordnya
ialah JANJI DITEPATI.

No comments: