Sunday, September 22, 2013

GRADUAN UNIVERSITI BANGGA TERPILIH SEBAGAI PENGUATKUASA SPAD

Walaupun umur SPAD diibaratkan sebagai anak kecil seusia bayi 3 tahun, namun tanggungjawab SPAD adalah untuk memastikan  penguatkuasaan undang-undang pengangkutan awam darat di Malaysia dilaksana dengan efisien dan tegas.

SPAD mempunyai pegawai-pegawai penguatkuasanya sendiri di mana bidang kuasa mereka yang merangkumi kerja-kerja penguatkuasaan adalah dilandaskan daripada Akta Pengangkutan Darat 2010.


Pada hari ini, seramai 94 orang telah menamatkan latihan kursus asas dan induksi bahagian penguatkusaan SPAD. Daripada jumlah ini, seramai 46 adalah graduan universiti dari bidang pengkhususan sains seperti forensik, statistik dan kejuruteraan kimia.

Dalam menghadapi masa depan yang penuh cabaran, SPAD lebih mementingkan kualiti dari kuantiti pengambilan pegawai-pegawai penguatkuasaannya di mana ia telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari lepasan universiti.

PP Mohd Firdaus bin Ghosni telah memenangi Pelatih Keseluruhan Terbaik. Berasal dari Perlis dan seorang graduan berkelulusan Sumber Manusia dari Universiti Utara Malaysia. Displin  dan amanah dalam menjalankan tugas merupakan keutamaannya... Inilah pengakuan beliau;





Minat dan kesungguhan PP Nurul Amirah binti Zahari adalah kriteria utama baginya sehingga beliau dianugerah sebagai Pelatih Akademik Terbaik... selanjutnya;

 

Kejayaan Nurul Amirah juga dikongsi oleh ayahnya dan mengucapkan terima kasih kepada SPAD kerana memberi peluang kepada anaknya dan beliau turut berbangga dengan pencapaian Nurul Amirah ... 
 


Sehubungan itu, di dalam ucapan Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar mengingatkan kepada  pegawai-pegawai penguatkuasa SPAD agar sentiasa menjaga sahsiah dan displin diri. Ini adalah kerana mereka merupakan barisan hadapan yang mencerminkan imej SPAD di mata masyarakat.

Etika kerja serta nilai-nilai murni perlu diutamakan seperti yang telah dihuraikan di dalam nilai terap SPAD - SPIRIT (Service, Excellence, Passion, Integrity, Respect, Innovative & Teamwork).

No comments: