Wednesday, May 15, 2013

SPAD : HANYA 10 MINIT MENUNGGU PERKHIDMATAN TEKSI DI KLIA... SYABAS!!!

Masalah penumpang-penumpang di KLIA untuk mendapatkan perkhidmatan teksi ke destinasi seterusnya dengan waktu yang lebih cepat telah diatasi oleh pihak SPAD seperti laporan Agenda Daily.


SPAD memperkenalkan sistem perkhidmatan teksi '2-tier' di KLIA bertujuan agar penumpang-penumpang di airport tidak perlu menunggu terlalu lama untuk mendapatkan perkhidmatan teksi. Dengan sistem ini, penumpang akan mendapat perkhidmatan teksi tidak lebih daripada 10 minit.

Cadangan sistem perkhidmatan teksi '2-tier' ini adalah lanjutan kajian daripada permintaan teksi bajet dan limosin daripada penumpang-penumpang di KLIA terdiri daripada 74%. Maka mulai hari ini, SPAD membenarkan khidmat teksi bandar beroperasi di KLIA.

Apa kelebihan pekhidmatan teksi '2-tier'?

Jika dibaca di SINI dan di SINI .... yang pasti destinasi seterusnya penumpang-penumpang di KLIA tidak akan tergendala terutamanya di waktu-waktu acara besar dan perayaan.

Bagaimana pula dengan kualiti teksi bandar?


Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar juga menegaskan tidak semua teksi bandar dibenarkan untuk mengambil penumpang-penumpang di KLIA dan kualiti teksi bandar diambilkira seperti teksi dalam keadaan terbaik, luas dengan pemandu yang berhemah demi menngekalkan imej mesra terutama kepada pelancong-pelancong luar negara.adding that the same two-tier model would be implemented at the upcoming KLIA2.

Kadar bayaran baru?

"...Kami harap bayaran teksi bandar yang menggunakan meter lebih murah berbanding limosin yang menggunakan kupon,” katanya pada sidang akhbar sebelum membawa rakan media melawat tempat yang bakal menjadi tempat operasi teksi sistem dua peringkat." .... selanjutnya DI SINI 

Pihak SPAD ingin menegaskan, tindakan terhadap pemandu-pemandu teksi yang mengenakan caj yang lebih akan didenda sehingga RM500,000 atau penjara dan lesen mereka juga akan digantung atau mungkin dibatalkan.

Dengan penjelasan di atas, maka satu lagi penambahbaikan telah diusahakan oleh pihak SPAD yang diterajui Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar perlu diberi pujian kerana bukan sahaja rakyat menikmatinya tetapi imej negara diutamakan dan pengaliran ekonomi ke dalam negara akan meningkat melalui pertambahan pelancong-pelancong dari luar negara. 

Malahan, ini juga telah membuka peluang untuk menambah pendapatan pemandu-pemandu teksi bandar.

Syabas sekali lagi kepada Tan Sri dan SPAD.... Rakyat Didahulukan!

1 comment:

Anonymous said...

RM 2.00 yang dibayar untuk 'queue' harus dibaysr terus kepada Pemandu Taxi dan bukan kepada orang tengah.

RM2.00 to queue should be paid directly to the Taxi Driver and not to a Middle-Man.