Saturday, July 06, 2013

ANTI MORSI ADALAH ANTI PENTABIRAN OBAMA... KENAPA?

Rangkaian media arus perdana telah mendedahkan gelombang penyokong anti-Obama telah bersorak di Mesir di mana penunjuk perasaan menyalahkan White House kerana membantu Mohamed Morsi mendapat kuasa dan pemimpin Ikhawan Muslim akan ditumbangkan.

Protes di Mesir telah dikategorikan secara meluas oleh media sebagai dua pecahan yang besar di antara pro-kerajaan yang menyokong Ikhwan Muslimin dan gerakan anti-Morsi, walaupun pada hakikatnya demonstrasi anti-Morsi adalah jauh lebih besar.

Walau bagaimanapun, salah satu aspek demonstrasi yang telah diabaikan sepenuhnya adalah pada hakikatnya bahawa orang-orang Mesir telah tegas meletakkan kehancuran era pemerintahan Morsi ke atas pentadbiran White House.

Photo di bawah telah menggambarkan rakyat Mesir menyedari sepenuhnya bahawa pentadbiran Obama memainkan peranan penting dalam mencetus revolusi yang menggulingkan bekas Presiden Mubarak. Di antara poster-poster yang dipegang oleh penunjuk perasaan termasuklah, “Wake up America, Obama backs a fascist regime in Egypt,” yang bermaksud "Sedarlah Amerika, Obama menyokong satu regim yang facis (diktator) di Mesir", “Obama Supports Terrorism,” bermaksud "Obama menyokong Keganasan" dan “Obama Your Bitch is Our Dictator” yang bermaksud "Obama, Sundal kamu adalah Diktator kami". Ada di antara poster juga mengutuk peranan Anne Patterson, Duta Amerika ke Mesir.


Revolusi Mesir 2011 pernah digambarkan bahawa ia adalah lebih daripada pemberontakan akar umbi di mana organisasi dibantu oleh NGO seperti Freedom House (dikaitkan dengan CIA) dan National Endowment for Democracy (NED).

Walaupun Amerika telah menyokong Mubarak selama beberapa dekad, namun kali ini telah menyisihkan beliau dan memberi sokongan terhadap Ikhwan Muslimin apabila Mubarak menolak percubaan Amerika Syarikat untuk menubuhkan pangkalan tentera di Mesir dan merampas kawalan rangkaian komunikasi Mesir.

Mohamed Morsi sebenarnya telah meneruskan pemerintahan secara diktator di Mesir di mana telah diwujudkan oleh pesaing-pesaing autokratik sebelumnya. Selepas melaksanakan undang-undang Syariah dalam perlembagaan yang baru digubal, Morsi menggunakan kuasanya sendiri untuk memperkenalkan apa saja undang-undang dan membuat dirinya kebal daripada pengawasan kehakiman. 

"Maka, adakah dia seorang diktator Mesir? Pada masa ini, ya, di atas kertas dia seorang pemimpin Mesir yang paling berkuasa semenjak Firaun," Eric Trager, felo di Institut Washington Dasar Timur Dekat, memberitahu CBC News.

Tidak seperti di Syria, di mana pemberontakan yang dipimpin militan telah dianggap sebagai pemberontakan demokratik, tetapi bantahan terbesar dalam sejarah manusia sejak beberapa hari yang lalu di Mesir, White House telah mendiamkan diri.

Bridget Johnson menekankan bahawa semua hanya suara-suara bingit dari pentadbiran Obama yang  merujuk kepada Mesir datang dari Setiausaha Negara John Kerry, kenyataan yang gagal untuk menangani apa yang sebenarnya berlaku dan bukannya tertumpu kepada keadaan cuaca di Tahrir Square.

Akhbar Al-Ahram yang dikendalikan oleh kerajaan Mesir juga telah melaporkan berkenaan Morsi, "sama ada meletak jawatan atau dipecat daripada jawatan" oleh tentera dalam masa beberapa jam sebagai tarikh akhir bagi penyelesaian politik tamat. 















Apa yang difikirkan kita?
  • Mengapa kali ini penyokong anti-Morsi lebih ramai daripada penyokong pro-Morsi?
  • Mengapa Amerika berpihak kepada pentadbiran Morsi?
  • Mengapa Al Azhar menyokong tindakan kudeta tentera? 
Apa yang perlu dipelajari sebagai rakyat Malaysia?
  • Jangan gadaikan keamanan negara
  • Negara kita biarlah acuan kita
  • Pentadbiran Obama tidak selalunya benar terutama di dalam krisis rakyat di Mesir
  • Sebuah kerajaan yang ditumbangkan secara pemberontakan jalanan akan berterusan di jalan juga
  • Ekonomi negara pasti terjejas dan akibatnya rakyat biasa yang akan mengalami peritnya.

No comments: