Wednesday, October 09, 2013

MENTALITI NURUL IZZAH TAHAP KELAS KE-3


Bukan sekali Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan tanpa terlebih dahulu mengkaji, tetapi telah beberapa kali.  Antara kenyataan palingmemalukan yang dikeluarkan oleh Nurul Izzah ialah berkenaan isu Lahad Datu di mana beliau menuduh Pasukan Cawangan Khas sebagai bertanggungjawab untuk mencari orang hilang.  

Malah, dalam isu agama juga Nurul Izzah tidak berfikir panjang, tetapi menyerbu sesuka hatinya dalam keghairahan untuk meraih undi bukan Islam.  Kerana itu, beliau sanggup menyatakan bahawa orang Islam juga berhak murtad iaitu satu kenyataan yang kurang tepat dari konteks Islam, dan salah dari segi politik.

Seperti bapanya, Nurul Izzah suka mencari publisiti murah atas perkara yang remeh.  Namun, sesekali, Nurul Izzah kelihatan teringin juga menyentuh soal yang lebih berat seperti pertahanan negara. Bagaimanapun, ia berakhir dengan beliau telah dikecam hebat kerana merisikokan rahsia negara terbongkar luas.

Hari ini, Nurul Izzah mencari publisiti murah lagi dengan terus menghentam produk-produk 1Malaysia. Kita faham betapa terdesaknya anak papa ini, yang namanya semakin pudar dalam politik negara.  Kita juga faham Nurul agak malu dan tertekan dengan ejekan orang ramai terhadap tindakan bapanya membuat ‘make-over’ ke atas wajah yang ketandusanseri. Dan Nurul perlu mengalih perhatian ramai.

Kini, Nurul pun menghentam Klinik 1Malaysia.  Katanya, klinik ini tidak berkualiti dan bertaraf dunia ke-3 kerana tidak menyediakan doktor tetapi hanya Pembantu Perubatan untuk merawat pesakit. Benar, bahawa klinik ini tidak menyediakan khidmat doktor kerana memang itupun yang diumumkan kepada rakyat iaitu objektifnya ialah untuk menangani sakit ringan dan biasa sahaja.


Objektif ini bertepatan dengan keperluan rakyat berpendapatan rendah yang memerlukan khidmat perubatan yang murah, dekat dan mudah bagi sakit biasa seperti luka, demam, batuk, selsema, cirit-birit atau sakit kepala, dan yang sepertinya.  Sakit seperti ini adalah bermusim dan mudah tersebar.  Bagi sebuah keluarga yang ramai, kewujudan Klinik 1M ini tentulah memudahkan, daripada mereka terpaksa bersilih ganti ke klinik lain yang lebih mahal untuk mendapatkan ubat yang sama.

Selain itu, ia juga bagi memudahkan pesakit yang memerlukan ubat berterusan bagi penyakit seperti darah tinggi atau insulin bagi pengidap kencing manis dan sebagainya. Dengan adanya klinik 1M ini, pesakit seperti ini tidak perlu lagi menapak ke hospital setiap kali kehabisan bekalan ubat-ubatan.

Kerajaan tidak pernah menjanjikan Klinik 1M sebagai bertaraf sebuah klinik pakar tetapi hanya menjanjikan yang ia mampu memudahkan dan mengurangkan beban kos rakyat bagi mendapatkan ubat-ubatan biasa. Oleh itu, kritikan Nurul Izzah adalah tidak relevan sama sekali.

Untuk pengetahuan Nurul Izzah, Dato’ Seri Najib bukan berperangai seperti Anwar Ibrahim yang gemar berjanji bulan dan bintang walaupun tidak mampu menyediakannya.  Dato’ Seri Najib menjanjikan perkara yang logik dan praktikal berdasarkan kemampuan negara.

Nurul Izzah pastinya mempunyai mentaliti dunia ketiga yang sentiasa mengharapkan perkhidmatan taraf pertama dengan kos yang paling rendah atau percuma.  Beliau juga tentu menyangka yang semua ahli politik adalah penipu seperti bapanya.

Hakikatnya, BN tidak pernah menipu.  Buktinya, Klinik 1M telah pun wujud dan menepati objektif penubuhannya sepertimana yang dijanjikan. Ia telah terbukti diterima baik oleh rakyat dan berjaya.

Justeru, daripada Nurul Izzah asyik tersalah kritik, mungkin lebih baik jika Nurul Izzah cuba bentangkan apakah yang telah dilakukannya atau partinya yang mampu membantu dan memudahkan hidup rakyat?

Rasanya, sudah sampai masanya Nurul berpolitik secara matang, bukan dengan cara dunia ke-3.


1 comment:

Anonymous said...

lu lah yg mentaliti tahap kelas kambing....