Tuesday, September 17, 2013

SPAD : RUNDINGAN DAN PERANCANGAN KERETAPI BERJALAN LANCAR


Kerajaan Malaysia bercadang membelanjakan sebanyak RM160 billion berperingkat-peringkat bagi membangun rangkaian rel dalam tempuh 7 tahun dan ini meliputi rangkaian keretapi laju di antara Kuala Lumpur dan Singapura yang dijangka siap pada 2020, dan sistem MRT (Mass Rapid Transit) di bandar pula akan mula beroperasi pada tahun 2017.

Berbanding di antara negara-negara membangun di mana pengangkutan rel merupakan penggunaan pengangkutan awam yang ketiga terbesar di Malaysia meliputi kurang daripada 4 peratus.

Penduduk di Malaysia bergantung kepada jalanraya di mana perkhidmatan keretapi sediada adalah perlahan. Walaubagaimanapun dengan keadaan geografi yang berbukit bukau dan harga minyak yang meningkat, ruang yang terhad dan kesesakan lalulintas, nampaknya pengangkutan rel sudah semakin relevan dan diperlukan.

Perdana Menteri, DS Najib Razak baru-baru ini telah mengumumkan cadangan tersebut di satu Persidangan dan Pameran Antarabangsa -
Rail Business Asia 2013.

"Suatu ketika ia dianggap sebagai satu industri yang lembap, tetapi hari ini pengangkutan rel telah kembali rancak dan bersedia menghadapi laluan pengangkutan yang sesak di masa akan datang" kata DS Najib.

SPAD telah memaklumkan bahawa kerajaan telah memperuntukkan hampir RM160 bilion untuk projek-projek berkaitan rel, di mana ia adalah lebih tiga kali ganda di dalam tempuh 2 dekad yang lalu.

Apabila MY Rapid Transit (MRT) beroperasi sepenuhnya, ia akan meliputi sejauh 150 kilometres dan menyediakan separuh daripada perkhidmatan pengangkutan awan di kawasan Lembah Kelang.

Perkhidmatan keretapi komuter akan diperluaskan dengan landasan trek berkembar eletrik. Sejauh 1,000 km merentasi Padang Besar di Utara hingga Johor Bahru di Selatan, perbelanjaan projek ini akan menelan belanja sebanyak RM45 bilion.

Walaupun menelan kos yang besar dan kelewatan projek, KTM serta kerajaan mahu landasan berkembar eletrik disiapkan pada tahun 2018, 2 tahun lebih awal dari jadual untuk rangkaian keretapi laju KL dan Singapura mula beroperasi.

Tan Sri Syed Hamid Albar, Pengerusi SPAD pula berpandangan bahawa ini bukanlah satu persaingan kerana SPAD mengambil pertimbangan ke atas kehendak manusia di mana ada di antara mereka yang memilih untuk terbang bagi perjalanan jarak jauh. Tidak semua yang akan memilih untuk menaiki keretapi laju kerana melibatkan kos yang berlainan. Bagi Tan Sri pula, kedua-dua pengangkutan darat dan udara mampu melengkapi satu sama lain.

Perjalanan keretapi akan berlepas setiap 15 minit di mana setiap satu jam adalah perkhidmatan keretapi laju. Perkhidmatan lain dengan beberapa perhentian di sepanjang perjalanan akan mengambil masa selama 2 jam.

Landasan keretapi laju dijangka akan melalui beberapa perhentian di bandar-bandar seperti Johor Bahru, Seremban, Ayer Keroh, Muar dan Batu Pahat.

Harga tiket keretapi laju adalah lebih rendah daripada harga tiket kapalterbang bajet.

Dalam perkembangan lain, Tan Sri memaklumkan bahawa pasukan teknikal dari Malaysia dan Singapura akan bertemu pada bulan Oktober. Rundingan antara dua negara akan berlangsung dalam tempuh 12 bulan sebelum proses tender bermula dan kerja pembinaan akan bermula pada tahun 2015 sebelum jadual operasi pada 2020.

No comments: