Monday, October 07, 2013

SPAD : PATUHI HAD LAJU ATAU LESEN PENGUSAHA DIGANTUNG

Setelah pihak SPAD mengeluarkan statistik kesalahan pengangkutan awam selama enam bulan yang lalu, iaitu lori sebanyak 1,722, teksi sebanyak 866 dan bas 673. Kesalahan ini bukan saja melibat pemandu-pemandunya tetapi lebih utama pengendali-pengendali pengangkutan awam ini juga.

Di antara kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh mereka yang dianggap paling kritikal ialah kesalahan had laju.

Pihak SPAD memberi amaran bahawa pihak mereka tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan menggantung lesen pengedali di bawah seksyen 27, 45 atau 62 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 seperti berikut;


Di antara syarat perlesenan, setiap bas persiaran dan bas ekspres wajib dilengkapi dengan Global Positioning System (GPS) dan syarat ini telah berkuatkuasa semenjak tahun 2010. Tujuan GPS dikuatkuasakan adalah untuk SPAD serta pengendali bas memantau setiap perjalanan termasuk aspek keselamatan seperti pelanggaran had kelajuan.

SPAD juga telah memperkenalkan Kod Amalan Keselamatan 2010 (ICOP SHE 2010) sebagai syarat lesen pengendali pengangkutan awam darat pada tahun lalu. Isu keselamtan merupakan keutamaan dan  SPAD mewajibkan elemen-elemen keselamatan sebagai syarat perlesenan.

Pekeliling mengenai perkara ini berkuatkuasa pada 20 Ogos 2013 seperti berikut;


Syabas kepada SPAD kerana mengutamakan keselamatan rakyat dengan melaksanakan ketegasan dan tiada lagi kompromi kepada kecuaian dan kesalahan pemandu dan pengendali ini. 

Langkah tegas dan berani ini diharapkan dapat memberi kelegaan kepada rakyat setelah beberapa kejadian ngeri di jalanraya yang telah melibatkan kehilangan jiwa terutama Tragedi Genting Highlands baru-baru ini dan seterusnya dapat memberi keyakinan untuk menjadikan pengangkutan awam darat sebagai mod pilihan rakyat.

No comments: