Saturday, November 30, 2013

KAJI TAMBANG TEKSI... APA SPAD DAH BUAT?

Semakan kadar tambang teksi yang terakhir telah dijalankan pada tahun 2009.  Kini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) mengambil inisiatif menjalankan kajian kadar tambang teksi bagi semua jenis perkhidmatan teksi.  S.P.A.D. amat berminat untuk mendengar pandangan dari semua pihak berkepentingan. 

Untuk itu, S.P.A.D. telah pun  melancarkan program interaksi bersama pengguna dan industri teksi dan segala maklumat mengenai kajian ini boleh di dapati di laman web rasmi SPAD seperti...

Click untuk ke laman web

KAJIAN UNTUK APA?

SPAD telah berkali-kali memaklumkan mengapa perlu dikaji semula tambang teksi. Ia bukan sekadar desakan keperluan peningkatan kos sara hidup tetapi yang paling utama, aspirasi SPAD memastikan mutu perkhidmatan teksi di Malaysia adalah yang terbaik di rantau Asean menjelang 2015.

Dua kriteria utama penetapan tambang teksi adalah:

  • Mencerminkan kos sebenar perkhidmatan teksi dan memberikan pulangan yang wajar kepada pemandu dan pengusaha teksi.

  • Memberi motivasi kepada pemandu untuk mengamalkan prinsip pengendalian dan tingkah laku yang betul

Inisiatif untuk Membangunkan Industri Teksi



Segala maklumat dan penerangan nampaknya telah melibatkan pandangan dan maklumbalas rakyat dari pelbagai kepentingan. Di antaranya termasuk;
   
  •     Persatuan pemandu
  •     Pemandu teksi
  •     Operator teksi

Pengguna
  •     Kumpulan pengguna
  •     Persatuan pelajar dan belia
  •     Kumpulan orang kelainan upaya
  •     Industri Hospitaliti dan pelancongan

Kepada pemandu, pasti inginkan kenaikan yang semaksima mungkin. Namun, sekiranya kenaikan terlalu mendadak, pengguna akan beralih kepada perkhidmatan pengangkutan lain ataupun membeli kereta sendiri. Lebih-lebih lagi, kenderaan semakin murah sekarang. Keadaan ini pastinya menjejaskan pendapatan pemandu. Tiada gunanya mendapat kenaikan tambang 40% tetapi permintaan penumpang menurun 50%.

Kepada penumpang pula, pastinya kita tidak inginkan kenaikan langsung tanpa penambahbaikan kualiti perkhidmatan. Namun perlu difahami bahawa kenaikan harga sesuatu perkhidmatan atau produk bukanlah semuanya bersamaan dengan peningkatan kualiti. Mohon juga pertimbangkan faktor bahawa perkhidmatan teksi bukanlah perkhidmatan yang terlalu kerap digunakan penumpang. Ia selalunya menjadi pilihan terakhir selepas kenderaan sendiri dan perkhidmatan bas. Kenaikan tambang teksi ini tidak menjejaskan pengguna secara mendadak berbanding kenaikan harga petrol yang menyebabkan banyak barangan lain turut naik.

Oleh itu kepada rakyat Malaysia, apabila tambang teksi yang baru diumumkan, janganlah bimbang kerana SPAD telah membuat kajian yang terperinci dari maklumbalas rakyat dan yang pasti ia tidak akan membebankan malahan mutu perkhidmatan teksi akan ditingkatkan dan keselesaan serta keselamatan pula diberi nanti.


No comments: