Tuesday, November 26, 2013

KERUSI PANAS CEO SPAD .... BAHAGIAN 1

"Sekarang kamu di kerusi panas dalam kerajaan... ," 
begitulah kata-kata yang pernah diterima En Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal, CEO Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat yang telah menerima jawatan ini semenjak 3 June, 2010.

Orangnya mudah tersenyum, tetapi disebalik senyuman itu terdapat ketegasan dan seorang yang berfakta. Bila berbual dengannya, setiap kata-kata beliau adalah berpandukan data dan penyelidikan yang diperolehi.

Mengibas kembali permulaan kariernya, setelah menamatkan pengajiannya di Amerika, sebagai anak muda yang berwawasan, beliau juga tidak ketinggalan mencapai keinginan seperti graduan-graduan lain dari luar negara iaitu ingin menceburkan diri di dalam industri pelaburan. Beliau memilih Chicago dan bukan Wall Street kerana persaingannya terlalu hebat.

Beliau memulakan kariernya di CNA Financial Corporation, di dalam perbankan pelaburan dan telah menimba pengalaman selama 10 tahun .

Walaupun beliau telah berada di Chicago terlalu lama, namun keinginannya untuk kembali ke tanah air tidak pernah dilupakan. Imbuhan dan komitmen terlalu tinggi menyebabkan kepulangan beliau ke tanah air agak tergendala pada ketika itu.

Beliau telah mengambil keputusan untuk menyambung semula pengajian dan mendapat MBAnya di Kellog. Setelah tamat pengajian, beliau menyedari trend perubahan karier yang sedang berlaku ketika itu ialah dari perbankan pelaburan ke perunding pengurusan. Ini bermakna beliau telah beralih dari bekerja di kerusi empok ke berhubung rapat dengan pelanggan. Bagi En Mohd Nur ini adalah satu pengalaman yang sangat mencabar tetapi sangat memuaskan di mana; pelanggan "menemui anda, mencurahkan hasrat mereka dan mengharapkan masalah mereka diselesaikan." Bagi beliau ia sangat memuaskan.

En Mohd Nur rasakan beliau perlu kembali ke tanahair dan pabila mengetahui AT Kearney, pengurusan tertinggi syarikat
perunding di mana beliau bekerja akan mengembangkan perniagaan ke Asia, beliau pun menerima tawaran tersebut tanpa berfikir panjang. Beliau telah berkhidmat selama 3 tahun di Singapura untuk pelbagai pelanggan, dari sektor Perkhidmatan Kewangan sehingga mikroeletronik. Kebanyakan masanya berada di Singapura dan Bangkok sehingga apartment milik beliau di Bangsar diduduki hanya selama 12 hari dalam setahun.

Setelah beberapa ketika, En Mohd Nur meletak jawatan dan berehat selama 1 tahun. Beliau menghabiskan masa di Las Vegas, berfikir samada untuk kembali ke tanahair semula. Di Las Vegas tidak membawa kejayaan dan akhirnya beliau kembali ke tanahair. Sekembalinya ke tanahair, beliau tidak pasti untuk memilih pekerjaan, dan seterusnya memilih untuk bekerja di Accenture, hanya kerana syarikat ini sahaja yang mempunyai kontrak terbanyak di Malaysia ketika itu. Malaysia berada di dalam keadaan yang sukar ketika itu, dan sehingga beliau terpaksa menjelajah sehingga ke Selatan Korea.

Ketika inilah beberapa bos dari DRB Hicom mempelawa beliau untuk menyertai organisasi tersebut. Inilah kali pertama beliau memainkan peranan "defense" bila menyertai di dalam GLC di mana sepanjang karier beliau selalunya beliau berperanan "offence". Sekarang beliau diberi peranan mempertahan dasar-dasar kerajaan.

Menyedari yang selama ini beliau telah mendapat pendapatan yang sangat tinggi, hidup mewah dan mampu membeli apa saja yang dikehendaki tetapi rupa-rupanya beliau mengkhendaki sesuatu yang lebih daripada kariernya.

Datuk Seri Mustapa Mohamed, ketika itu Menteri Pengajian Tinggi telah mempelawa beliau menyertai kementerian tersebut. Namun bagi beliau walaupun tidak ada pengetahuan yang mencukupi di dalam bidang pengajian tinggi, ia tetap satu cabaran baru. Ketika itu kementerian sedang memperkenalkan satu plan strategik untuk pengajian tinggi. En Mohd Nur telah menekankan bahawa kandungan pelan induk tersebut tidak mencukupi untuk rakyat Malaysia yang layak mendapatkannya. Beliau telah meyakinkan kementerian supaya membuat semula keseluruhan plan tersebut dan ini menyebabkan beliau menjadi kurang popular ketika itu. Plan yang telah diperbaharui juga tidak berkesan.
 
Kementerian telah mengarahkan beliau merubah sekali lagi. Di sinilah beliau dan ahli jawatankuasa kementerian telah memperkenalkan Plan Tindakan Kebangsaan untuk universiti yang telah mengaplikasi 'egalitariansima' iaitu prinsip kesamaan politik, ekonomi, sosial dan hak asasi untuk semua rakyat di antara universiti-universiti dan membenarkan institusi-institusi menentukan hala tuju masing-masing.

En Mohd Nur kemudian menyertai Kementerian Pengangkutan dan Datuk Seri Ong Tee Kiat adalah menterinya. Beliau bertanya kepada dirinya, "Apa yang beliau tahu mengenai pengangkutan?".

Ketika itu juga, Datuk Seri Idris Jala telah menyertai PEMANDU dan beliau sekali lagi dikehendaki menyertai kumpulan ini untuk 5 bulan sahaja, dengan tugasan fokus kepada NKRA pengangkutan bandar. Dato Seri Idris Jala telah menawarkan beliau satu jawatan di dalam PEMANDU tetapi beliau difahamkan bahawa Perdana Menteri tidak bersetuju. Beliau secara bergurau meyatakan yang sebenarnya PM tidak berapa mengkhendakinya tetapi sebaliknya telah berlaku di mana Perdana Menteri memerlukan beliau untuk satu jawatan yang lain. Jawatan ini sebenarnya bukanlah satu jawatan yang digemari ramai. Dari mula lagi beliau melihat ini adalah satu misi yang mustahil dan bersedia menghadapi di mana semua pihak tidak akan berpuas hati.

Beliau telah nekad, apa saja yang bakal dihadapi ketika di dalam kontrak sebagai Ketua SPAD, beliau akan hadapinya dan sekurang-kurangnya beliau dapat membuat perubahan walaupun kecil.

Berbekalkan pengalaman beliau selama ini sebagai penganalisa dan perunding ekonomi di Amerika, perkara utama yang diberikannya di SPAD ialah membuat setiap tindakan berdasarkan data yang diperolehi setelah setiap maklumbalas diperolehi dan dikaji. Mereka hanya akan memaklumkan kepada rakyat data yang diperolehi supaya mereka lebih mudah memahami.

Kesungguhan, ketegasan, berpengatahuan dan seorang yang sangat teliti di dalam menerajui SPAD, dalam jangka waktu yang singkat, beliau  telah berjaya membawa SPAD mendapat pengiktirafan dunia apabila pada bulan Mei lalu, Malaysia memenangi the Asia Pacific Political Commitment Award oleh the International Association for Public Transport (UITP), Geneva. Kemenangan ini telah membuktikan kepada dunia bahawa kerja keras dan komitmen SPAD untuk melaksana dan merealisasikan satu mercu tanda projek pengangkutan untuk Malaysia di bawah GTP dan ETP seperti, perkhidmatan bas GoKL didalam kawasan pusat perniagaan, 2 peringkat sistem teksi KLIA, Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA) serta Interim Stage Bus Support Fund (ISBSF).

Pada masa yang sama, En Mohd Nur juga telah dilantik sebagai Naib Pengerusi,  Jawatankuasa Eksekutif Asia Pasifik(APExC) bagi  International Association of Public Transport (UiTP).

Perdana Menteri sangat berterima kasih dan berbangga dengan pencapaian SPAD terutamanya En Mohd Nur, dan satu keputusan yang sangat tepat apabila kontrak En Mohd Nur disambung semula selama 3 tahun agar perkembangan dan perancangan strategik sistem pengangkutan awam dapat diteruskan dengan lancar bagi merealisasi agenda transformasi kerajaan.

No comments: